Banyak tempat saya lawati, banyak tempat saya kunjungi. Jelas ia meniggal kesan yang mendalam dalam hati serta ingatan saya Banyak juga hotel saya bermalam, 2 bntang, 3, 4 dan 5 bintang. Pagi ini saya minum kopi di Sunway Hotel dan saya terkenang semasa saya singgah minum kopi di sebuah hotel 5 bintang di Brisbane, Australia. Hotelnya cantik, dan ruang lobinya hampir sama dengan hotel Sunway atau dalam gamabr diatasSaya melihat semua penginap hotel minum dengan sopan, berbual dengan sopan, bergaya seperti orang kenamaan. Makan bersopan santun serta bercakap perlahan-lahan seperti orang sedang bercinta.
Hati saya melayang teringat semasa di hotel Brisbane, suasananya sama. Hasil dari kenangan ini saya banyak bertanya.
Berapa lama kita akan makan bersopan?
Hanya semasa makan di hotel?
Kenapa apabila kita keluar sahaja dari hotel maka makan kita menjadi lain resamnya?
Apakah perlakuan kita itu satu hipokrit?
Atau kerana kedamaian suasana membuat kita menjadi tiba-tiba orang bersopan, bearadat dan berhemah tinggi?
Kalau kedmain suasana, bagaimana akan kita capai kedamaian agar kita akan sentiasa bersopan dan berhemah tinggi?
Entahlah, barangkali kita sama-sama menjawab persoalan ini.