Pantai Mermaid Beach, berhampiran Gold Coast. |
Semasa aku pulang ke Australia, aku amat selesa dengan pantainya. Bersih dan nyaman serta amat ghalit aku dibuatnya. Bukan aku såja, anak-anak aku pun sama. Tetapi bila aku kembali ke Malaysia aku dan anak-anak sering tertanya-tanya nak ke pantai mana kita untuk bercuti? Apa harus aku ke Sipadan? Alahai kena culik pula...heheh.
Kadang-kadang aku berfikir dan merenung sendirian, bertanya diri dan menyoal rasa, kenapa pantai di Malaysia kurang bersih? Apa terjadi pada Port Dickson dan bolehkah pantai sepanjang Terengganu sehingga ke Johor indah seperti aku lihat 15 tahun dahulu. Bahkan pantai Bachok di Kelantan pun tidak seperti dahulu bersihnya. Masa kecil aku dapat rasa bagaimana gembira aku, ayah dan ibu serta adik-adik menikmati keindahan dan bersihnya pantai Bachok. Sekarang? Alahai, cuba lah saksi sendiri. Terpaksa kita cari kawasan pantai yang tersorok dari manusia. Tapi jangan-jangan ada jin pula atau hantu air. Hehehe, komen kawan aku begitulah.
Aku sering berehat dan beriadah di pantai-pantai Australia. Gold Coast, Mermaid Beach, Mackay..sehingga Kangaroo turut sama berada di pantai, Noosa, Moololaba...aduuh, semuanya cantik.
Mermaid Beach |
Cape Hillsborough, Mackay
Pantai Mooloolaba, Queensland
|
Pantai Mooloolaba adalah yang paling dekat dengan penginapanku di Australia. Disinilah aku sering menghabiskan masa aku di pantai walaupun aku sendirian. Minum Kopi, baca buku dan melihat ombak. dari zaman aku student sampai sekarang. tak pernah aku tidak ke Mooloolaba Beach. Alah..hanya 4 km saja dari Universiti aku.
Pantai Mooloolaba boleh bikin aku sendirian berjam-jam
Kedamaian boleh dicapai berada di kawasan pantai seperti ini.
Soalanku ialah, bilakah pantai di Malaysia boleh menemani sebuah hati yang inginkan sebuah kedamaian seperti pantai di Australia walaupun sudah banyak kita adakan 'visit Malaysia year' tetapi rata-rata pantai yang aku lewati di Malaysia masih tidak menyentuh hati yang mahu kedamaian...terutama 'bersihnya' ia.. satu dua adalah di Terengganu.
No comments:
Post a Comment