This is a blog on social, enviroment, community, ideas, morality, ethics and love to nations.
Friday, 29 July 2011
Kecewa Sebuah Hati
Sedu tangis saban hari dari hati yang kecewa
Menangis melihat raut wajah bangsa yang tercemar
Tercemar dengan penipuan fakta dan cerita
Dan juga cerita dongeng baru untuk generasi akan datang
Kecewa sebuah hati
Meronta meminta didengar tangisan hiba ini
Agar ditafsir dan di ingati anak bangsa
Semoga jalan mereka tidak tercemar dan hina
Kecewa hati membara
Harapan untuk anak bangsa yang merdeka
Tidak kesampaian walau diri merdeka
Kerana merdeka dalam sebuah penjara
Penjara yang tiada penguhujungnya
Bapa-bapa, ibu-ibu
Apakah kamu juga kecewa hati mu?
Merdekakah kamu dalam sebuah penjara?
Penjara yang tiada pagar besi dan dinding batu
kerana
penjara ini kekal dengan sistem feudalism yang utuh.
Zulkufli
Bangsar, 29 Julai 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NWO?? ADA KE?
NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...
-
Minum pagi di Cleaveland untuk mula menulis Saya seringkali berfikir dan membuat analisa tentang kehidupan. Akhirnya saya mendapat kefaha...
-
Haha Macam-macam ragam manusia aku lihat Aku banyak berjalan dari ladang tebu sehigga ke pergunungan macam-macam ragam manusia aku saksi...
No comments:
Post a Comment