Sunday, 27 August 2023

NWO?? ADA KE?



NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order?

Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan saya tanya soalan seperti itu masa minum kopi pagi di Starbuck. 




Mungkin dia terbaca buku yang saya cadangkan untuk dia beli dan baca; :Extra Popular Delusions and The Madness of Crowds yang ditulis oleh Charles Mackay - 1841. Belum sempat saya tanya dia, baca atau tidak buku tersebut dia terus mencelah " Doc.. macam mana?"




Saya memaklumkan kepada beliau, NWO atau New World Order di antara pendokong utamanya ialah James Warbug iaitu pada Feburuari 1950 menyatakan; "kami akan memiliki pemerintahan tunggal dunia samada manusia setuju atau tidak iaitu melalui penaklukan atau persetujuan," 

Aduh terbeliak mata kawan saya. Saya bagi tahu beliau;
 "mereka akan lakukan,  bahkan sudah melaksana agenda global ini sebagaimana Adam Smith melalui teori Economi Kapitalis, yang menjadi kebiasaan kehidupan kita dan tidak mungkin bahkan mustahil kita ketiadaanya, misalnya bank, pasaran saham freedom of competition, corporate profitability dan lain-lain lagi. Ini adalah antara ideologi Ekonomi Kapitalis yang telah menjadi sebati dengan kita."

Saya memaklumkan, mereka berjaya menjadikan NWO menjadi kebiasaan kita walau ramai cendekiawan berpendapat ia adalah konspirasi jahat dan agenda ini agenda tersembunyi atau agenda gelap. Ia dilakukan di hadapan khalayak ramai, di depan masyarakat tanpa disedari kerana cara penyampaian yang efisien dan licik. Oleh kerana itu kita semua terlena dań menerima metodologi tersebut sebagai normal kehidupan. Seperti bank dan pasaran saham, idea oleh Adam Smith apa bisakah kita menolaknya? Buku-buku pembelajaran strategi - Competitive Strategy, Marketing in Competitive Market..

Idea NWO mereka amat bijak kerana ia menepati kepercayaan dan keinginan semasa kita sehingga ia menjadi konspirasi peringkat global, regional dan nasional iaitu peringkat sesebuah negara dan ramai yang tidak akan percaya apa yang saya cakap dan tidak akan mengatakan ia benar.

Analisa dari YouTube;

Sejak Oktober  2022, insan popular seperti Robert Kiyosake dan beberapa pakar ekonomi US menyatakan ekonomi US akan crash akhir tahun 2022. Semua dunia gusar. Unload Share semua!!, beli semua!!! Berduyun-duyun membeli ketika itu pada tahap USD 1980/ounce - USD 1990/ounce dan ada yang beli tahap USD 2000/ounce. Takut terlepas.Pasaran nak collaps!!  Emas akan melambung. US currency akan crash dan Emas 2023 akan melambung sehingga memunkin capai tahap 2,500 USD/ounce. Apa jadi?  Matawang US Currency terus naik dengan kadar OPR yang dinaikkan oleh US,  meningkat sehingga memberi penekanan kepada RM keparas yang rendah (2-6 minggu lepas mencecah 4.78). Sementara Emas meningkat sampai USD 2080/ounce, kemudian turun balik sehingga USD1885/ounce minggu lepas selepas meningkat ke paras USD2078/ounce pada May 2023 dan sekarang?21 Aug 2023 hanya USD 1884.06/ounce

Cuba lihat satu fakta berkaitan  yang mungkin kita terlupa. Russia yang mana mereka hadkan matawang mereka Ruble pada paras USD1600/ounce emas; bagi transaksi Gas dan Petroleum dengan Eropah atau negara luar. Jadi bagaimana akan jadi dengan Emas? Semua kata recession dan Emas akan naik serta kekal atas dari paras USD 2000/ounce. Sekarang bagaimana? Persoalannya bila?Apakah ia akan berlaku kerana khabar angin ini mula tersebar di pertengahan 2022 dan akan berlaku suku pertama 2023 atau sebelum akhir 2022.Macam-macam ada dalam YouTube cerita pasal ini. Persoalannya yang perlu kita fikirkan iaitu bila dań apa tanda-tandanya atau "signal" bila akan berlaku? Siapa sebenarnya block buyer dan that mana? Saya tahu, bank pun ada membeli serta simpan stok emas. Tahap mana? Bagaimana kita ingin mendapat maklumat ini sebagai signal?

