Saturday 6 March 2010

Umur solat?

Saya hampir terlupa untuk menulis sebuah kritis terhadap diri saya dan kawan taulan tentang solat. Tidak kira mereka Islam, Hindu, Kristian. Mungkin bahasa untuk kawan-kawan Islam ialah solat, bahasa kawan-kawan Hindu – sembayang dan mungkin kawan-kawan Kristian membahasakannya prayer. Entah.

Tidak mengapa. Cuma saya pernah bertanya kepada seorang sahabat beragama Islam yang telah berjaya dalam kehidupannya dalam perspektif mencari harta. Apakah tidak apabila saya dijemput beliau di bangsar dengan Mercedes S320.

Dalam borak panjang yang kami lalui bersama sempat saya bertanya semasa kami singgah di masjid Bangsar kerana beliau yang agak baik orangnya tidak pernah saya lihat meninggalkan solat lima waktu.

Soalan saya mudah, iaitu “Bilakah kali terakhir kita belajar solat? Aku, semasa umur 10 tahun semasa di sekolah rendah. Di sekolah dan juga dari ibu bapa ku,” jelas aku kepada kawan ku ini.

Beliau bersetuju dan menyatakan beliau pun sama.

Persoalannya, apakah solat yang kita belajar dahulu masih kekal umur 10nya tahun? Apakah tidak ada pembahruan dalam segi keilmuan cara bersolat atau sembahyang? Sifat dan perlakuanya? Oleh itu apa yang kita solatkan ialah ‚solat cara kanak-kanak. Dan inilah solat yang kita lakukan semasa kecil dengan penuh kepincangan sehingga kini, walau usia sudah menjangkau separuh abad. Apakah ini mencukupi walau pun kita sudah beberapa kali memperbahrui ijazah kita, kereta kita, cat rumah kita dan baju kita.

Tapi, solat kita masih berusia 10 tahun. Adilkah kita pada diri kita dengan Tuhan kita? Ini persoalan yang saya ingin rungkaikan, tidak kira Islam, Hindu, Kristian atau Budha. Barangkali sembahayang kita atau solat kita tidak pernah akhil baligh dan akan terus menjadi umur kanak-kanak sehingga akhir hayat kita. Entahlah

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...