Monday, 11 May 2009

HANG NIZAR DAN HANG ZAMBRY

Baru hari Sabtu lepas, 9hb May saya menulis tentang " Perlantikan Untuk Siapa?". Gimik saya menyokong penulisan Datuk Kadir Jasin agar MB Perak, Zambry membubar Dewan Undangan Negeri dan Pilihanraya Perak di adakan semula agar kepercayaan Rakyat dapat dipunggah masuk ke dalam BN sedikit demi sedikit. Tapi sayang seribu kali sayang, mimpi saya, mimpi Kadir Jasin telah dilangkah kehadapan oleh perundangan negara dengan memihak kepada Nizar. Bergurindamlah BN dengan kecewa dan malu setelah memukul canang menjadi hero perundangan tetapi akhirnya ...?

Sebelum ini kita menyaksikan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak kecoh macam zaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Entah siapa jadi Hang Jebat entah siapa jadi Hang Tuah. Saya pening dan berpinar-pinar memikirkannya. Begitu juga kebanyakan rakyat.

Hari ini mahkamah persekutuan mengistiharkan Nizar MB yang sah dan Nizar akan menyerahkannya kepada rakyat Perak atau dengan erti kata lain pilihanraya Perak akan diadakan semula. Implikasi pengistiharan ini adalah amat besar berbanding dengan keputusan pilihanraya itu nanti (sekira ianya diadakan). Dalam perang sikologi ini, ia memberi kekuatan saikologi kepada Nizar berbanding Zambry. Zambry kali ini harus lebih berhati-hati dalam setiap langkahnya. Beliau harus lebih peka kehendak rakyat dan kena banyak solat hajat dan solat itikharah agar langkahnya tidak menguhunus keris kebadan sendiri. Dalam zaman informatif, sukar untuk kita mebentuk satu kepercayaan rakyat tanpa bukti dan fakta.
Walaubagaimana sekali pun, pada perspektif saya, krisis perlembagaan di Perak amat sulit. Nizar yang disahkan mahkamah sebagai MB Perak tetapi beliau boleh berhadapan dengan undi tidak percaya kerana majoriti tidak bersama beliau. Maka sekali lagi Zambry menjadi MB. Kerumitan yang mungkin akan berlaku hanya akan memalukan kedua-dua pihak sama ada BN atau PKR. Ia akan bertukar wajah dari semangat perjuangan untuk rakyat kepada semangat bertelagah. Rakyat? Mereka akan kerugian wang membayar cukai tetapi mereka terperangkap dalam dua pergelutan.
Adakala baiknya disaat ini, kedua-dua pihak membenarkan rakyat menentukan kerajaan yang diingini walau pun memungkinkan pilihan mereka akan menyusah atau menyulitkan kehidupan mereka masa depan sendiri.

Sementara itu, UMNO dan pemimpinnya pada umur 63 tahun UMNO sepatutnya lebih tajam, ikhlas dan BERTAQWA kepada ALLAH dalam semua tindak-tanduk serta bukan masa solat sahaja. Islam itu meliputi seluruh cara hidup dan tidak menunaikan Haji, Solat, Hari Raya atau aktiviti pilihan sahaja... semoga Allah membantu.... semua.
Kepada kita semua, Rakyat; jangan kita hanya bersuara lantang memikir salah pemimpin, tidak kira pemimpin dari parti mana. Musabaha diri juga penting. Bagaimana dengan halal haram perbuatan kita, sedekah kita, keikhlasan kerja kita dan keikhlasan terhadap pemimpin kita. Bercakap benarlah dengan sesiapa sekalipun walau ia mungkin pemimpin, menteri. Kembali kepada hukum agama. Tidak kira agama apa sekali pun. Dengan keikhlasan, bercakap benar dan beriman sahaja kita akan dapat menyelesai kan segala permasaalahan.

Bagi saya, sesiapa sahaja menjadi MB Perak adalah sama tetapi hak rakyat majoriti tidak di permain-mainkan.

Saturday, 9 May 2009

PERLANTIKAN UNTUK SIAPA?

