Friday 19 July 2013

Macam-macam Ragam Manusia

Haha
Macam-macam ragam manusia aku lihat
Aku banyak berjalan
dari ladang tebu sehigga ke pergunungan
macam-macam ragam manusia aku saksikan
sesetangahnya sama dengan aku



 

ada suka bawa anak berjalan
bawa kereta kecil anak  - manisnya - sama macam aku je...
Aku makan kat luar, jalan pun suka bawa keluarga


Ada yang bawa isteri berjalan sampai ke tua - pimpin tangan - aku pun sama
Tapi ada sesetengah isteri kata suaminya "menggatal awak ni, dah tua-tua pegang tangan.."  heheh


Ada yang suka lihat burung terbang malam - aku le tu
lazim mereka kepantai yang ada burung - aku le tu buat kat S.. Paradise
kalau kau orang cuba seronok tau..banyak burung..


Ada yang suka belayar dengan kawan atau keluarga pada hari minggu
nak buat macam mana kau orang ada duit...
buat lah


ada juga yang suka duduk tepi jetty macam kat Mooloolaba dengan kawan
duduk je tak buat apa-apa kecuali borak kosong - golongan B
buat lah, nak buat macam mana golongan B macam tu,
kalau golongan A lain pula caranya.


ada yang hobi kepasar tani
beli bunga
cari sayur
ada juga saja jalan-jalan cuci mata - buat lah apa yang engkau orang suka
sekurang-kurang hilang tension, habis RM3 ringgit je pun ok, asal pergi

asal dapat ke pasar tani dah ok -buat lah
 

ada yang beli bunga saja - ok le tu

ada yang suka jalan-jalan je - buat la

Macam-macam ragam manusia aku lihat
ada juga suka berniaga buah-buahan - bagus le tu
kedai ramai orang kunjung, terutama kawasan orang lalu lalang
macam dekat Brisbane City Center

Macam-macam sungguh hidup dan ragam manusia
ada macam-macam ragam sungguh manusia
ada yang pergi kat kedai ekslusif
cuci mata, kadangkala cuci beg duit sekali...
takpa kadang-kadang je - penat kerja


Ada yang suka pergi ke luar bandar
pergi museum luar bandar, bersejarah
ambil gambar - aku le tu..
 

 
Museum luar bandar - 1870 punya bandar


ada yang suka buat carity atau sumbangan tenaga percuma, macam pakcik dalam gambar atas tu - aku jarang-jarang ada jugak

Ada juga yang suka pergi museum yang dalam bandar kecil bersejarah
macam Gympie - aku le tu


Macam-macam aku lihat ragam manusia
ada suka makan aiskrim sambil berjalan-jalan
 



 

ada yang hanya lalu je tempat jual majalah. serius pulak tu
tak tengok orang kiri-kanan. Tunduk je.

Macam-macam  sungguh ragam manusia
ada yang berjalan dengan kawan
tapi masing-masing sibuk dengan handphone
haha, berkawan dengan kawan ke dengan handphone?

 
Macam-macam sungguh ragam manusia
ada juga naik motor besar dengan isteri
motor relak - Harley. Buat lah jika u all ada duit.
Syok juga manjakan isteri.. tapi rugged

 
 

Ada juga berjalan-jalan dengan kawan atau girlfriend
nak buat macam mana girlfriend awak lawa
orang lain tengok dan cemburu je


Tapi ada juga yang suka ke tepi pantai
lihat mentari tenggelam
membawa hati yang kadang-kadang pilu
menyembuh luka yang mendalam
atau menutup luka yang tak pernah sembuh
berdarah dari dulu sampai sekarang - aku le tu


 
Kadang-kadang ada juga orang dimusim sejuk
duduk baca buku di kawasan yang cantik
dibandar raya katakan...
makan, baca buku dan kadang kala termenung - aku le tu
Buat kat Brisbane . hehehe

 

Macam-macam sugguh ragam manusia.
Kawan-kawan cuma dalam melihat macam-macam ragam manusia
pesan ku satu..jaga lah bahasa kita bila berbicara....

Inilah yang aku lihat dan baca dan baca masa kat Eumundi Market...Queendsland.




Tuesday 9 July 2013

Menunggu Mentari Terbenam di Ladang Lembu -


Baru-baru ini saya drive kereta dengan kawan-kawan. Jalan-jalan katakan. Kami drive kereta dari Mooloolaba turun ikut jalan Woolongga, ikut University of The Sunshine Coast. Tak jauh selepas melewati Sippy Down tempat Uni  ini maka kita jumpa jalan kekanan, ala jalan tu baru di namakan Steve Irwin Way. Ikut nama crocodile hunter yang popular tu le. Jauh jugak masuk kedalam baru sampai kat Zoo milik Irwin.

Gambar Lama ku masa convo - eh itu isteri mendiang Steve Irwin tu.

