Sunday, 8 November 2009

Semalam aku bertanya dan hari ini aku berkata

(Mooloolaba, Queensland)

Semalam aku bertanya
Berbagai soalan yang berbagai rupa

Aku bertanya kerana
Kerisauan aku terhadap generasi Malaysia dimasa hadapan
Yang hampir malap dan penuh tanda-tanya
Hingga tidurku tidak lena

Dan hari ini
Aku terasa jiwa ku mula tenteram
Bagai sudah diubati
Walau
Luka masih ada
Ceria belum belum ada
Dan kerisauan masih terbelenggu

Sebenarnya
Aku hampir percaya
Mereka yang aku gelar pemimpin
Sudah sedar perit kita rasa
Luka pedih yang kita ulik
Buat tidur yang tiada lena

Cuma,
Anak bangsa ku Malaysia
Banyak sudah aku berjalan
Banyak sudad onak ku lewati
Pesan ku
berjalan harus kedepan
bukan kebelakang.


Zul,
Universiti Malaya
8hb November 2009

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...