Friday 6 February 2009

ANTARA MIMPI, IMPIAN DAN REALITI DI PERAK


Realiti selepas pilihanraya UMUM 2008 PKR memerintah Perak. DAP waktu itu pula bermimpi untuk ADUNnya menjadi MB tetapi mimpi tinggal mimpi kerana Undang-undang Tubuh Negeri Perak; MB mestilah Melayu dan beragama Islam. BN pula mempunyai impian untuk merampas kembali atau memerintah Perak kerana sesungguhnya hasil pilihanraya 2009, kedua belah pihak, iaitu BN dan PR sama kuatnya.

Dalam mimpi ada realiti dan dalam realiti ada impian. Pergolakan politik serta perundangan akhirnya menumbangkan kerajaan PR. Bertepuk tanganlah orang-orang BN dan UMNO khasnya. Berteriak dan marahlah orang-orang PR. Tetapi dalam berita Astro Awani, jam 7.30 bertarikh 6hb Februari kelihatan orang Melayulah yang paling marah sehingga wujudnya tunjuk perasaan di kawasan Istana Sultan.

Anwar dan Karpal pula memberitahu masyarakat Malaysia melalui ‘press conference’ akan mengkaji dalam beberapa perspektif kesahihan perlantikan MB baru Perak. Sementara Karpal, akan membawa kemuka pengadilan terhadap Sultan Perak dan ‘Kerajaan Perak akan ditubuh’ sebagai defenden (Astro Awani 2009, Jam 7.45 malam). Saya kira kedua-dua tokoh ini hebat. Ketidak puashatian ini disokong PAS tetapi PAS hanya mahu pilihanraya umum semula untuk Perak sebagaimana disaran juga oleh Tokoh Veteren Politik UMNO iaitu Tengku Razaliegh. PAS nampaknya lebih kepada moderator dari beraksi sebagai pejuang kali ini walaupun dalam Astro Awani, jelas ramai yang berkepiah semasa tunjuk perasaan berdekatan Istana.

Dalam kemelut seperti ini, adalah lebih baik kita semua melihat dua perspektif iaitu pilihanraya 2008 dan taburan populasi Perak sebagai panduan untuk kita mengurai permasalahan timbul.

Pilihan Raya Umum 2008
Pilihanraya Umum 2008; bagi Barisan Nasional (DUN): UMNO = 26 dan MCA = 1, sementara Pakatan Rakyat (DUN): DAP=18, PKR=7 dan PAS=6 (Berita Harian, Februari 5, 2009)

Demografi
Untuk perspektif kedua kita lihat tabulasi populasi di Perak. Melayu=53.7%, China=31.4%, India= 12.8%, Lain-lain=0.32% sementara bukan kerakyatan Perak=1.87 %.(www.answers.com/topic/perak , cites on 6th February 2009, 9.56 pm) Sementara Masjid ialah 565, Gereja= 66 dan Kuil=366 (Perak Data Base Book 2007).

Bagi kita sebelum beremosi, serta membuah fikiran di kedai-kedai kopi atau ‘coffee house’, tunjuk perasaan atau apa jua aktiviti berkait dengan ‘emotional grievances’ adalah wajar kita melihat data-data di atas. Rasionalkan diri, lihat secara positif. Kerajaan mana sepatutnya memerintah Perak, BN atau PR, UMNO atau PAS+PKR+DAP. Menganalisa data adalah amat penting dan keputusan yang kita buat untuk mula bertindak harus mencerminkan jumlah penduduk Perak yang mempunyai Melayu yang berjumlah 54%, China 31% serta India 13%.

Maka tunjuk perasaan orang-orang Melayu menentang titah Sultan pada Fabruari di Perak itu untuk siapa? Diri mereka atau siapa? Perspektif yang kita lihat sepatutnya bukan sahaja perundangan tetapi politik, agar tidak wujud penganiayaan walau pun mungkin sekali imbas ada yang teraniaya dan menganiaya. Apa yang penting hasil di kemudian hari. Itu lah sebenarnya realiti dalam sebuah impian dan mimpi.

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...