Pages

Tuesday, 17 February 2015

Usahawan; wujud dan kewujudannya


Berehat di taman untuk solat di Perth selepas buat kajian
Saya seringkali diminta untuk membentang kertas, mendidik dan memberi latihan kepada usahawan terutama kepada mereka yang dari golongan muda atau belia. Tidak kurang juga kepada golongan yang sudah bertaraf usahawan industri kecil atau yang belum memulakan sebarang perniagaan.

Sebenarnya definasi usahawan mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah
“seseorang yang telah mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan dan mengusahakannya”.

Kawasan gersang ini ada kedai - macam dalam TV le..
Kedai runcit atau stores di kawasan gersang semacam gurun

Kedai ditengah kawasan gersang tetapi cantik. Suka hati saya!! Macam dalam TV tu!!
Saya sempat singgah untuk beli minuman - macam dalam cerita dalam TV pulak !!
Usahawan mengikut kajian saya, akan wujud atau terjadi atau membuat seseorang itu menjadi usahawan kerana 3 perkara:
1.     Kerana kemiskinan
2.     Kerana dibesarkan dalam keluarga berniaga atau keluarga usahawan
3.     Kerana pendedahan

Pendedahan boleh disebabkan secara langsung seperti latihan, pendedahan oleh institusi sehingga wujud minat kepada individu untuk berniaga dan menjadi usahawan. Sebaliknya, pendedahan secara tidak langsung ialah kerana pembacaan, penglibatan dalam organisasi berasaskan perniagaan atau persabatan dan juga kawan-kawan.

Farm Stay adalah antara kajian saya
Lihat cara orang Australia menghias dan mengecat kedai mereka, indah ya.
Mudah untuk pelanggan mengenali jenis perniagaan mereka. Usahawan serious ni!

Kapal Layar model lama pun mereka bust business! Macam Pirate of the Caribbean!!
Berani jugak saya duduk dekat kapal ni. Heheh
Selain itu mentor atau afilasi dengan orang yang berjaya dalam bidang keusahawanan merupakan pendedahan yang paling ketara kerana kuasa mentor yang ditimbulkan oleh usahawan yang berjaya dilengkapkan tidak sedar atau informal. Situasi ini bukan sahaja menimbulkan kesedaran kepada usahawan baru atau bakal usahawan, tetapi usahawan berjaya akan berupaya memberi tunjuk ajar dan apatah lagi dari seorang usahawan yang pernah jatuh dan bangun sehingga berjaya.

Flag Motor Lodge di Riverbale, Perth.
Tukang cleaning kawasan dan bilik hanya 3 orang untuk hampir 200 bilik. Kat Malaysia pasti ramai.
Cantik tak kereta saya sewa dgn Thrifty Car Rental. Baru AUD 76 per day. Unlimited milage.
Tu saya drice sampai 700 km dalam 3 hari tu. hahaha



Sunday, 15 June 2014

Sehari Shopping di Brisbane














Shopping kat Brisbane seronok. Banyak benda yang aku lihat cantik dan kadangkala bagaikan ada jin tarik kocek aku agar dikosongkan. Kadangkala aku terbawa-bawa dengan jin itu tapi bila poket aku nipis, alahai, aku kena halau lah jin tersebut. Maklum lah kadar tukaran wang asing 1:3 kadang-kadang naik si AUD ni sampai 3.3, dah lah macam tu, barang kiri kanan semua cantik.

PANDORA pulak awal design dari Malaysia. Yang kat Malaysia RM350 sana baru dapat AUD 89..eh makcik oi, kena 'convert' dulu. Jangan ingat sama oii dengan duit Malaysia. Nahas no 49 kita dibuatnya. Ada pernah sekali aku bawa student aku shopping hari pertama (atas desakan mereka) sampai, esok masing-masing talipon keluarga kat Malaysia mintak bank in duit. dah kita pesan, hari pertama jangan shopping, lihat dulu, hari ketiga baru shopping..uhh bukan mereka nak dengar. Seorang je yang tak mintak duit dari Malaysia sebab dia bawa AUD 5,000 sama dengan RM16,000. Alahai dia orang ni.

Masuk kedai COACH  nak beli, masuk kat PANDORA  nak, masuk kat SEED nak. Si member yang bawak duit banyak tu le yang buat hal dulu, yang lain terikut-ikut. Siap cakap "Dr, saya memang plan nak habiskan duit bonus saya.." Terbeliak mata aku dibuatnya. Ye lah banyak bonus dapat ok lah.



Aku siap bawa juga dia orang shopping kat Surface Paradise sebelum pergi melawat Kanggaroo di Curumbbin Park. maklumlah tak lihat Kanggaroo kalau pergi Australia macam tak sah lah. Tapi kena ingat, masuk pagi kena AUD 45, tapi kalau masuk lepas jam 2 tengahari hanya AUD 25, pandai engkau le ce' Jah oii.. aku tak kisah. heheh. Boleh tengok Kanggaroo biasa dan juga Kanggaroo Pokok. Ada jugak group yang tak nak spend duit, aku bawak kat Universiti aku, free je. Kanggaroo liar dari hutan bersebelahan Universiti. Kerap jugak dia orang masuk kawasan padang Uni dan kadang-kala turut berehat bersama kita. Cuma kat uni ambo tak de lah Kanggaroo Pokok.





Cakap pasal shopping ni, baju, alat haisan perempuan, baju kanak-kanak, semua ada. Cuma kena pilih tempatlah. Yang branded siapkan poket tebal, yang murah tak pe, jin yang seket je. So tak habis duit lah kita. Aku ni orang kurang berada. Shopping jarang sekali, bawa kawan atau student aku dari Malaysia pun ikut selera mereka. Ada yang poket tebal dan ada yang poket nipis. Kena tanya dulu 'goal and objective' dia orang.








