Sunday, 27 August 2023

NWO?? ADA KE?



NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order?

Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan saya tanya soalan seperti itu masa minum kopi pagi di Starbuck. 




Mungkin dia terbaca buku yang saya cadangkan untuk dia beli dan baca; :Extra Popular Delusions and The Madness of Crowds yang ditulis oleh Charles Mackay - 1841. Belum sempat saya tanya dia, baca atau tidak buku tersebut dia terus mencelah " Doc.. macam mana?"




Saya memaklumkan kepada beliau, NWO atau New World Order di antara pendokong utamanya ialah James Warbug iaitu pada Feburuari 1950 menyatakan; "kami akan memiliki pemerintahan tunggal dunia samada manusia setuju atau tidak iaitu melalui penaklukan atau persetujuan," 

Aduh terbeliak mata kawan saya. Saya bagi tahu beliau;
 "mereka akan lakukan,  bahkan sudah melaksana agenda global ini sebagaimana Adam Smith melalui teori Economi Kapitalis, yang menjadi kebiasaan kehidupan kita dan tidak mungkin bahkan mustahil kita ketiadaanya, misalnya bank, pasaran saham freedom of competition, corporate profitability dan lain-lain lagi. Ini adalah antara ideologi Ekonomi Kapitalis yang telah menjadi sebati dengan kita."

Saya memaklumkan, mereka berjaya menjadikan NWO menjadi kebiasaan kita walau ramai cendekiawan berpendapat ia adalah konspirasi jahat dan agenda ini agenda tersembunyi atau agenda gelap. Ia dilakukan di hadapan khalayak ramai, di depan masyarakat tanpa disedari kerana cara penyampaian yang efisien dan licik. Oleh kerana itu kita semua terlena dań menerima metodologi tersebut sebagai normal kehidupan. Seperti bank dan pasaran saham, idea oleh Adam Smith apa bisakah kita menolaknya? Buku-buku pembelajaran strategi - Competitive Strategy, Marketing in Competitive Market..

Idea NWO mereka amat bijak kerana ia menepati kepercayaan dan keinginan semasa kita sehingga ia menjadi konspirasi peringkat global, regional dan nasional iaitu peringkat sesebuah negara dan ramai yang tidak akan percaya apa yang saya cakap dan tidak akan mengatakan ia benar.

Analisa dari YouTube;

Sejak Oktober  2022, insan popular seperti Robert Kiyosake dan beberapa pakar ekonomi US menyatakan ekonomi US akan crash akhir tahun 2022. Semua dunia gusar. Unload Share semua!!, beli semua!!! Berduyun-duyun membeli ketika itu pada tahap USD 1980/ounce - USD 1990/ounce dan ada yang beli tahap USD 2000/ounce. Takut terlepas.Pasaran nak collaps!!  Emas akan melambung. US currency akan crash dan Emas 2023 akan melambung sehingga memunkin capai tahap 2,500 USD/ounce. Apa jadi?  Matawang US Currency terus naik dengan kadar OPR yang dinaikkan oleh US,  meningkat sehingga memberi penekanan kepada RM keparas yang rendah (2-6 minggu lepas mencecah 4.78). Sementara Emas meningkat sampai USD 2080/ounce, kemudian turun balik sehingga USD1885/ounce minggu lepas selepas meningkat ke paras USD2078/ounce pada May 2023 dan sekarang?21 Aug 2023 hanya USD 1884.06/ounce

Cuba lihat satu fakta berkaitan  yang mungkin kita terlupa. Russia yang mana mereka hadkan matawang mereka Ruble pada paras USD1600/ounce emas; bagi transaksi Gas dan Petroleum dengan Eropah atau negara luar. Jadi bagaimana akan jadi dengan Emas? Semua kata recession dan Emas akan naik serta kekal atas dari paras USD 2000/ounce. Sekarang bagaimana? Persoalannya bila?Apakah ia akan berlaku kerana khabar angin ini mula tersebar di pertengahan 2022 dan akan berlaku suku pertama 2023 atau sebelum akhir 2022.Macam-macam ada dalam YouTube cerita pasal ini. Persoalannya yang perlu kita fikirkan iaitu bila dań apa tanda-tandanya atau "signal" bila akan berlaku? Siapa sebenarnya block buyer dan that mana? Saya tahu, bank pun ada membeli serta simpan stok emas. Tahap mana? Bagaimana kita ingin mendapat maklumat ini sebagai signal?

Saya ada menulis dalam blog ini:
- Masa depan kita (2008)
- Russia in Coming in (Dec 2018) - maksud saya ke pasaran ekonomi dunia. Berlaku tak?
- Checkmate kali ini untuk siapa (Ogos 2008)

Siapa percaya? Hanya pelajar-pelajar saya di University percaya dan barangkali kerana saya pensyarah mereka. Nak lulus exam kut.

Saya juga ada sebut tentang kebenaran baru dan bukan setakat kebenaran. Kebenaran lama berdasarkan fakta dan kebenaran baru ini berdasarkan "persepsi". Jadi, dalam NWO dilusi ini berlaku di semua peringkat. Misalnya "Minum milo sihat dan kuat." Betul ke? Pandangan serta kefahaman masyarakat dikelirukan dengan informasi yang mengelirukan sehingga persepsi oleh NWO menjadi kebenaran dan kepercayaan serta realiti. The flow of knowledge amat berkuasa dan untuk memahami lebih mendalam saya cadangkan kepada kawan saya untuk membaca juga buku : The Rupert Murdoch. 

hahahah.. bagaimana pun saya ketawa sambil melihat kawan saya nampak berkerut untuk memahami. "Sebab kita diayun dengan filem, hiburan, platform baru media masa dengan cara baru, pemilihan bakat baru, sukan dan ada juga  program kebudayaan, keseniaan bahkan ancaman WABAK PENYAKIT. Maka kita dań seluruh masyarakat akan percaya kecuali scholars atau cendekiawan.

Kawan saya nampak lebih berkerut. Saya diam sejenak dan menyampuk cadangan , " nanti kita minum kopi lagi. Aku berhenti di situ dan borak simple pasal New Silk Route dan apa pentingnya kepada China dan Russia berkait dengan ekonomi Eropah serta US.

Kuala Lumpur
26 Ogos 2023

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...