Friday 24 February 2012

Eumundi menjadi pilihan jua

Saya banyak mengembara di Malaysia, dan banyak juga saya telah mengembara kenegara-negara lain termasuk; Indonesia, Thailand, Filipina, Pakistan, India, Singapura, Australia dan lain-lain lagi.

Di Kampung antara Aceh dan Medan - makan pagi

Hotel Ambacang - Padang - saya menginap disini sebelum rebah gempa buni Padang

Padang - pernah menjadi pilihan

Di sebuah kampung 100 km dari Surabaya - Brondong
Banyak yang saya pelajari hasil dari perjalanan tersebut kerana kebanyakan perjalanan saya tidak merupakan perjalanan ‘orang kaya.’ Kesemua destinasi tersebut saya lewati secara sederhana. Oleh itu banyak juga saya pelajari tentang kehidupan sesebuah masyarakat, tata-bicara rakyat sesebuah negara serta amalan hidup mereka.

Ada yang memalukan, menghairankan dan ada juga yang menjadikan kita geram serta marah. Dalam pada itu; banyak-banyak negara yang saya lawati dan diami, saya amat kagum dengan Queensland, Australia. Entah mengapa negara Kangaroo ini banyak tersemat keindahan dihati. Bagaimana mereka melayan orang lain, budi bicara, keikhlasan, ketulusan dan ketiadaan korupsi antara menjadi kehairanan saya. Tidak seperti negara-negara yang saya sebut di atas; menyedihkan serta memalukan.

Cerating, pernah menjadi pilihan

Langkawi juga pernah menjadi pilihan hati
Merantau di Australia sewaktu cuti, terutama Queensland menjadi darah daging saya akhirnya. Itulah cara terbaik untuk megenali sesuatu tempat secara terperinci. Sewaktu cuti saya akan banyak memandu, melihat alam sekitar yang tidak tercemar, alam sekitar yang di pelihara dengan baik sesuai dengan ketamadunan yang mereka perolehi. Saya kagum apabila saya mendapati masih ada manusia yang wujud dengan mengekalkan keaslian sifat kemanusiaan walau mereka sudah terlalu kehadapan. Bahkan mereka menghormati haiwan seperti menghormati manusia dan menyintai alam sekitar.

Saya banyak kekampung-kampung di Malaysia, di India, Pakistan, Australia dan juga Indonesia. Akhir dalam pengembaraan ini, saya terjumpa kampung yang sungguh mendamaikan dan setelah menginap di kampung-kampung ini, bergaul dengan masyarakatnya, akhirnya saya berkeputusan untuk akhirnya; menghabis saki-baki hari tua saya dalam keadaan yang aman damai. Kampung yang saya maksudkan ialah Eumundi, Queensland; Australia.
Eumundi yang tenang

Bandar-kampung yang indah - Eumundi

Tenang jam 3 petang




Ladang Strawberries - mungkin idea yang baik untuk berladang


 Dalam mengharungi hari tua kita, ketenangan amat diperlukan, kesihatan menjadi keutamaan dan masyarakat yang ‘bertamadun’ amat dicari. Lama sudah saya mencari, melebihi 30 tahun dan Eumundi menjadi pilihan saya.
Eumundi juga akhirnya menjadi pilihan; walau hanya menaiki bas



Stesyen Minyak Eumundi - ala kampung tetapi bersih


Saturday 18 February 2012

Risau


Risau datang lagi
Merobek-robek jiwa ku yang tenang
Melukis dan melakar hingga hati aku luka dan berdarah
melihat anak bangsa ku;
Bangsa Malaysia

Risau ku kadang-kadang menjadi pisau belati
mengihiris rasa hati
melihat raut wajah anak bangsa ku
terhampar atas kain suprah
menunggu dimakan dan diratah.


Antara mereka; sipemangsa
sanggup meratah anak bangsa sendiri
menghirup darah bangsa sendiri
hingga kering dan mati.

Dan mereka sipemangsa,
ada yang tidak luka
walau pisau menghiris kehidupan
walau belati menusuk nama
Oh kebal mereka, aku lupa
dan
kerana itu mereka sanggup
meratah daging bangsa mereka sendiri.

Entah
Sampai bila aku terpaksa risau anak bangsa ku ini?
Dari aku mula bertateh
hingga serban dan kopiah menutup kepala

Bilakah anak bangsa aku akan berdiri tegak?
Tidak dimamah bangsa sendiri
Tidak menjadi hidangan yang berkuasa
dan santapan sambil mereka ketawa
diatas nama kain suprah perjuangan
untuk anak bangsa.


Pantai Hill
18 Feb 2012

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...