Rakyat melihat banyak perlantikan yang dibuat sama ada oleh BN, UMNO atau Kerajaan. Ianya telah diwar-warkan bahawa perlantikan-perlantikan yang di buat adalah untuk rakyat. Perlantikan calon pilihanraya, perlantikan Menteri Kabinet, Perlantikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan akhir sekali ialah perlantikan speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Satu persatu mendapat perhatian dan penilaian rakyat dan analisa ini merupakan KPI pertama rakyat terhadap kerajaan sebelum Perdana Menteri membuat KPInya terhadap menteri kabinet.
Persoalan-persoalan timbul ialah kerana terlalu banyak idea baru yang diwar-warkan untuk rakyat tetapi rakyat masih belum melihat impak yang jelas, yang ikhlas serta jujur. Setiap tindakan dijelaskan bahawa tindakan untuk rakyat tetapi masih belum ada yang menenangkan hati rakyat. Misalnya, perlantikan MKT UMNO, masih terdapat lagu-lagu lama diberi nafas baru. Lagu 60han diberi rentak rap. Muka lama dimekap dan digincu dengan warna baru. Persolannya, untuk siapa? Yang didapati bersalah kerana rasuah politik wang, masih ada. Yang dicemuh disetiap kedai kopi kampung dan desa pasal AP, masih ada. Untuk siapa? Rakyat atau sesetengah golongan politik? Kemana pula muka yang tidak gah tetapi pandai dan ‘pekerja’ seperti Khaled Nordin? “Takpayah lah dia”, kata kawan saya. “Dia bukan kaki ampu.” Kami yang lain tersenyum dan menggiling kepala semasa minum pagi di Cawan dekat Bangsar baru-baru ini.
Saya mencelah menyokong PM dengan mengatakan Ali Rastam adalah wakil belia 4B. Dia harus diberi peluang ke MKT kerana belia merupakan golongan pelapis Negara. Kawan saya menjelaskan bagaimana dengan Khaled? Orang yang mewakili belia cendikiawan iaitu mahasiswa dan mahasiswi.
Saya tersenyum dan berfikir. Ada juga betul cakap kawan saya. Semasa Dato’ Pa menjadi menteri KPT, dia mengumpul ahli cendekiawan dan bijak pandai Melayu seluruh Malaysia di bawah payung idea beliau. Beliau mengadakan perjumpaan secara periodik dan saya sendiri pernah dijemput. Akhirnya apabila tiba masa pilihanraya berapa ramai golongan ini melangkah ke PAS. BN sendiri terpaksa mengakui cendekiawan melayu sudah ramai berhijrah kedalam PAS dan cendekiwan Cina barangkali ke DAP. Maka kita lihat semasa pilihanraya ke 12, cendekiwan PAS, cendekiawan Keadilan, cedekiwan DAP mula bersuara dan jelas BN tertinggal dari segi meritokrasinya. Jadi salah Dato' Pa atau salah siapa? Apa yang mereka kurang senang hati sehingga berhijrah?
Rakyat tidak bersuara sebagaimana ahli-ahli akademik seperti saya. Mereka bersuara dalam pilihanraya kecil dan pilihanraya umum. Mungkin apa yang saya katakan ini diperlekehkan. Soalan saya beranikah BN membubarkan dewan undangan negeri Perak dan pilihanraya semula sebagaimana dicadangkan oleh Rakyat dan juga Kadir Jasin dalam blognya; menyerah mandat kepada rakyat?
Hasil pilihanraya dewan undangan negeri Perak akan memberi jawapan terhadap persepktif yang saya gambarkan ini dengan lebih jelas. Ia akan menjawab tentang perlantikan MKT UMNO, perlantikan Ganesan di Perak dan menjawab banyak isu-isu lain. Masalah pilihanraya kecil Penanti pun BN banyak bertafakur, mahu jejak kaki atau tidak. Kenapa? Refrendum lagikah ia untuk BN seperti Bukit Gantang dan Bukit Selambau? Ini persoalan yang BN kena banyak mentalaah. Oh, tidak perlu meletak calon BN di Penanti. Ini permainan politik Pakatan Rakyat. Betul ke ungkapan itu? Atau ada sebab lain. Tun Mahathir sendiri memberi komen kenapa BN was-was untuk bertanding di Penanti? Saya kira itu pun akan menjadi referendum seperti kata Prof Agus dan perlu dilihat juga adakah ia alasan atau sebab, sebagaimana penulisan saya sebelum ini; "Antara alasan dan sebab".
Janganlah keputusan melantik ahli-ahli MKT, perlantikan calon pilihanraya atau menarik diri dari Penanti beralasan dan bukan dengan sebab. Banyak akibatnya bila kita memberi alasan dan bukan sebab. Saya amat sedÃh dan pilu melihat alasan demi alasan diberi bagi menenang hati rakyat dan akhirnya rakyat terlinang airmata. Linangan air mata orang Melayu amat besar impaknya kerana mereka bukan golongan suka mencemuh dan meminta. Mereka sentiasa redha apa diberi, tetapi apabila pahit melangkaui manis mereka akan membuat keputusan walaupun dengan linangan air mata. Diwaktu itulah kita melihat 'amok' moden mereka dengan menggunakan senjata pena dan pensel merubah seluruh keadaan diketika pilihanraya.

Dalam hati manusia, yang penting sekali ialah KEPERCAYAAN atau bahasa inggerisnya TRUST.
No comments:
Post a Comment