Saya membaca Mingguan Malaysia 2 Ogos 2009 di bahagian temuramah dengan YM Tengku Razaleigh Hamzah. Saya juga sebelum itu membaca komen Pak Rais pasal royalty minyak Kelantan – Kelantan tidak berhak. Saya baca komentar keesokan hari dalam Berita Harian; YM Tengku Razaleigh mengatakan Kelantan berhak; YM Tengku Razaleigh yang tanda tangan bersama Allayarham Mohamad Nasir, TMB Kelantan. Saya dengar Pak Perdana Menteri kita 'akan mengkaji semula royalty minyak Kelantan' selepas jumpa Tok Guru Nik Aziz.
Barangkali inilah 1 Malaysia. Semua sama-rata. Cina, Melayu, India, Iban, Melanau, Negrito, bersatu padu. Tak kira Johor, Perak, Selangor, Terengganu. Kecuali kamu rakyat Kelantan? Entahlah saya yang membaca, mendengar dan menulis cuba memahaminya tetapi masih tidak memahaminya.
Barangkali inilah yang dikatakan “amanlah siluncai dengan labunya, gembiralah pak pandir melihat anak orang jatuh di tengah jalan walaupun sebenarnya itulah anaknya sendiri. Atau hormatlah Pak Pandir pada kambing yang ada janggut kerana itulah disangka Pak Imamnya”. Entah. Inilah globalisasi, librelisasi, dan macam-macam sasi. Yang jelas, Bernas diam-diam hilang sahamnya dan wang Khazanah di anjur Dato Pa membeli kembali saham tersebut sekurang-kurangnya separuh. Macam tulisan abang kita Kadir Jasin, dengan hairan dan menghairankan kenapa ia berlaku tanpa pengetahuan kerajaan? SC? Kementerian Kewangan? Entah. Liberisasi agaknya.
Entah dan banyak lagi entah, “saya tidak faham”, barangkali itulah ungkapan rakyat Malaysia dari hari kehari. Terlalu banyak kompleksasi dan terlalu banyak kompilasi cerita sehingga berlakulah perkara-perkara diluar imaginasi.

No comments:
Post a Comment