Apabila tiada menjadi teman
Apabila tiada menyusul rasa
Yang lain adalah tiada
Rindu pun menjadi tiada
Sinar juga menjadi tiada
Suka juga menjadi tiada
Membakar mendebu cinta
Maka
Bergelimpangan sebuah keinginan
Menyiksa sebuah rasa
Menyiksa sebuah cinta
Yang pernah berbunga
Mekar bagai milik syurga
Dan ketika tiada ini
Aku baca sebuah puisi untuk kekasih
Membaca sebuah cinta
Yang ada hanya jangan
Jangan dan jangan
Dan kulihat kasih itu pergi
Dan
Seharian aku mentelaah Yasin
Dan mentalkinkan sebuah sayang
kerana
Kematian sebuah cinta
Yang tidak pernah termimpi
Akan menjadi tiada
Zulkufli-Sept 2016