Saya ada menulis dalam blog ini:
- Masa depan kita (2008)
- Russia in Coming in (Dec 2018) - maksud saya ke pasaran ekonomi dunia. Berlaku tak?
- Checkmate kali ini untuk siapa (Ogos 2008)

Siapa percaya? Hanya pelajar-pelajar saya di University percaya dan barangkali kerana saya pensyarah mereka. Nak lulus exam kut.

Saya juga ada sebut tentang kebenaran baru dan bukan setakat kebenaran. Kebenaran lama berdasarkan fakta dan kebenaran baru ini berdasarkan "persepsi". Jadi, dalam NWO dilusi ini berlaku di semua peringkat. Misalnya "Minum milo sihat dan kuat." Betul ke? Pandangan serta kefahaman masyarakat dikelirukan dengan informasi yang mengelirukan sehingga persepsi oleh NWO menjadi kebenaran dan kepercayaan serta realiti. The flow of knowledge amat berkuasa dan untuk memahami lebih mendalam saya cadangkan kepada kawan saya untuk membaca juga buku : The Rupert Murdoch. 

hahahah.. bagaimana pun saya ketawa sambil melihat kawan saya nampak berkerut untuk memahami. "Sebab kita diayun dengan filem, hiburan, platform baru media masa dengan cara baru, pemilihan bakat baru, sukan dan ada juga  program kebudayaan, keseniaan bahkan ancaman WABAK PENYAKIT. Maka kita dań seluruh masyarakat akan percaya kecuali scholars atau cendekiawan.

Kawan saya nampak lebih berkerut. Saya diam sejenak dan menyampuk cadangan , " nanti kita minum kopi lagi. Aku berhenti di situ dan borak simple pasal New Silk Route dan apa pentingnya kepada China dan Russia berkait dengan ekonomi Eropah serta US.

Kuala Lumpur
26 Ogos 2023

Thursday, 27 December 2018

Russia is coming in?






Saya banyak membentang fikiran saya yang Russia akan memasuki pasaran dunia kerana Russia sudan bersama China dalam New Silk Route sebelum 2009. Saya berpendapat US tidak upaya untuk meneruskan sekatan ekonomi keatas China yang dilakukan sekarang walau pun dengan cara Kenaikan Tariff Barangan. Tidak ada cara lain kecuali US hanya perlu bersama China untuk ekonomi mereka. Kombinasi China dan Russia terlalu kuat untuk US. US belum seharusnya memahami kenapa Russia berada dalam OPEC. Kenapa China dibenarkan melabur FAD di Barat Russia? Apakah Russia tidak punya kewangan sedangkan Moscow pernah dikatakan oleh economist dunia bandaraya terkaya di dunia pada awal tahun 2000? Apakah US lupa bagaimana mereka cuba melumpuhkan ekonomi Russia melalui minyak mentah dan gagal. Apakah US lupa Russia mempunyai Integrated Oil and Gas Company yang terbesar di dunia? Apakah US lupa sekarang pelabur terbesar di dunia sekarang ialah China, EU dan baru lah US? Bagaimana dengan Russia.

Kita perlu kaji dengan rapi tentang New Silk Route dan New Maritime Route dimana itu adalah order baru dunia. Satu kombinasi besar antara China, Russia dan Eropah.

Pada tahun 2014 MH370 hilang dan dari kajian saya, saya memaklum kepada pelajar-pelajar saya masa itu bahawa ini adalah peperangan ekonomi antara China dan US dan ia hanya berlaku pada tahun 2017-2018.

Malaysia mengetahui apa yang sedang berlaku, cuma kita pada tahun 2017 tidak memilih strategi yang terbaik untuk cabaran ekonomi 2018, 2019 dan seterusnya. Kerana itulah gagalah kerajaan BN pada masa itu dan di ganti dengan kerajaan PH, kerana rakyat hidup susah, kes Koruspsi besar 1 MDB dan akhirnya rakyat marah dan orang Melayu menjadi AMOK. Tidak ada satu kaum yang sungguh melunturkan sebum karajan kecuali didahuli oleh orang Melayu dengan AMOK nya. AMOK yang di iktiraf dunia dengan perkataan AMOK.

