Saturday 28 April 2012

Sajak Cinta

Pantai Mooloolaba, Queensland
                
Cinta
Lama pupus dan hilang dalam belukar kelukaan
Kembali semalam,
Bukan berdarah tetapi …entah kabur wajahnya
dan aku lama melihat menatap
wajahnya.
Mundar mandir dihadapan ku
memohon dengan sembah beradat
agar dibuka pintu hati.

Dalam kerisauan,  aku masih memberi izin
Setelah sekian lama aku terpenjara dengan luka berdarah
terlalu mendalam dan memahitkan.

Cinta
Mengetuk pintu dan merayu.
Aku tiada kuasa menolak
hanya Tuhan yang berkuasa
dan
Aku membiarkan ia memasuki rumah hati ku

Walaupun aku tahu
Cinta;
Kadangkala ia kekal dan
Kadang kala lukanya saja bertapak
dan kekal.

Zulkufli
Bangsar, 28 April 2011
                             

Sunday 1 April 2012

Kehijuan Alam Sekitar

Merenung juah
Saya kadang-kala merenung jauh, merenung betapa ganas dan kerakusan manusia berleluasa, merosakkan alam sekitar dengan alasan PEMBANGUNAN. Dari minggu, menjadi bulan dan akhirnya bertahun-tahun, saya dapati dinegara yang saya cintai Malaysia, kerakusan ini berleluasa.

Saya ketawa dengan alasan-alasan diberi dimana dari satu kawasan yang hijau, nyaman, cukup tenang kehidupan seperti contoh di sekeliling tempat yang saya diami; dipenghujung bukit yang nyaman dan indah (dahulunya). Dulu sewaktu saya mula tinggal disini, ia berkabus dan sejuk disetiap awal pagi. Namun ia hanya tinggal kenangan selepas 16 tahun menginap disini. Entah kemana hilang kabus dan kini dipenuhi asap kereta dan kenderaan lain. Ini adalah dipenghujung bukit dan bagaimana pula dengan keadaan ditanah rata?
Kehijuan memikat hati
Saya kembali merenung di Queensland, kenapa bandar kecil seperti Eumundi kekal 500 rumah sahaja? Sudah 20 tahun, ‘Eumundi Council’ mengeluarkan akta kerajaan tempatan : ‘only 500 residential address allowed in Eumundi,’ ia kekal seperti itu sampai sekarang.Ia kekal sehingga hari ini dengan jumlah seperti diatas. Kenapa tidak kita di Malaysia?  
Saya masih boleh tidur senyum di Eumundi yg hijau - bersama pelajar dari Malaysia

Rumah yang dikelilingi kehijuan di Eumunid - masih
Sesungguhnya kerosakan dan kehancuran ketamadunan Mesopotamia kerana banjir dan ia adalah kerana tangan dan kerakusan manusia atas alas an ‘Pembangunan.’ Renung-renunglah.

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...