Monday 20 July 2009

MINUM DI BRISBANE DAN MINUM DI SUNWAY HOTEL

Banyak tempat saya lawati, banyak tempat saya kunjungi. Jelas ia meniggal kesan yang mendalam dalam hati serta ingatan saya Banyak juga hotel saya bermalam, 2 bntang, 3, 4 dan 5 bintang. Pagi ini saya minum kopi di Sunway Hotel dan saya terkenang semasa saya singgah minum kopi di sebuah hotel 5 bintang di Brisbane, Australia. Hotelnya cantik, dan ruang lobinya hampir sama dengan hotel Sunway atau dalam gamabr diatas

Saya melihat semua penginap hotel minum dengan sopan, berbual dengan sopan, bergaya seperti orang kenamaan. Makan bersopan santun serta bercakap perlahan-lahan seperti orang sedang bercinta.

Hati saya melayang teringat semasa di hotel Brisbane, suasananya sama. Hasil dari kenangan ini saya banyak bertanya.

Berapa lama kita akan makan bersopan?
Hanya semasa makan di hotel?
Kenapa apabila kita keluar sahaja dari hotel maka makan kita menjadi lain resamnya?
Apakah perlakuan kita itu satu hipokrit?
Atau kerana kedamaian suasana membuat kita menjadi tiba-tiba orang bersopan, bearadat dan berhemah tinggi?
Kalau kedmain suasana, bagaimana akan kita capai kedamaian agar kita akan sentiasa bersopan dan berhemah tinggi?

Entahlah, barangkali kita sama-sama menjawab persoalan ini.

Sunday 12 July 2009

MEMBUAT KEPUTUSAN

Setiap hari kita membaca buku, akhbar, mendengar berita mahupun kita mendengar cakapan dari kawan atau musuh kita, ialah mereka atau kita sendiri membuat keputusan. Keputusan ini samada berkaitan dengan perkembangan diri atau berkaitan dengan masyarakat atau untuk individu lain mahupun organizáis.

Membuat keputusan kadangkala mudah dan kadangkala amat sukar sehingga mengganggu tidur malam kita. Apatah lagi keputusan tersebut berhubung rapat dengan masa depan dan sekaligus berkait dengan perasaan atau mungkin mengaitkan dengan masyarakat. Kebanyakan individu seperti kita membuat keputusan dengan 5 cara:

1. Merungkai keputusan dengan rasa hati dan perasaan.
2. Merungkai keputusan dengan keburukan dan kebaikan.
3. Merungkai keputusan tersebut dengan kos atau impak kewangan
4. Merungkai keputusan dengan kumpulan yang rapat dengan mereka (reference group atau influence group).
5. Merungkai keputusan tersebut dengan hukum agama masing-masing
6. Merungkai keputusan tersebut secara kajian ringkas serta analisa saintifik


Yang amat jelasnya tidak ramai, bahkan hampir 90% dari kita membuat keputusan besar hanya antara cara nombor 1 hingga 4 dan terkadangkala sahaja menghubungkait dengan nombor 5 dan tidak langsung dengan nombor 6.

Saya pernah dimarahi seorang yang rapat dengan saya apabila saya menegur beliau agar keputusan tidak berdasarkan kehendak tetapi berdasarkan keperluan (needs) dan permintaan (demand). Akhirnya hubungan kami tegang dan saya terpaksa membuka mulut untuk menjelaskan apakah dengan maksud saya.

Rata-rata kita mendapati individu yang membuat keputusan hanya berdasarkan kemahuan (wants) dan bukan keperluan (needs). Sekiranya kita membuat sesuatu keputusan berdasarkan keperluan (needs) maka kita akan menggunakan cara nombor 5 dan nombor 6 untuk membuat keputusan.

Analisa kita akan di selit dengan kajian ringkas dan analisa saitifik yang tepat. Dalam persahabatan, perkongsian syarikat dan perkongsian hidup amat perlu bahkan semestinya kita membuat keputusan berdasarkan nombor 5 dan 6.

Dalam kajian saya, keputusan yang dibuat dengan cara keperluan, permintaan, hukum agama, kajian dan analisa saitifik seperti statistikal, merupakan keputusan yang melebihi 70% ketepatannya dan ia akan membuah hasil yang baik.

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...