Maka jelas ungkapan saya pada tahun 2016, bahawa kalau GDP negara 7 sekali pun, kale rakyat poket nipis, bagi mereka ekonomi tyda baik. Sekiranya GDP hanka 4 sahaja terapi poket mereka tebal maka mereka akan cakap ekonomi adalah baik.

27hb Disember 2018
Bangsar

Sunday, 28 January 2018

MEMBACA RINDU MARLIN



Aku membaca sebuah rindu
Hati seorang ibu
Yang hanya pandai bertahan
Ombak tsunami gila dan menggila
Membanjiri hidup hampir tergadai nyawa
Membawa hamparan rindu yang menggunung
Terpacak kukuh walau tsunami merobek dasar

Aku membaca sebuah rindu
Yang hampir mengkafankan sebuah niat
Melemaskan sebuah rasa dan keinginan
Yang berbulan purnama tiada cahaya
Mereputkan apa yang ada
Sehingga memutuskan sebuah tali sauh cinta

Aku membaca sebuah rindu
Yang hampir reput kitab kasihnya
Dan aku pungut cebisan yang terselerak
Menyusun satu persatu
penuh dengan air mata
dan aku baca satu persatu

Aku adakala tersungkur dan meraung
tanpa siapa dapat merasakan
pedih hati ini
hadir dengan kedukaan dalam gelap tsunami

Dan aku yang membaca
Rindu hati seorang ibu
sambil mengayuh sampan
Dalam tsunami garang, panas dan pahit rasa airnya
Menyuluh kasih membesar jiwa
Mengayuh bersama penuh tabah
Semoga membacalah aku
Kasih mu yang kekal dan kukuh
Melewati tsunami
Menyusur pantai buat akhirnya.

Bangsar

28 Jan 2018
2.29 am

Thursday, 19 October 2017

Doa pada Tuhan


Tuhan
Bukakanlah cinta dan kasih untuk hidup ku
Saat yang ku nanti ini tidak pernah wujud
Merasai sebuah hidup hanya kelat dan bisa
Merantai jiwaku 
berat ku tanggung

Tuhan
Bukakanlah cinta dan kasih untuk hidup ku
Tanpa redha mu aku sakit
pedihnya  tanggung tanya keampunan mu
dan Tuhan
terangi lah aku dengan cahaya mu




Tuhan
Bukakanlah cinta dan kasih untuk hidup ku
Saat bila kau cemar redha mu untuk ku
berilah sinarmu
terangi dengan kasih sayang mu Tuhan
kerana
aku terlaulu menyintai Mu dan dia.

Bangsar
19 Oktober 2017


Monday, 8 May 2017

Nak Dok Kat Mana ya? Malaysia ko Aussie?

Kat Mooloolaba
Kadang-kadang saya buat perbandingan tinggal di Malaysia dan di Australia. Mana mahal dan nak dudok mano?

Belanja dapor untuk 4 orang :

Australia
Barang basah AUD 50 sebulan = RM 150 sebulan
Groceries lain AUD 100 = RM 300 zebulon - termasuk nescafe, milo, detergent dan semua lah
Jumlah AUD 150 zebulon untuk 4 orang = RM 450 sebulan

Malaysia
Barang basah RM 240 sebulan - itu pun tak terrasuk daging- ikan dan sayur je.
Groceries RM800 sebulan - semualah.Nescafe, milo, detergent etc.
Jumlah = RM1040 sebulan.

Jangan kira benda lain lagi. I phone 6 sini RM3,200 kat sana baru RM2,200. Kasut? Cotton on? Sana RM30 sini RM100. Vitamin pun sama. Banyak lagilah. Pergi  hidup sendiri selama setahun baru tahu. 

Baru ni saya pi beli coffee maker kat Cash Converter. Muroh di Aussie jika di banding sama-sama kat Cash Converter. 
Coffee Maker - AUD 35 = RM 115 kat Malaysia RM300

Ado arang kata OZ; GST 10% tapi Malaysia 6%. Tapi di OZ banyak free. Education free, dapat duit lagi. Kalu tak kerja dapat sara diri kerajaan dia bagi bulanan. Heheheh. Entahlah. Memang betul pung.

