Pages

Monday, 8 May 2017

Nak Dok Kat Mana ya? Malaysia ko Aussie?

Kat Mooloolaba
Kadang-kadang saya buat perbandingan tinggal di Malaysia dan di Australia. Mana mahal dan nak dudok mano?

Belanja dapor untuk 4 orang :

Australia
Barang basah AUD 50 sebulan = RM 150 sebulan
Groceries lain AUD 100 = RM 300 zebulon - termasuk nescafe, milo, detergent dan semua lah
Jumlah AUD 150 zebulon untuk 4 orang = RM 450 sebulan

Malaysia
Barang basah RM 240 sebulan - itu pun tak terrasuk daging- ikan dan sayur je.
Groceries RM800 sebulan - semualah.Nescafe, milo, detergent etc.
Jumlah = RM1040 sebulan.

Jangan kira benda lain lagi. I phone 6 sini RM3,200 kat sana baru RM2,200. Kasut? Cotton on? Sana RM30 sini RM100. Vitamin pun sama. Banyak lagilah. Pergi  hidup sendiri selama setahun baru tahu. 

Baru ni saya pi beli coffee maker kat Cash Converter. Muroh di Aussie jika di banding sama-sama kat Cash Converter. 
Coffee Maker - AUD 35 = RM 115 kat Malaysia RM300

Ado arang kata OZ; GST 10% tapi Malaysia 6%. Tapi di OZ banyak free. Education free, dapat duit lagi. Kalu tak kerja dapat sara diri kerajaan dia bagi bulanan. Heheheh. Entahlah. Memang betul pung.

Saya kira-kira dok Aussie memang muroh belanja hidup. Itu saya setuju dengan bekas pelajar saya di UMCCED yang dah menetap 2 tahun disana.  "Kat Aussie ni Doc, muroh cost of living, hah standard of living. Kat Malaysia mahal kos hiduo, low standard of living". Itu lah kata-kata dia semalam. Dia dah guna ayat saya. Dulu saya cakap dia kata "betul ke Doc?" Sekarang dia yang cakap pula. Hehehe. 

Ada sorang lagi, Sharifah Sherry. Dah masuk 4 tahun. Tak nak balik terus. Sorang lagi, Shida, dah 8 tahun. Lagi lama. dah dapat PR dah dan tak nak balik juga. Belajar sana, grad terus dok sana. Ini bukan kempen tau. Cerita je ni. Info sharing.

Kasut muroh weee
Supermarket nok sama jah di Malaysia. Ado lah kalau di Brisbane tu comel daripada Malaysia. Tapi pengunjung tidak pack macam di Malaysia lah. Relax jah. tapi kalau pi Adeleide atau Sydney tu ramailah but, mash tak pack macam KLCC masa lunch. Kita office atas, bawah supermarket. hehehe.

Supermarket. Relax
Makanan Malaysia pun banyak. Budu pun ado. Kari semua ado tetapi kena pi Asean Grocerylah. Cumo terasa rindu cuaca panas masa musim sejuk. Ini pengalaman ambo lah.


Kari-kari banyok we...
Ado jual weee

Saya pun jadi bingung kejap. Dia dulu minta tolong saya masa nak pi sana, nak kerja di sana. Sekarang dah 2 tahun. Tak nak balik dia cakap. Mahal hidup di Malaysia. Suko dok di Aussie.

Apa-apa pun tepuk dada tanya selera. Orang Bangla, Nepal suka Malaysia. Napa ya?



No comments: