Friday 19 November 2010

Terima Kasih Eumundi


Sebuah duka nestapa
melarut-larut memakan sebuah jiwa murni
Merindu dan menangis
melarat
dari mentari menjadi purnama
Semalam
aku berterima kasih
Eumundi membari nafas baru
dengan warna ungu, putih dan biru
membentuk sebuah jiwa baru
dengan kedamaian baru
Terima kasih
tidak terhingga
dengan warna mu
dan ceria mu
Kini
aku kembali ke Eumundi
dengan hati waja
dan tidak akan terluka
terima kasih Eumundi
Zul, Eumundi
6hb November 2010

Wednesday 18 August 2010

Informasi dan kehidupan

Saya banyak membaca dan juga tidak kurang menerima pandangan-pandangan dari kawan, mahasiswa serta orang awam. Dalam erti kata yang lebih unik ialah 'Knowledge Sharing.' tetapi yang menjadi tanda tanya saya ialah; sebanyak-banyak informasi yang saya terima atau kita semua terima, bagaimanakah kita mengurus informasi tersebut. Banyak kali saya bertanya kepada kawan-kawan tetapi tidak dapat dirungkai simpul ini.
Dalam percaturan hidup banyak kali kita mendapat informasi, hampir setiap saat nafas kita. Ada yang jelas kepada kita dan ada yang tidak jelas. Ada pula secara dirancang dan ada yang tidak dirancang. Dirancang apabila kita yang mencari informasi tersebut seperti melayari internet, membaca dengan niat, menonton Discovery Channel, menuntut ilmu dan contoh jelas informasi yang tidak dirancang apabila kita minum di kedai kopi dan beberapa orang kawan atau meja sebelah becakap sehingga maklumat percakapan mereka samada berlandaskan berita, khabar angin atau cerita rekaan ( masih dikatogerikan sebagai informasi) dapat kita dengar dan perolehi atau ingat.
Dalam merencanakan informasi ini sebagai bahan yang perlu atai tidak sebenarnya ada 3 fakta utama yang boleh kita nilai sebelum menerima informasi tersebut sebagai data yang boleh kita guna pakai.
1. Sumber imformasi itu - dari siapa? Kenapa ia disampaikan?
2. Bentuk informasi - informatif atau sekadar iklan atau emosi
3. Ketepatan informasi tersebut - ketepatan, releven dan betul atau tidak.
Sesuatu informasi mungkin betul tetapi tidak releven. Misalnya, informasi data pengundi 2004 adalah betul untuk kita rujuk bagi pilihanraya umum 2004 tetapi tidak lagi relevan dan tidak tepat untuk kita guna bagi pilihanraya 2011/12.
Dalam kehidupan harian ini ramai yang menerima informasi tetapi tidak menilai dan bertanya atau membuat analisa tentang nilai informasi tersebut. Inilah menjadi persoalan besar bagi individu bahkan masyarakat serta peringkat negara.
Harus diingat memberi informasi mesti betul dan menerima informasi mesti alim menilai informasi tersebut.

Friday 9 July 2010

Untuk Suami

Dalam banyak kuliah-kuliah saya di Universiti, ada kalangkala saya selitkan nasihat seolah-olah berupakan jenaka dan kadangkala berbentuk ayat-ayat serius. Sementara tulisan ini saya papar dalam blog saya, sebenarnya saya masih huraikan atau selitkan dalam kuliah saya.

Saya merenung akan apa yang pernah saya baca, pelajari dan dengar dari ulama-ulama. “Apabila mati anak Adam maka hanya tiga perkara yang akan ditinggalkan mereka:

1. Harta yang belanjakan dijalan Allah

2. Ilmu yang disampaikan kepada manusia untuk kebaikan

3. Anak yang soleh.”

Yang menjadi renungan saya aialh kenapa tidak disebut ‘isteri’? Apakah isteri itu tidak penting? Apakah dengan isteri yang soleh?

Terbeliak mata si isteri barangkali membaca tulisan saya ini. Oh! jangan begitu kepada isteri-isteri yang membaca tulisan ini. Sesungguhnya, banyak cerita, kefahaman dan Hadith yang memaklumkan; Isteri yang soleh adalah ahli syurga dan sayugialah ibubapanya kerana mempunyai anak perempuan kemudian dia menjadi isteri yang soleh apabila dia sudah berkahwin.

Seorang isteri mempunyai ketiga-tiga kelebihan diatas dan juga yang bagusnya, mereka mempunyai satu lagi kelebihan yang tidak mungkin ada pada suami, iaitu isteri yang soleh dan isteri yang soleh adalah ahli syurga serta berupaya membawa ibubapanya juga kesyurga. Allahhualam.

Oleh itu, suami, didiklah anak dengan baik agar menjadi anak-anak kita anak-anak yang soleh atau solehah. Sekiranya ia perempuan, nanti menjadi isteri yang soleh dan sekira anak lelaki, ia akan menjadi anak yang soleh. Sesungguhnya terlalu banyak dosa kita lakukan di usia kita di dunia ini dan terlalu banyak ingkar kita lakukan terhadap Pencipta.

Saturday 6 March 2010

Umur solat?

Saya hampir terlupa untuk menulis sebuah kritis terhadap diri saya dan kawan taulan tentang solat. Tidak kira mereka Islam, Hindu, Kristian. Mungkin bahasa untuk kawan-kawan Islam ialah solat, bahasa kawan-kawan Hindu – sembayang dan mungkin kawan-kawan Kristian membahasakannya prayer. Entah.

Tidak mengapa. Cuma saya pernah bertanya kepada seorang sahabat beragama Islam yang telah berjaya dalam kehidupannya dalam perspektif mencari harta. Apakah tidak apabila saya dijemput beliau di bangsar dengan Mercedes S320.

Dalam borak panjang yang kami lalui bersama sempat saya bertanya semasa kami singgah di masjid Bangsar kerana beliau yang agak baik orangnya tidak pernah saya lihat meninggalkan solat lima waktu.

Soalan saya mudah, iaitu “Bilakah kali terakhir kita belajar solat? Aku, semasa umur 10 tahun semasa di sekolah rendah. Di sekolah dan juga dari ibu bapa ku,” jelas aku kepada kawan ku ini.

Beliau bersetuju dan menyatakan beliau pun sama.

Persoalannya, apakah solat yang kita belajar dahulu masih kekal umur 10nya tahun? Apakah tidak ada pembahruan dalam segi keilmuan cara bersolat atau sembahyang? Sifat dan perlakuanya? Oleh itu apa yang kita solatkan ialah ‚solat cara kanak-kanak. Dan inilah solat yang kita lakukan semasa kecil dengan penuh kepincangan sehingga kini, walau usia sudah menjangkau separuh abad. Apakah ini mencukupi walau pun kita sudah beberapa kali memperbahrui ijazah kita, kereta kita, cat rumah kita dan baju kita.

Tapi, solat kita masih berusia 10 tahun. Adilkah kita pada diri kita dengan Tuhan kita? Ini persoalan yang saya ingin rungkaikan, tidak kira Islam, Hindu, Kristian atau Budha. Barangkali sembahayang kita atau solat kita tidak pernah akhil baligh dan akan terus menjadi umur kanak-kanak sehingga akhir hayat kita. Entahlah

Tuesday 9 February 2010

Hilang


Kamulah
yang membaca warkah ini
yang memahami kata-kata ku ni
yang juga jelas mengetahui 'CDA' ayat-ayat ku
yang juga memahami 'critical thinking' bersama ku
yang juga mentelah 'CDA' bersama-sama ku
sebenarnya
besarnya jiwa ku untuk mu
untuk hadirkan jiwa dan fisikal mu
dalam hidup ku
ketika aku ria
ceria dan ketawa
ketika aku tenat dan sakit
malu dan lapar

Kamu
yang aku berdoa disetiap subuhku
dan doa serta zikir aku hadiahlkan
untuk ibu dan arwah ayah mu

Kamu,
makin samar wajah mu
makin hilang dari ku
makin jauh suara mu
walaupun ufuk timur kita jejak bersama
pahit manis kita lalui bersama
membentuk dan membina bersama

Dan kini
jelaslah
aku sendirian
di kala dan ketika
aku terlalu memerlukan
seorang sahabat,
seorang teman
dan seorang kekasih hati

Kini baru ku sedar
aku sebenarnya sendirian
tanpa mu
walau pun
kita pernah bersama
di Eumundi

Dan kini
baru ku sedar
kau yang telah memohon janji
ketika banjir atau kemarau
ketika perang atau damai
maka
aku berikan
namun
kau lah jua
menghilangkan janji itu
sehingga
membatalkan
semua doa ku
membatalkan
semua yang terjanji dan dijanji
bukan aku.

Maka
terdaftarlah sebuah kematian
bagi sebuah percintaan
walaupun
cintaku untuk mu
adalah cinta mati


Zul,
Pantai Hill Park
6hb Februari 2010.

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...