Tuesday 30 August 2011

Gua Musang oh Gua Musang


Gua Musang di waktu pagi
Pada 25hb Jun 2011, saya telah menulis tentang Gua Musang dan Glass Mountain, Queensland. Semalam, tanggal 29hb Ogos 2011 saya melewati Gua Musang lagi untuk pulang berhari raya di kampung.

Setiba di Gua Musang saya berehat, serta solat terawikh kemudian untuk menghilang penat saya berkeputusan untuk tidur di salah sebuah hotel. Saya agak kecewa apabila hotel yang saya bayar dengan RM100 untuk 10 jam itu hanya ada satu tuala sementara pendingin udaranya tidak berupaya menyejukan bilik saya. Astronya pula kabur dan hanya dua saluran dapat ditonton. TV itu juga mempunyai bunyi yang sudah pecah-pecah suaranya serta hampir rosak.

Saya menalipon kekaunter penyambut tetamu untuk memaklumkan kepada pegawai bertugas. Jawapannya adalah “oh biasa sahaja,” “Maaf encik, dah lama macam ni.” Alangkah terkejut saya dengan jawapanya, walaupun beliau memaklumkan kepada saya secara sopan. Jelas bahawa beliau juga merasa kecewa dengan taraf perkhidmatan yang terpaksa diberi.

Saya teringat apa yang saya tulis dalam artikel ‘Antara Gua Musang dan Glass Mountain.’ Memang masih belum ada perubahan sewaktu saya singgah tahun lepas, tahun 2009, bahkan 15 tahun lalu. Rasa hati dan perasaan yang sama saya alami walaupun menginap di hotel lain pada waktu itu.

Menginap di motel - Gold Coast- puas hati

Entah bila saya dapat rasai kegembiraan atau ketenagan sebagaimana saya menginap di Mermaid Beach; Gold Coast, di Mooloolaba atau di Noosa, Queensland. Sayu hati saya di atas pengalaman yang sama saya rasai berbelas-belas tahun saya melewati Gua Musang, negeri saya sendiri. Tak banyak perubahan cuma dari bangunan baru saya lihat sudah usang dan dari yang bercat terang serta cantik menjadi luntur.
 Banyak perubahan mesti dilakukan terhadap alam sekitar seperti ‘biodiversity’ dan ‘ecosystem’ di Gua Musang. Sesungguhnya perkhidmatan dalam perniagaan perlu di adakan reformasi agar mutunya dapat menawan hati pengunjung. Moga-moga sesiapa saja yang melewati Gua Musang tidak akan kecewa seperti saya.
Sebuah hotel di Beerwah - memuaskan


di Mermaid Beach - berhampiran motel saya diami




Thursday 4 August 2011

Landsborough

Bandar Simpang Empat - Landsborough- Historic Town
Landsborough adalah bandar sejarah. Ia terletak berhampiran dengan Glass Mountain iaitu perantaraan Brisbane dan Sunshine Coast, di Queensland Australia.

Rumah-rumah kayu yang menyamankan
Setiap kali saya pulang ke Australia, saya akan singgah untuk minum teh atau kadangkala untuk menghilang penat memandu. Kegembiraan saya akan terserlah walau bandar ini hanya kecil dan digelar bandar simpangan empat. Sebenarnya banyak bandar-bandar kecil di Queensland yang hanya di persimpangan empat atau simpang tiga. Walaupun ianya kecil, kita amat berpuas hati sekira berkesempatan untuk berehat, minum bahkan untuk tinggal disana. Kenapa? Kerana bagi saya inilah bandar kecil yang saya sendiri gelarkan ‘Bandar-Kampung.’

Hati terpaut dengan rumah ini

Landsborough sama seperti Mapleton, Townsville, semuanya bersih, nyaman dan tidak ramai penduduknya. Mereka amat ramah, mesra dan bagi kita yang melewati bandar itu akan terasa seperti kampung sendiri.

Bangunan Muzium dibina dari dulu

Kadang-kadang suara hati saya berkata “this is where I belong” dan terkadang kala bila saya pulang ke Malaysia saya akan kerinduan untuk pulang ke Australia. Bukan kerana saya ada tempat tinggal di sana tetapi kerana kehidupan disana amat menyenangkan, tenang dan sungguh nyaman.

Bangunan baru muzium disebelah bangunan kayu

Sebuah traktor lama diluar muzium

Keindahan dan ketenangan disini akan memikat sesiapa saja yang rindu kepada ketenangan dan untuk menghabiskan sisa-sisa hidup yang lebih bermakna. 

Wednesday 3 August 2011

Mimpi yang tak sudah


Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati
menyusuri kembali jalan-jalan sepi
Kau kah disitu
Yang menantiku
Atau jelamaan hidup kenangan
Yang bernama pengalaman


Siapakah diantara kita dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang


Kau bayang-bayang masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
oleh resah mimpi yang tak sudah


Zulkufli
Bangsar, 3 Ogos 2011

Cinta


Terasa kehangatan sebuah cinta yang membara
tatkala hujan, ribut mahupun taufan
Sebuah cinta yang membara dihati
kadangkala menjadi kehairanan semua
menjadi bara seketika hari mendung dan sepoi-sepoi anginnya


Barangkali
Itulah cinta yang semua manusia rasai dan lalui

Entah bagaimana caranya
Menyalakan api cinta yang membara
tidak kira hujan, sepoi angin, taufan, kemarau dan banjir melanda
agar ianya memberi makna yang sebenar
untuk sebuah impian
dan untuk menjawab kesepian

Entah dimana mendapat guru cinta
yang cintanya tidak pernah pudar
dari awal hingga akhir hayatnya
untuk sebuah cinta.


Zulkufli
Bangsar South,
3 Ogos 2011

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...