Satu lagi, kalau tahan jalan sikit, baik naik train kalau nak pi shopping. Kalau bawak kereta pening sikit. Aku pun sesat. Pakai GPS? Boleh tapi tak pernah pulak aku cuba. Kena jalan jugak adik oii. Baik naik train. Park kat Nerang Station (macam Kuala Nerang kat Malaysia) then turun jalan sikit je, terus shoppinglah, tambah-tambah suhu pada awal musim panas iaitu dalam bulan May hanya 22 darjah. Tak payah pakai jacket tebal sangat. Tapi kalau dah akhir May jangan..sejuk ce' Jah oii...dah turun 16 darjah. Kalau dah biasa kat sana ok. 16 darjah tu, ok je. tak yah jacket pun. heheh





Aku pun nak simpan duit weh..nak shopping buku..heheh.  

  

Monday, 20 January 2014

TERIMA KASIH


Malam di Mooloolaba
Sejuknya  ketulang hitam
Sehingga lidah tak tersusun kata

Membawa aku terbangun
Dari sebuah mimpi sedih
Yang berkurun usianya

Dingin Mooloolaba
Bagaikan nyawa disambung Tuhan
Untuk menyembuh luka yang dalam
bagaikan tiada kelihatan dasarnya

Dingin Mooloolaba
Dengan hanya sebuah ketulusan
Dan keikhlasan nyata
Aku menjadi faham
Membaca firman Mu satu persatu
Yang diucap dalam bahasa terindah
Berkias maksud, tapi jelas intinya


Dingin Mooloolaba
Aku mengucapkan terima kasih
Merafat sembah kepada Mu
Memberi aku pari syurga
Menampal luka
Menyembuh parut yang seumur piramid.
Zulkufli - Mooloolaba
2013 May

Saturday, 28 December 2013

Kanggaroo Pokok


Pernah lihat Kanggaroo yang hidup atas pokok? Haha. saya pun tak pernah lihat. Di Australia ada tau. Saiz dia pun besar jugak tetapi besar dari musang. Jinak?Entah tak pegang pulak hari tu. Tapi Kanggaroo biasa kalau kat Curumbbin Park tu jinak sekali. Boleh bagi makan.






Kalau kat Uni saya tu, alahai Kanggaroo liar dari hutan berdekatan. Walaubagai mana pun setakat ni tak de pulak yang kena tendang atau pijak. Petuanya senang. Dok dekat ok, jangan usek dia. Saya dah try dah.

Friday, 27 December 2013

Salah Siapa?

Saya melihat ramai rakyat marhein mengeluh menjelang tahun baru. Ada yang mengeluh untuk beli pakaian anak-anak, ada yang mengeluh wang simpanan habis bayar hutang lapuk, ada yang tergenang air mata melihat tidak banyak perubahan dalam diri bagi tahun 2013.
Saya kadang-kala terfikir, bagaimana sesebuah perancangan kewangan dilakukan sekira ramai rakyat marhain mengeluh.

Kadangkala yang membuat perancangan adalah golongan bangsawan, tidak pernah berada di bawah, tidak pernah kayuh basikal atau jalan kaki ke sekolah dan tidak pernah jual kuih untuk tampung wang sekolah. Maka perncangan mereka mungkin rapi tetapi, apa orang putih cakap? Tak ada "Empathy." Maka menangis lah rakyat marhein siang dan malam.

Kata kawan dari politik pula, nak salahkan siapa? Sendiri pilihkan?

Tuesday, 15 October 2013

Novel Kehidupan



Aku menilai kehidupan
melihat sengsara merangkak
masuk perkarangan
walau doa ku panjat seribu gunung

Aku menilai kehidupan
melihat jujur hilang bersama debu pasir
menonton kehidupan bagai
layar wayang malam

Demi Tuhan
jika engkau bertanya
bagaimana hati ku ini
aku menjawab
ia bagai sebuah dunia
dunia yang penuh penderitaan
dan aku memaksa senyum menjadi teman setia
walau hati remuk hancur

Demi Tuhan
aku hanya menerima
sebagai setia aku pada Mu
walau kau hantar sebuah pahit hempedu
untuk aku langkah kaki ini

Demi Tuhan
aku akan bawa nafas ini
walau terpaksa aku heret
berdiri teguh walau ia makin hari makin cacat
demi sebuah pinangan yang aku cintai
demi sebuah nafas yang Kau beri pada Aku.

15hb Okt 2013
Bangsar

Friday, 16 August 2013

Mentafsirkan 'Ain

Aku melihat dan mentafsir 'ain
bagai embun pagi, menitis dari daun
gemerlapan cahaya
bersama pantulan cahaya mentari
gerlipan menyinar membentuk indah alam
bagaikan juga buah strawbery merah
segar di pagi hari
basah bersama embun



Aku melihat dan mentafsir 'Ain
mentafsir kemuliaan sebuah hati yang kerdil
menonton siang dan malam kemurnian sebuah 'Ain
memahami sebuah gerak rasa sebuah 'Ain
memuliakan yang tua, lama dan baru
membezakan antara Qadim dan Fana
dan aku mula memahami apa itu 'Ain
bagaikan maksudnya cerah dan menceriakan
walau pilu, sunyi memungkin rasa
dan aku
tidak pernah jemu
kerana mentafsir 'Ain

16 Ogos 2013