Saya kira-kira dok Aussie memang muroh belanja hidup. Itu saya setuju dengan bekas pelajar saya di UMCCED yang dah menetap 2 tahun disana.  "Kat Aussie ni Doc, muroh cost of living, hah standard of living. Kat Malaysia mahal kos hiduo, low standard of living". Itu lah kata-kata dia semalam. Dia dah guna ayat saya. Dulu saya cakap dia kata "betul ke Doc?" Sekarang dia yang cakap pula. Hehehe. 

Ada sorang lagi, Sharifah Sherry. Dah masuk 4 tahun. Tak nak balik terus. Sorang lagi, Shida, dah 8 tahun. Lagi lama. dah dapat PR dah dan tak nak balik juga. Belajar sana, grad terus dok sana. Ini bukan kempen tau. Cerita je ni. Info sharing.

Kasut muroh weee
Supermarket nok sama jah di Malaysia. Ado lah kalau di Brisbane tu comel daripada Malaysia. Tapi pengunjung tidak pack macam di Malaysia lah. Relax jah. tapi kalau pi Adeleide atau Sydney tu ramailah but, mash tak pack macam KLCC masa lunch. Kita office atas, bawah supermarket. hehehe.

Supermarket. Relax
Makanan Malaysia pun banyak. Budu pun ado. Kari semua ado tetapi kena pi Asean Grocerylah. Cumo terasa rindu cuaca panas masa musim sejuk. Ini pengalaman ambo lah.


Kari-kari banyok we...
Ado jual weee

Saya pun jadi bingung kejap. Dia dulu minta tolong saya masa nak pi sana, nak kerja di sana. Sekarang dah 2 tahun. Tak nak balik dia cakap. Mahal hidup di Malaysia. Suko dok di Aussie.

Apa-apa pun tepuk dada tanya selera. Orang Bangla, Nepal suka Malaysia. Napa ya?



Thursday, 29 December 2016

Pantai OZ

Pantai Mermaid Beach, berhampiran Gold Coast.
Semasa aku pulang ke Australia, aku amat selesa dengan pantainya. Bersih dan nyaman serta amat ghalit aku dibuatnya. Bukan aku såja, anak-anak aku pun sama. Tetapi bila aku kembali ke Malaysia aku dan anak-anak sering tertanya-tanya nak ke pantai mana kita untuk bercuti? Apa harus aku ke Sipadan? Alahai kena culik pula...heheh.

Kadang-kadang aku berfikir dan merenung sendirian, bertanya diri dan menyoal rasa, kenapa pantai di Malaysia kurang bersih? Apa terjadi pada Port Dickson dan bolehkah pantai sepanjang Terengganu sehingga ke Johor indah seperti aku lihat 15 tahun dahulu. Bahkan pantai Bachok di Kelantan pun tidak seperti dahulu bersihnya. Masa kecil aku dapat rasa bagaimana gembira aku, ayah dan ibu serta adik-adik menikmati keindahan dan bersihnya pantai Bachok. Sekarang? Alahai, cuba lah saksi sendiri. Terpaksa kita cari kawasan pantai yang tersorok dari manusia. Tapi jangan-jangan ada jin pula atau hantu air. Hehehe, komen kawan aku begitulah.

Aku sering berehat dan beriadah di pantai-pantai Australia. Gold Coast, Mermaid Beach, Mackay..sehingga Kangaroo turut sama berada di pantai, Noosa, Moololaba...aduuh, semuanya cantik.

Mermaid Beach
Cape Hillsborough, Mackay



Pantai Mooloolaba, Queensland

Pantai Mooloolaba adalah yang paling dekat dengan penginapanku di Australia. Disinilah aku sering menghabiskan masa aku di pantai walaupun aku sendirian. Minum Kopi, baca buku dan melihat ombak. dari zaman aku student sampai sekarang. tak pernah aku tidak ke Mooloolaba Beach. Alah..hanya 4 km saja dari Universiti aku. 

 Pantai Mooloolaba boleh bikin aku sendirian berjam-jam


Kedamaian boleh dicapai berada di kawasan pantai seperti ini.

Soalanku ialah, bilakah pantai di Malaysia boleh menemani sebuah hati yang inginkan sebuah kedamaian seperti pantai di Australia walaupun sudah banyak kita adakan 'visit Malaysia year' tetapi rata-rata pantai yang aku lewati di Malaysia masih tidak menyentuh hati yang mahu kedamaian...terutama 'bersihnya' ia.. satu dua adalah di Terengganu.

