Saturday 21 May 2011

Eumundi

          'Trade Mark' Emundi - Bangunan kayu.. walaupun Pejabat Pos.

Saya banyak berjalan di Australia. Banyak tempat juga yang saya kagum. Salah satunya ialah pekan Eumundi. Pekannya kecil sahaja tetapi sungguh menawan hati. Ianya teratur, tersusun rapi, bersih dan penduduknya sungguh bersopan santun. Ramai dari mereka merupakan golongan petani tetapi cukup mewah hidup mereka serta jauh bezanya dari petani kita di Malaysia.

Kehairanan saya memuncak apabila saya melawat pasar tani mereka yang di panggil "Eumundi Market'. Ia tersusun rapi serta penuh dengan hasil tani kepunyaan mereka sendiri dan yang amat mengkagumkan saya ialah kebersihan selepas pasar tani itu ditutup atau tamat. Keadaan sekitar amat bersih seperti tidak pernah diadakan pasar tani sebelum itu. Siapa yang membersihkannya?


                                    Pasar Tani yang bersih walaupun sibuk

Saya mendapati tidak ada majlis perbandaran yang membersihkannya. Dari observasi saya ialah; petani itu sendiri menjaga kebersihan dan selepas pasar tani tersebut selesai, mereka akan membersihkan kawasan mereka sendiri. Disebabkan mereka dari awal tidak mengotorkannya, maka mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk membersih kawasan mereka itu.


                                Kemuncak waktu Pasar Tani - sibuk

Disiplin mereka tinggi; mula jam 9.00 pagi dan tamat jam 3.00 petang. Jam 3.00 petang saya dapati semua petani sudah beredar dan lokasi pasar tani sudah sepi serta bersih seperti sediakala. Tiada bahan buangan dan tiada bau-bauan yang tidak menyenangkan hati. Eumundi oh Eumundi.
Bilakah kita akan jadikan Pasar Tani kita begini?

                                     Keadaan kembali bersih dan tenang selepas Pasar Tani

Monday 9 May 2011

Kasih ku untuk mu


Kasih yang aku berikan pada mu
Setulus rasa hati
Seputih salju pagi di Gunung Alp
Dan seindah pantai Mooloolaba
Dan sesenyum Eumundi





Kasih
Antara Mooloolaba dan Eumundi
Kita yang ketemu bersama
bandar dan kampong…
Mooloolaba dan Eumundi
Dua tempat berbeza

Tapi sayang
Ia menjadi satu
Kerana
Apabila dua jiwa bertemu dan menjadi satu
Maka ia hidup dan tiada akhirnya
Kerana kasih yang aku bina untuk mu
ianya kasih mati











2hb Mei 2011, Eumundi
Queensland, Australia

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...