Saturday 18 February 2012

Risau


Risau datang lagi
Merobek-robek jiwa ku yang tenang
Melukis dan melakar hingga hati aku luka dan berdarah
melihat anak bangsa ku;
Bangsa Malaysia

Risau ku kadang-kadang menjadi pisau belati
mengihiris rasa hati
melihat raut wajah anak bangsa ku
terhampar atas kain suprah
menunggu dimakan dan diratah.


Antara mereka; sipemangsa
sanggup meratah anak bangsa sendiri
menghirup darah bangsa sendiri
hingga kering dan mati.

Dan mereka sipemangsa,
ada yang tidak luka
walau pisau menghiris kehidupan
walau belati menusuk nama
Oh kebal mereka, aku lupa
dan
kerana itu mereka sanggup
meratah daging bangsa mereka sendiri.

Entah
Sampai bila aku terpaksa risau anak bangsa ku ini?
Dari aku mula bertateh
hingga serban dan kopiah menutup kepala

Bilakah anak bangsa aku akan berdiri tegak?
Tidak dimamah bangsa sendiri
Tidak menjadi hidangan yang berkuasa
dan santapan sambil mereka ketawa
diatas nama kain suprah perjuangan
untuk anak bangsa.


Pantai Hill
18 Feb 2012

No comments:

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...