Kita telah saksikan bagaimana hasil pilihanraya umum ke 12, pilihanraya kecil dari Permatang Pauh ke Terengganu dan terkini ialah Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Keputusanya juga telah diumumkan melalui media Internet dua jam lebih awal dari media perdana. Kenapa?
Professor Agus dari UKM menyatakan bahawa keputusan pilihanraya kecil ini ini adalah ‘referendum', rujukan atau mungkin kayu pengukur bagi Najib. Sesiapa boleh mentafsir, memberi pendapat sama ada bersetuju atau pun berlawanan. Ini adalah hak kebebasan bersuara mengikut perundangan Malaysia yang termaktub dalam undang-undang negara.
Dari perspektif saya, ini adalahlah masa-masa muktakhir bagi BN membuat ‘post-motem’ secara ikhlas dan bukan mencari alasan kenapa kekalahan demi kekalahan berlaku di semenanjung tetapi masih boleh bertahan di Sabah atau Sarawak. BN tidak boleh lagi mencari alasan seperti ‘rakyat masih baru dengan pemerintahan Najib’ semasa yang di ungkapkan oleh Timbalan Presiden UMNO semasa mengulas kekalahan di Bukit Selambau serta Bukit Gantang terutamanya.
BN juga tidak boleh memberi alasan ‘sabotaj’ dikalangan BN atau UMNO dan berakhirnya ada ketua UMNO yang digantung’ dari parti.
Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, definasi alasan ialah; sesuatu keterangan yang dijadikan asas atau dasar bagi sesuatu pendapat, sementara sebab ialah faktor yang mengakibatkan sesuatu.
Oleh yang demikian BN atau UMNO khasnya, mesti mencari sebab kenapa BN kalah di kedua-dua tempat di semenanjung Malaysia. Sebagai parti komponen BN yang paling kuat di waktu ini serta mempunyai kerusi kabinet yang paling ramai berbanding parti komponen BN yang lain, masa untuk memberi alasan-alasan sudah tamat bahkan ia tamat sebelum pilihanraya ke12. Tetapi sÃndrom memberi alasan masih kukuh dalam BN sehingga faktor sebenar atau sebab sebenar tenggelam.
Pada perspektif saya, BN wajib ikhlas dalam mencari sebab sebenar dan bukan lagi memberi alasan. Rakyat Malaysia; generasi muda, generasi akademik, generasi profesional amat peka dengan ‘information sharing’ dan dalam era informasi terkini, terdapat 7 trillion maklumat yang bertukar dalam setiap minit. Persoalannya, mampukah kita membendung sebarang fakta yang tidak benar atau fakta yang tidak relevan untuk menyakini seluruh manusia yang tidak buta huruf di negara kita serta di duina amnya? Mampukah kita melakukan sesuatu yang akan menjejaskan ‘kepercayaan’ masyarakat yang berilmu dan berinformasi dalam situasi informasi mempunyai had laju perjalanan dari benua Asia ke Benua China serta Eropah dan Amerika dengan hanya 3 saat?

Bagi mengakhiri perbahasan ini, apakah kemenangan di Sabah kerana kurangnya penggunaan Internet atau pertukaran maklumat, kerana infrasturktur mereka masih kekurangan? Bagaimana jika BN mula membangun Sabah serta Sarawak, dan kesan pembangunan tersebut akan menjadi sama seperti di Semenanjung Malaysia?