Saturday, 25 June 2011

Antara Gua Musang dan Glass Mountain

                                  Gua Musang

Gua Musang adalah sebuah bandar transit bagi orang yang akan ke Kota Bharu, Machang, Pasir Mas atau Tanah Merah serta Rantau Panjang. Sebuah bandar dalam kawasan berbukit-bukau dan keadaan diwaktu pagi di Gua Musang, sejuk serta menyegarkan.


Sewaktu saya singgah di Gua Musang, saya dapati pada waktu paginya terdapat beberapa kedai dan gerai yang menjual ‘Nasi berlauk’ dan ‘Nasi Kerabu’ yang enak rasanya terutama dihadapan masjid jamek Gua Musang iaitu berhadapan dengan Caltex (seperti dalam gambar). Kedinginan udara pagi sungguh menyegarkan, dan saya amat selesa dengan udara seperti ini.
 
                                 Mapleton Town

Apabila saya melihat kedai-kedai dan kebersihan di Gua Musang saya terimbas akan suasana di Mapleton, Queensland. Hampir sama keadaan cuaca antara dua bandar ini, cuma mungkin Mapleton agak terlebih kedinginannya, kerana ketinggian Mapleton dari aras laut. Susasana ‘kampung-bandar’, sama sahaja antara kedua bandar ini, bahkan Gua Musang lebih besar dari keluasan dan saiznya.

                                   Lanskap yang cantil diluar kedai 

Apa yang menjadi terkilan kepada saya ialah kebersihan dan keupayaan orang berniaga. Amat berbeza sekali antara kedua-dua 'bandar-kampung' ini. Di Mapleton, peniaga kelihatan bersungguh-sungguh berniaga dengan kreativiti mereka menghiasi kedai, cat yang menarik dan penyusunan barangan dalam kedai.Apatah lagi nilai mesra pelanggan pelanggan mereka.

                                 Pilihan warna cat yang kreatif

Sementara di Gua Musang, berlawanan. Entah dimana silap orang Gua Musang; atau pemimpin yang perlu dipersoalkan. Bagi saya pemimpin bertanggung jawab terhadap Visi, Misi, Strategi, termasuk pendidikan budaya bagi bandar serta penduduk setempat.

                Mesra pelanggan - salah seorang dari kami sedang membeli

Setelah 19 tahun berlalu, iaitu semenjak tahun 1992 saya melewati Gua Musang, tidak banyak perubahan yang saya lihat dari segi spiritual dan juga fisikal kecuali Masjid Gua Musang, kawasan perumahan baru.rumah kedai baru, hotel-hotel kecil dan restoran. Sama seperti bandar-bandar lain yang berubah kerana peredaran masa serta permintaan.

Adakah ini mencukupi? Bagaimana dengan pengisian nilainya? Bagi saya, masih jauh dari tahap negara maju (2020) yang hanya dibelakang tirai. Apakah ini merupakan kegagalan pemimpin yang memimpin Gua Musang atau penduduk Gua Musang yang segan untuk membangun diri? Entah.

Jika ditanya pendapat saya, maka saya cadangkan:

1. Pemimpin Gua Musang mestilah mewarwarkan Budaya Gua Musang Baru dan melaksanakan Budaya Gua Musang Baru dengan satu Visi dan Misi lebih komprehensif kepada rakyat Gua Musang.

2. Pemimpin Gua Musang hendaklah membawa beberapa ‘change agent’ dari rakyat Gua Musang dan Pegawai Daerah, melihat keupayaan dan cara orang di Mapleton menjalankan perniagaan.

3. Memberi insentif terhadap sebarang strategi dan implementasi yang baik kepada ‘change agent’ dan kemudiannya kepada kelompok rakyat yang terlibat.

Sekira usaha seperti ini dilakukan, mungkin dalam masa 5 tahun akan datang Gua Musang akan menjadi 'cantik' seperti Mapleton, Queensland. Maka saya antara insan yang sering melewati Gua Musang itu tidak menjadi kehairanan dan kebosanan jiwa.

Sementara Kerajaan Negeri pula mestilah membantu bersungguh-sungguh; bukan sahaja sekadar 'menegur anak', jangan dibuat itu dan jangan dibuat ini atau melepas batuk ditangga. Sesungguhnya Gua Musang adalah milik Negeri Kelantan juga.

Pembangunan Gua Musang mestilah dirancang dengan AMAT teliti dan bukan membangun kerana masa dan permintaan.

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...