Thursday, 1 September 2016

Apabila Tiada


Apabila tiada menjadi teman
Apabila tiada menyusul rasa
Yang lain adalah tiada

Rindu pun menjadi tiada
Sinar juga menjadi tiada
Suka juga menjadi tiada
Membakar mendebu cinta


Maka
Bergelimpangan sebuah keinginan
Menyiksa sebuah rasa
Menyiksa sebuah cinta
Yang pernah berbunga
Mekar bagai milik syurga

Dan ketika tiada ini
Aku baca sebuah puisi untuk kekasih
Membaca sebuah cinta
Yang ada hanya jangan
Jangan dan jangan

Dan kulihat kasih itu pergi
Dan
Seharian aku mentelaah Yasin
Dan mentalkinkan sebuah sayang
kerana
Kematian sebuah cinta
Yang tidak pernah termimpi
Akan menjadi tiada

Zulkufli-Sept 2016


Saturday, 18 June 2016

KENANGAN DUA DESTINASI

Hari ini saya nak menulis lagi. Lama jugak saya mendiamkan diri. Bukan malas, jiwa meronta untuk menulis tetapi banyak parkara kehidupan nak diselesaikan. Alahai. Hidup dah remaja purba itulah jadinya. Macam-macam. Kalah orang putus kasih kut. Sibuk betul. Dulu jaga diri, then jaga keluarga then jaga serta bantu masyarakat. 
Ini lah pesawat yang saya naiki masa nak pi belajar di Australia. Ambil sebelum boarding


Transit kat Sydney masa tu sebelum ke Brisbane.


Mooloolaba cantik sokmo wae...
Diam-diam saya duduk pagi ni, teringat kenangan lama dan baru. masa susah-susah waktu muda. Belajar, kerja, berniaga sambilan, hilang duit, cari kawan, kawan goreng kita; habis duit; hahahah. Kena lalui semua baru naik la. Teringat mula semasa jadi pensyarah di UM dan buat business sikit kata orang. dapat 'job' duit tak de, cari nak pinjam sana sini. Last sekali ada orang bantu bagi pinjam. Bukan sikit, RM8,000 lebih. Bagi keuntungan pada dia dalam 10%. Rakan kongsi katakan. MOL dalam teori Timmon Model. (Itu yang saya bagi banyak lecture, penting Timmons Model niii).

Pengalaman bawa keretapi.
Masa kecik-kecik dulu ada cita-cita nak jadi drebar keretapi. WOW.
Di Australia baru dapat rasa.
Saya bukan sekali pinjam dengan dia. Banyak kali juga. Yang penting dalam pinjam duit ni kita kena jujur, dan sentiasa berkomunikasi dengan dia. Susan hati wae orang yang memberi  pinjam ni. Risau, kesian, sedih, hormat kat kita pun ada. Jadi jagalah hati dia dan hubungan kita dengan dia. Jangan bagi dia terasa kita tak nak bayar. heheh. Sekarang dah jadi macam keluarga, saya berkawan baik macam adik beradik dengan dia sampai sekarang tau.

Kenangan saya di Malaysia banyak sangat, maklum lah dari kanak-kanak sampai remaja purba, pahit banyak sekali, tapi hati tetap jalan ke depan. Bukan senang nak capai tahap sekarang. Ok lah ...kehidupan tu. Miskin, ada duit banyak, miskin balik dan bina balik. Sekarang, syukur. Allah kesian kita kerja kuat dan berterusan."JALAN HARUS KE DEPAN BUKAN KE BELAKANG," adik kakak wae...

Hari Konvokesyen di USC
Siap dah nak naik stage. 
Salam berniaga, lama dah mula. Darjah 5 dah mula dah. Ayah mak berniaga katakan. Jual kueh pun ada. Mak yang buat. Masa sekolah rendah le dulu.  Kalau belajar pulak bukan sekejap, dari sekolah rendah sampai sekarang. Sampai orang rumah saya kata; "dah 20 tahun lebih hidup dengan you, tak pernah setahun saya lihat you berhenti belajar sampai sekarang." Saya tersenyum. Satu demi satu saya collect ijazah. Sampai pi buat MBA kat Australia; duit sendiri tau. Then buat PhD, but DBA. Aduhai. Ingat-ingat tahun depan nak buat LLB le pulak. Sekarang dah ada satu kualifikasi yang orang lain tak buat; "Company Turn Around". Apa? "Kenapa buat yang susah-susah.?" tanya seorang kawan.  "Bib, ambo ado plan la...heheheh. masa depan ambo, anok-anok dan cucu-cucu cicit nanti. Plan sampai anak cucu cicit. Hehehe." Itulah saya jawab tapi dalam hati je. kat luar saya senyum je.
Masa selepas Konvo masa MBA (esoknya). Mooloolaba.

