Saturday 18 June 2016

KENANGAN DUA DESTINASI

Hari ini saya nak menulis lagi. Lama jugak saya mendiamkan diri. Bukan malas, jiwa meronta untuk menulis tetapi banyak parkara kehidupan nak diselesaikan. Alahai. Hidup dah remaja purba itulah jadinya. Macam-macam. Kalah orang putus kasih kut. Sibuk betul. Dulu jaga diri, then jaga keluarga then jaga serta bantu masyarakat. 
Ini lah pesawat yang saya naiki masa nak pi belajar di Australia. Ambil sebelum boarding


Transit kat Sydney masa tu sebelum ke Brisbane.


Mooloolaba cantik sokmo wae...
Diam-diam saya duduk pagi ni, teringat kenangan lama dan baru. masa susah-susah waktu muda. Belajar, kerja, berniaga sambilan, hilang duit, cari kawan, kawan goreng kita; habis duit; hahahah. Kena lalui semua baru naik la. Teringat mula semasa jadi pensyarah di UM dan buat business sikit kata orang. dapat 'job' duit tak de, cari nak pinjam sana sini. Last sekali ada orang bantu bagi pinjam. Bukan sikit, RM8,000 lebih. Bagi keuntungan pada dia dalam 10%. Rakan kongsi katakan. MOL dalam teori Timmon Model. (Itu yang saya bagi banyak lecture, penting Timmons Model niii).

Pengalaman bawa keretapi.
Masa kecik-kecik dulu ada cita-cita nak jadi drebar keretapi. WOW.
Di Australia baru dapat rasa.
Saya bukan sekali pinjam dengan dia. Banyak kali juga. Yang penting dalam pinjam duit ni kita kena jujur, dan sentiasa berkomunikasi dengan dia. Susan hati wae orang yang memberi  pinjam ni. Risau, kesian, sedih, hormat kat kita pun ada. Jadi jagalah hati dia dan hubungan kita dengan dia. Jangan bagi dia terasa kita tak nak bayar. heheh. Sekarang dah jadi macam keluarga, saya berkawan baik macam adik beradik dengan dia sampai sekarang tau.

Kenangan saya di Malaysia banyak sangat, maklum lah dari kanak-kanak sampai remaja purba, pahit banyak sekali, tapi hati tetap jalan ke depan. Bukan senang nak capai tahap sekarang. Ok lah ...kehidupan tu. Miskin, ada duit banyak, miskin balik dan bina balik. Sekarang, syukur. Allah kesian kita kerja kuat dan berterusan."JALAN HARUS KE DEPAN BUKAN KE BELAKANG," adik kakak wae...

Hari Konvokesyen di USC
Siap dah nak naik stage. 
Salam berniaga, lama dah mula. Darjah 5 dah mula dah. Ayah mak berniaga katakan. Jual kueh pun ada. Mak yang buat. Masa sekolah rendah le dulu.  Kalau belajar pulak bukan sekejap, dari sekolah rendah sampai sekarang. Sampai orang rumah saya kata; "dah 20 tahun lebih hidup dengan you, tak pernah setahun saya lihat you berhenti belajar sampai sekarang." Saya tersenyum. Satu demi satu saya collect ijazah. Sampai pi buat MBA kat Australia; duit sendiri tau. Then buat PhD, but DBA. Aduhai. Ingat-ingat tahun depan nak buat LLB le pulak. Sekarang dah ada satu kualifikasi yang orang lain tak buat; "Company Turn Around". Apa? "Kenapa buat yang susah-susah.?" tanya seorang kawan.  "Bib, ambo ado plan la...heheheh. masa depan ambo, anok-anok dan cucu-cucu cicit nanti. Plan sampai anak cucu cicit. Hehehe." Itulah saya jawab tapi dalam hati je. kat luar saya senyum je.
Masa selepas Konvo masa MBA (esoknya). Mooloolaba.

Masa sekarang, tempat sama tapi wajah dah lain..sikit je
Di Australia aku bukan senang dulunya. Cari tapak. Dari 2005 saya mula dok cari tapak kat sana, masa student then, balik sini cepat tu. Dari tahun 2009 dah mula ulang alik, Australia-Malaysia. maçam Kota Bharu - Kuala Lumpur atau maçam JB -KL. Banyak habis duit. Tidak pernah putus asa. Insya Allah tahun depan cerah sangat-sangat hasilnya.
Jalan sana sini cari business potential business partner di OZ.
Bersama pemilik motel The Pines di Moololaba. Usaha cari partner business. heheh
Proses mencari rumah- jumpa jugak at last.
Pasal nak dok Australia ni bermula dengan kawan-kawan dalam study group yang belajar di USC, Queensland, Australia. Dulu ramai nak ada rumah, nak cari tapak kat Australia. Last sekali tinggal 3 orang, then tinggal berdua je; saya tengan kawan sorang lagi. Last sekali tinggal saya sorang. Dah berjaya sepenuhnya mengikut model saya buat tu maka dengan izin Allah, dah ada beberapa kawan baru turut serta. kawan dan juga bekas pelajar saya di Uni.
Di Logan Lea. Beli barang-barang dapur kat Supermarket
Anita Edmond sedang brief anak saya.
time makan di tempat makan di kafe Universiti.
Teringat pengalaman manis dan pahit belajar sara sendiri dulu..
Baru-baru ni masa balik OZ, ada student saya dari UMCCED ikut. Bersemangat dia orang bila saya rasa banyak tempat, lebih 30 buah bandar termasuk Uni saya dulu. Tengok nama lecturer dia terpahat kat Uni di OZ pulak tu.  Sukanya hati saya. banyak saya teringat pahit manis salam kehidupan dan pembelajaran. Maklumlah belajar dengan usaha duit sendiri untuk sara yuran dan lain-lain.  
Bawa student saya makan  sama-sama kat cafeteria yang saya makan masa student dulu.
Adalah bekas pelajar yang nak ikut model kita migrate ke OZ pulak. Ramai yang bertanya dan ada yang ikut terus. Huhuhu (ini bukan model fesyen tau; model cara nak bertapak di negeri orang le).  Allah je le tau sabarnya kita berusaha. Bukan setahun dua tu.

Sekarang nama kita pun dah terpahat di Universiti di Australia; macam saya capa kata atas tadi.  Anak perempuan saya pun ada sama ke Uni saya sebab dia nak sambung buat LLB. Pelajar saya dari UMCCED pun ada yang ikut. Yang dalam gambar kat atas tu le. Yang dok makan sama-sama tu. mereka pergi bersama saya dan anak saya. Dekat 10 hari mereka kat sana. saya pun seronok. Good team to travel with. Anak saya kata dia happy gile...heheh bahasa orang sekarang....

Suka hati sebab nama kita ada di USC, Queensland. 

Anita Edmond dari USC bagi penerangan pasal nama saya tu le..
Nama ayah yang dia létak. Mat salleh macam tu. Tak pe lah.bagi ayah suka sikit. heheh


Usaha kena gila-gila. Jalan Harus Ked epan busan Ke belakang. Hidup mati sekali seorang je. Jangan malas dan mudah putus asa. "Maybe the last key in the bundles opens the lock." 

Norman Vincent Pale ada mengatakan;" When God had put an impossible dreams in your heart, He means to fulfill it." So bro and sis, teruskan je la. 
Makan malam, makan kebab je. Dok tipi laut Sambil ingatkan  Malaysia.

Don't say you are a failure until you have made the last attempt, AND don't say you have made the last attempt until you have made a successful attempt. 

Mooloolaba; my new life plan starts here, nasib baik UMCCED bagi ambo start new life.

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...