Bawah adalah gambar ku nak konvo - gambar lama ni

Wife dia tu sama dengan saya masa konvo dulu kat USC. Lama dah...hari ini dalam sejarah le.. Megah jugak rasanya tapi nak ambil gambar bersama tak sempat. Heheh. Gambar dia atas stage adalah. Dia dapat Doktor Kehormat kerana jaga binatang dalam Zoo. Bagus jugak kerajaan Australia. Kita di Malaysia  isteri menteri je yang dapat Doktor Kehormat..heheh
 

Sampai kat Zoo tu sempat jugak le kita bergaya sana sini ambil gambar. Member siap panjat tangga tempat Zirafah...berani betul. Nak ketawa pun ada tengok member-member punya gelagat. Macam tak pernah jupa gedung Zirafah. Hai member-member. Malu pulak nak tunjuk gambar mereka kat sini.
 
Lama jugak drive ikut Malaney - Kenillworth Road ni. Hampir sejam baru sampai ladang lembu tu. Sejuknya... Ingat-ingat 10 darjah celcius. Musim luruh di Queensland akhir-akhir ni pelik. Siang 20 darjah tapi petang boleh turun samapi 8 atau 7 darjah. Tapi aksyen punya pasal, tak pakai jaket masa nak ambil gambar. Alahai, orang Malaysia nak jadi Aussie..heheh.


Setiba di ladang lembu tu, cuaca sejuk tapi keadaan masih cerah walapun dah jam 5.10 petang. Kena tunggu kejap sebab maghrib jam 5.30 pm. Nak ambil gambar mentari nak tenggelam. Mana tahu dapat ilham buat sajak.
 

Cantik betul pemandangan ladang lembu atas bukit ini. rasa nak tinggal situ je. Tahan sejuk punya hal, cuba ambil gambar lah. Lepas tu terus pakai jaket. Nak terkencing sejuk. huhu. Banyak jugak gambar saya ambil sehingga tenggelam mentari di ufuk barat.


Kat mula nak masuk ladang pagar tinggi macam dalam cerita High Chapparal..dalam tv cerita Cowboy..Monalito, James..ingat tak? Peti surat dia pun antik, guna batang kayu balak ..huhuu..Hebat.
 

 


Saya nampak lembu dok makan rumput. "Hai lembu, tak nak balik rumah ke? Rupa-rupanya lembu dia orang tidur kat situ je. Sejuk tuu. Tapi tak hilang kena curi orang lembu-lembu ni. Tak de orang curi macam kat kampung aku ye..." suara hati saya berkata.

Baik pulak mat salleh kat sini. Heran. Kat Malaysia, Ustaz Azhar Idrus dok ceramah sana sini, rompak pun sana sini. Dato' Dr Fadilah Kamsah motivasi sana situ, sana situ kes dok curi pukul orang. Tiap negeri ada ulama ada Mufti. tiap negeri pula jenayah banyak. Mana salahnya.


Hey lembu, syoknya engkau makan rumput. Sehat betul lembu dia orang. Tunggu punya tunggu maka tibalah masa mentari terbenam. Eh cantik betul. Tak pernah saya lihat dari atas bukit macam ni.







Kaya betul kuasa Allah. Terpegun hati ini. Walau bagaimana pun puas hati saya kerana dapat menyaksikan matahari terbenam diatas puncak bukit di ladang lembu. Kata mat saleh; SUNSET AT THE CATTLE RANCH ON TOP OF THE HILL. Puas betul hati. Aku selepas itu drive lagi sampai ke Kenilworth.



Ada hotel..berhenti kejap nak ke tandas. Tapi pi tandas kat petrol pump sebelah hotel..across the road. Hotel tak pijak kaki pun. Heheh.  Tak tidor pun situ. Nak balik Mooloolaba. Sejuk. Siap tipu member heater kereta rosak masa on the way back Mooloolaba. menggigil member kat kerusi belakang kereta. Nampak sengsara member baru saya on heater, Sumpah seranah dia orang. Saya dan member kat depan ketawa sampai berair mata.
 


PASIR INI SUMPAH MU


Di pasir ini aku mengingati janji mu
putik dan segar bagai tidak pernah layu
Aku papah janji mu bagai seorang manusia
Aku papah janji mu bagai sebuah kisah nabi-nabi

Dari hari kehari aku panjatkan doa
bagai memohon Tuhan agar kemarau ditibakan  hujan
bahkan banjir pun aku redha
walau hati kecil aku terlalu menderita


Di pasir ini aku menerima sebuah kasih
mengganti kasih lama yang luntur kerana kemarau panjang
yang juga tidak pernah aku sangka
kemaraunya akhir dengan kiamat

Di pasir ini aku sangka doa aku kekal
sampai zaman menjadi tua berjanggut
rupa-rupa janji mu tidak kekal sezaman
tidak bernyawa walau sekurun

Akhirnya
sunyi dan sepi kembali
menjadi rakan kongsi ku
menjadi penyambut tetamu hati
dan janji mu kau bakar bagai membakar sebuah hutan kontang


Terdampar aku dalam kehangatan hutan  berapi
lesu dengan luka yang boleh membunuh hidup ku
dan akhirnya
baru aku sedar janji mu sama seperti yang dahulu
yang pernah aku terima di Eumundi
hancur dan menghancurkan

Bagai kiamat sebuah dunia aku rasai
dan mati ku bagai tiada nilai
kerana hangus aku terbakar
hilang debu ku ditiup angin
dan aku akhirnya bersumpah
takkan kembali lagi ditanah hutan mu disini
membetulkan cerita asal ku
sebenarnmya di tanah ini bukan milik ku.

9hb Julai 2013

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...