Berehat di taman untuk solat di Perth selepas buat kajian |
Saya seringkali diminta untuk membentang kertas, mendidik dan
memberi latihan kepada usahawan terutama kepada mereka yang dari golongan muda
atau belia. Tidak kurang juga kepada golongan yang sudah bertaraf usahawan industri
kecil atau yang belum memulakan sebarang perniagaan.
Sebenarnya definasi usahawan mengikut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka ialah
“seseorang yang telah
mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan dan
mengusahakannya”.
Kawasan gersang ini ada kedai - macam dalam TV le.. |
Kedai runcit atau stores di kawasan gersang semacam gurun |
Kedai ditengah kawasan gersang tetapi cantik. Suka hati saya!! Macam dalam TV tu!! |
Usahawan mengikut kajian saya, akan
wujud atau terjadi atau membuat seseorang itu menjadi usahawan kerana 3
perkara:
1.
Kerana kemiskinan
2.
Kerana dibesarkan dalam keluarga berniaga atau
keluarga usahawan
3.
Kerana pendedahan
Pendedahan boleh disebabkan secara langsung seperti latihan,
pendedahan oleh institusi sehingga wujud minat kepada individu untuk berniaga
dan menjadi usahawan. Sebaliknya, pendedahan secara tidak langsung ialah kerana
pembacaan, penglibatan dalam organisasi berasaskan perniagaan atau persabatan
dan juga kawan-kawan.
Farm Stay adalah antara kajian saya |
Lihat cara orang Australia menghias dan mengecat kedai mereka, indah ya. Mudah untuk pelanggan mengenali jenis perniagaan mereka. Usahawan serious ni! |
Kapal Layar model lama pun mereka bust business! Macam Pirate of the Caribbean!! |
Berani jugak saya duduk dekat kapal ni. Heheh |
Selain itu mentor atau afilasi dengan orang yang berjaya
dalam bidang keusahawanan merupakan pendedahan yang paling ketara kerana kuasa
mentor yang ditimbulkan oleh usahawan yang berjaya dilengkapkan tidak sedar
atau informal. Situasi ini bukan sahaja menimbulkan kesedaran kepada usahawan baru atau bakal usahawan, tetapi usahawan berjaya akan berupaya memberi tunjuk ajar dan apatah lagi dari seorang usahawan
yang pernah jatuh dan bangun sehingga berjaya.
Flag Motor Lodge di Riverbale, Perth. Tukang cleaning kawasan dan bilik hanya 3 orang untuk hampir 200 bilik. Kat Malaysia pasti ramai. |
Cantik tak kereta saya sewa dgn Thrifty Car Rental. Baru AUD 76 per day. Unlimited milage. Tu saya drice sampai 700 km dalam 3 hari tu. hahaha |