Masa sekarang, tempat sama tapi wajah dah lain..sikit je
Di Australia aku bukan senang dulunya. Cari tapak. Dari 2005 saya mula dok cari tapak kat sana, masa student then, balik sini cepat tu. Dari tahun 2009 dah mula ulang alik, Australia-Malaysia. maçam Kota Bharu - Kuala Lumpur atau maçam JB -KL. Banyak habis duit. Tidak pernah putus asa. Insya Allah tahun depan cerah sangat-sangat hasilnya.
Jalan sana sini cari business potential business partner di OZ.
Bersama pemilik motel The Pines di Moololaba. Usaha cari partner business. heheh
Proses mencari rumah- jumpa jugak at last.
Pasal nak dok Australia ni bermula dengan kawan-kawan dalam study group yang belajar di USC, Queensland, Australia. Dulu ramai nak ada rumah, nak cari tapak kat Australia. Last sekali tinggal 3 orang, then tinggal berdua je; saya tengan kawan sorang lagi. Last sekali tinggal saya sorang. Dah berjaya sepenuhnya mengikut model saya buat tu maka dengan izin Allah, dah ada beberapa kawan baru turut serta. kawan dan juga bekas pelajar saya di Uni.
Di Logan Lea. Beli barang-barang dapur kat Supermarket
Anita Edmond sedang brief anak saya.
time makan di tempat makan di kafe Universiti.
Teringat pengalaman manis dan pahit belajar sara sendiri dulu..
Baru-baru ni masa balik OZ, ada student saya dari UMCCED ikut. Bersemangat dia orang bila saya rasa banyak tempat, lebih 30 buah bandar termasuk Uni saya dulu. Tengok nama lecturer dia terpahat kat Uni di OZ pulak tu.  Sukanya hati saya. banyak saya teringat pahit manis salam kehidupan dan pembelajaran. Maklumlah belajar dengan usaha duit sendiri untuk sara yuran dan lain-lain.  
Bawa student saya makan  sama-sama kat cafeteria yang saya makan masa student dulu.
Adalah bekas pelajar yang nak ikut model kita migrate ke OZ pulak. Ramai yang bertanya dan ada yang ikut terus. Huhuhu (ini bukan model fesyen tau; model cara nak bertapak di negeri orang le).  Allah je le tau sabarnya kita berusaha. Bukan setahun dua tu.

Sekarang nama kita pun dah terpahat di Universiti di Australia; macam saya capa kata atas tadi.  Anak perempuan saya pun ada sama ke Uni saya sebab dia nak sambung buat LLB. Pelajar saya dari UMCCED pun ada yang ikut. Yang dalam gambar kat atas tu le. Yang dok makan sama-sama tu. mereka pergi bersama saya dan anak saya. Dekat 10 hari mereka kat sana. saya pun seronok. Good team to travel with. Anak saya kata dia happy gile...heheh bahasa orang sekarang....

Suka hati sebab nama kita ada di USC, Queensland. 

Anita Edmond dari USC bagi penerangan pasal nama saya tu le..
Nama ayah yang dia létak. Mat salleh macam tu. Tak pe lah.bagi ayah suka sikit. heheh


Usaha kena gila-gila. Jalan Harus Ked epan busan Ke belakang. Hidup mati sekali seorang je. Jangan malas dan mudah putus asa. "Maybe the last key in the bundles opens the lock." 

Norman Vincent Pale ada mengatakan;" When God had put an impossible dreams in your heart, He means to fulfill it." So bro and sis, teruskan je la. 
Makan malam, makan kebab je. Dok tipi laut Sambil ingatkan  Malaysia.

Don't say you are a failure until you have made the last attempt, AND don't say you have made the last attempt until you have made a successful attempt. 

Mooloolaba; my new life plan starts here, nasib baik UMCCED bagi ambo start new life.

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...