Wednesday, 29 October 2008

Ketandusan Kejernihan

Pagi tadi, tanggal 29hb September 2008, seorang teman menalipon saya tentang kekecewaan yang di rasanya dalam tugas harian di pejabatnya. Seingat saya, dulu dia bertugas di sebuah bank dan dewasa ini sudah hampir setahun beliau bertugas dengan syarikat konglomerat. Saban hari saya akan mendengar rungutannya dan kadang-kala keluhan hatinya serta kepiluan hatinya.

Banyak juga saya terangkan kepadanya bahawa dalam kehidupan ini, kejernihan sudah semakin pudar dan ada sesetengah golongan sudah hilang terus kejernihan hatinya terutamanya dalam mencari rezeki atau mencari wang.

Wang merupakan satu puaka yang amat hebatsehingga manusia sanggup melupakan kejernihan, keikhlasan serta kepercayaan kepada Tuhan. Inilah yang saya terangkan kepada beliau dan memang beliau bersetuju dengan pendapat ini.

Kadangkala saya sendiri tertanya-tanya, apakah menipu, berbohong, rasuah, menjadi amalan halal bagi sesetengah golongan samada yang makan gaji dan juga kepada yang bergelar usahawan. Apakah mereka lupa bahawa mereka sendiri tidak mengetahui sampai bila mereka akan bernafas; malam ini, esok atau lusa. Apakah menipu, berbohong merupakan satu strategi atau memang mereka dhaif dengan hukum-hakam. Entah.

2 comments:

Hamidah Ariffin said...

Salam Zul,

Jika kita bercakap tentang WANG??

Di zaman yang berteknology and modern ini banyak yang negative nye dari yang positif.

Ye,saya memang bersetuju benar dengan anda.

"WANG...satu puaka yang amat hebat sehingga manusia sanggup melupakan keJERNIHAN, keIKHLASAN,keJUJURAN serta kePERCAYAAN kepada Tuhan.

- PH - PDEBM17

Anonymous said...

Salam En Zul,

Tiada apa yang kekal - kaya,miskin,rugi,untung,suka,duka dll tapi bukankah hari esok lebih baik bagi yang berusaha ke arah kebaikan itu.

Terima Kasih menjadi PENASIHAT Kelab Busines PDUMCCed - www.pdumcced.blogspot.com

Amri - PDSM13
www.amnet2u.com
info@amnet2u.com

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...