Wednesday 29 October 2008

Ketandusan Kejernihan

Pagi tadi, tanggal 29hb September 2008, seorang teman menalipon saya tentang kekecewaan yang di rasanya dalam tugas harian di pejabatnya. Seingat saya, dulu dia bertugas di sebuah bank dan dewasa ini sudah hampir setahun beliau bertugas dengan syarikat konglomerat. Saban hari saya akan mendengar rungutannya dan kadang-kala keluhan hatinya serta kepiluan hatinya.

Banyak juga saya terangkan kepadanya bahawa dalam kehidupan ini, kejernihan sudah semakin pudar dan ada sesetengah golongan sudah hilang terus kejernihan hatinya terutamanya dalam mencari rezeki atau mencari wang.

Wang merupakan satu puaka yang amat hebatsehingga manusia sanggup melupakan kejernihan, keikhlasan serta kepercayaan kepada Tuhan. Inilah yang saya terangkan kepada beliau dan memang beliau bersetuju dengan pendapat ini.

Kadangkala saya sendiri tertanya-tanya, apakah menipu, berbohong, rasuah, menjadi amalan halal bagi sesetengah golongan samada yang makan gaji dan juga kepada yang bergelar usahawan. Apakah mereka lupa bahawa mereka sendiri tidak mengetahui sampai bila mereka akan bernafas; malam ini, esok atau lusa. Apakah menipu, berbohong merupakan satu strategi atau memang mereka dhaif dengan hukum-hakam. Entah.

Wednesday 8 October 2008

Hari tua kita – bagaimana akhirnya?


Semasa muda tidak banyak yang berbicara atau merenung bagaimana dengan hari tua. Gembira, kaya, miskin, sunyi atau riuh-rendah dengan anak-anak cucu atau sepi-sepinya hati seorang manusia.

Saya banyak bertanya, mengkaji, menemuramah orang tua yang sepi, yang gembira, yang sunyi dan yang sibuk sehingga keakhir-akhir hidupnya. Rumusan yang saya dapati, hanya 3 perkara yang hampir memastikan kita masih relevan dan ‘ditegur sapa’ oleh masyarakat atau anak-anak kita sendiri.

1. Kita mempunyai ilmu yang tinggi sehingga menjadi rujukan lepada anak cucu atau masyarakat, tidak kira sebagai ulama, PhD atau Semarang ilmu ilmiah.


2. Kita mempunyai harta yang banyak atau aset yang banyak sehingga menjadi rujukan keluarga, mayarakat untuk memohon bantuan.


3. Kita mempunyai keupayaan luarbiasa seperti mengubati orang sakit sebagai doktor, bomoh, pengamal perubatan tradisional, sembahyang hajat yang mabruk, dan seumpamanya.

Hanya dengan 3 perkara di atas maka kita akan ‘ditegur sapa’ kerana hari tua kita sudah semakin tiada nilainya kepada orang muda. Mungkin ‘menjaga’ dengan erti kata mereka seperti hanya bertanya khabar, telefon, ‘singgah sebentar’ dirumah mak dalam perjalanan, atau masa cuti.


Persoalannya, berapa kali kah dalam satu hari kita atau anak kita akan mengingati ibu bapanya? Lazimnya yang ingati dan disebut ialah anak-anak kita atau anak-anak mereka dan bukan ibu bapa.


Selainnya mereka akan lupa kita, mereka sibuk dengan kerja seharian, mereka sibuk dengan keluarga mereka sendiri, mereka terasa hati mungkin atas sebab tertentu dan terus menyendiri walhal dari kecil kita bela mereka sehingga dewasa, berhutang sana sini, akhirnya mereka ‘terasa hati’ kerana sesuatu perkara.


Mungkin mereka lupa, dari kecil hingga mereka besar kita tidak pernah terasa hati, mengeluh dan terasa penat membelai mereka. Itulah bezanya antara anak dan ibu bapa.

Siapa Perdana Menteri Malaysia dimasa depan?

Pagi ini saya bangun dengan hati amat pilu, sedih dan banyak tanda tanya. Saya maseh teringat bagaimana saya melawati jalan Silang beberapa bulan lepas pada hari minggu, KLCC dan minggu ini saya ke Mid Valley.

Kerisauan timbul di hati saya melihat jumlah insan yang berlegar-legar dengan erikata berehat. Mereka ini terdiri dari orang Bangladesh, Filipina, Nepal dan Indonesia. Semasa di Jalan Silang, orang Nepal dan Filipina yang mendominasi kawasan tersebut sehingga saya menjadi rimas. Kemudian saya menjejaki kaki di KLCC, maka saya dapati orang Indonesia dan Bangladesh mendominasi KLCC untuk berehat dan makan-makan.

Saya kembali rimas dan bertanya, apakah ini harus kita hadapi kerana pembangunan yang kita impikan? Apakah tiada jalan lain untuk kita gunapakai sebagai satu panduan dan cara yang berkesan. Saya tertanya-tanya bagaimana dengan pembangunan di New Zealand? Australia? Kenapa semasa saya disana, saya tidak dapat melihat insan yang sama seperti di Kuala Lumpur?

Dalam banyak waktu menghadapi mahasiswa dan kuliah yang saya akan ajar, saya terpaksa membaut penyelidikan. Saya terbaca beberapa fakta yang membuat saya tertanya-tanya dan berfikir sejenak.

Di Amerika, 40 tahun dahulu orang kulit putih mendominsai kaum-kaum lain walaupun golongan Apache adalah merupakan pribumi Amerika. Tetapi pada tahun 2006, didapati 2 bangsa baru yang telah wujud di Amerika sehingga memain peranan besar dalam kuasa beli Amerika.

Pertama ialah ‘African American’ yang mencecah USD 600 billion. Mereka ialah seperti Halley Balley dan Obama.

Keduanya ialah ‘Latin American’ iaitu USD 500 billion dan contoh utama ialah seperti Jeniffer Lopez (Jelo). Kedua-dua ini mendominasi kuasa beli melebihi USD 1 billion. Kuasa beli yang terbesar ialah glolongan 50+/kaya, iaitu USD 30 trillion (Kotler 2005).

Persoalannya dimana orang kulit putih? Dimana kuasa beli mereka sehingga tidak tersenarai? Apakah kerana senario ini maka Obama semakin popular dan berkemungkinan besar menjadi Presiden Amerika sehingga Hillary tertinggal? Apakah sudah tiba masanya golongan yang dahulunya dibawah ke Amerika sebagai pekerja ladang menjadi Presidennya? Barangkali itulah harga dan risiko yang terpaksa dibayar Rakyat Amerika untuk menjadi maju.

‘Its time for American to have an African American to be the US Presiden’, yang akan menduduki White House? Menaiki Air Force One?

Bagaimana Malaysia kita dimasa hadapan dengan pendatang asing berdaftar 6 juta? Ini tidak termasuk yang tidak berdaftar atau pendatang haram. Barangkali kita juga dalam masa 40 tahun lagi akan punya Perdana Menteri dari bangsa ‘MalayPal’ iaitu bangsa baru Melayu+Nepal. Entah siapakah yang akan di pertanggung jawab untuk insiden ini dimasa depan. Kerajaan? Rakyat? Pembangunan? Korupsi? Entah. Rakyat Malaysia sendiri pun ramai yang berusah menyeludup meraka ini masuk. Hampir setiap minggu dapat dibacadi dalam akhbar dan dengar dari berita TV serta Radio.

Dari perspektif saya, kemusnahan hidup kita, kepincangan Negara kita adalah milik kita kerana kita semua yang besama-sama merosakkannya. Kata inggeris “We design to spoil it”.

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...