Rakyat melihat banyak perlantikan yang dibuat sama ada oleh BN, UMNO atau Kerajaan. Ianya telah diwar-warkan bahawa perlantikan-perlantikan yang di buat adalah untuk rakyat. Perlantikan calon pilihanraya, perlantikan Menteri Kabinet, Perlantikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan akhir sekali ialah perlantikan speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Satu persatu mendapat perhatian dan penilaian rakyat dan analisa ini merupakan KPI pertama rakyat terhadap kerajaan sebelum Perdana Menteri membuat KPInya terhadap menteri kabinet.

Persoalan-persoalan timbul ialah kerana terlalu banyak idea baru yang diwar-warkan untuk rakyat tetapi rakyat masih belum melihat impak yang jelas, yang ikhlas serta jujur. Setiap tindakan dijelaskan bahawa tindakan untuk rakyat tetapi masih belum ada yang menenangkan hati rakyat. Misalnya, perlantikan MKT UMNO, masih terdapat lagu-lagu lama diberi nafas baru. Lagu 60han diberi rentak rap. Muka lama dimekap dan digincu dengan warna baru. Persolannya, untuk siapa? Yang didapati bersalah kerana rasuah politik wang, masih ada. Yang dicemuh disetiap kedai kopi kampung dan desa pasal AP, masih ada. Untuk siapa? Rakyat atau sesetengah golongan politik? Kemana pula muka yang tidak gah tetapi pandai dan ‘pekerja’ seperti Khaled Nordin? “Takpayah lah dia”, kata kawan saya. “Dia bukan kaki ampu.” Kami yang lain tersenyum dan menggiling kepala semasa minum pagi di Cawan dekat Bangsar baru-baru ini.

Saya mencelah menyokong PM dengan mengatakan Ali Rastam adalah wakil belia 4B. Dia harus diberi peluang ke MKT kerana belia merupakan golongan pelapis Negara. Kawan saya menjelaskan bagaimana dengan Khaled? Orang yang mewakili belia cendikiawan iaitu mahasiswa dan mahasiswi.

Saya tersenyum dan berfikir. Ada juga betul cakap kawan saya. Semasa Dato’ Pa menjadi menteri KPT, dia mengumpul ahli cendekiawan dan bijak pandai Melayu seluruh Malaysia di bawah payung idea beliau. Beliau mengadakan perjumpaan secara periodik dan saya sendiri pernah dijemput. Akhirnya apabila tiba masa pilihanraya berapa ramai golongan ini melangkah ke PAS. BN sendiri terpaksa mengakui cendekiawan melayu sudah ramai berhijrah kedalam PAS dan cendekiwan Cina barangkali ke DAP. Maka kita lihat semasa pilihanraya ke 12, cendekiwan PAS, cendekiawan Keadilan, cedekiwan DAP mula bersuara dan jelas BN tertinggal dari segi meritokrasinya. Jadi salah Dato' Pa atau salah siapa? Apa yang mereka kurang senang hati sehingga berhijrah?

Rakyat tidak bersuara sebagaimana ahli-ahli akademik seperti saya. Mereka bersuara dalam pilihanraya kecil dan pilihanraya umum. Mungkin apa yang saya katakan ini diperlekehkan. Soalan saya beranikah BN membubarkan dewan undangan negeri Perak dan pilihanraya semula sebagaimana dicadangkan oleh Rakyat dan juga Kadir Jasin dalam blognya; menyerah mandat kepada rakyat?

Hasil pilihanraya dewan undangan negeri Perak akan memberi jawapan terhadap persepktif yang saya gambarkan ini dengan lebih jelas. Ia akan menjawab tentang perlantikan MKT UMNO, perlantikan Ganesan di Perak dan menjawab banyak isu-isu lain. Masalah pilihanraya kecil Penanti pun BN banyak bertafakur, mahu jejak kaki atau tidak. Kenapa? Refrendum lagikah ia untuk BN seperti Bukit Gantang dan Bukit Selambau? Ini persoalan yang BN kena banyak mentalaah. Oh, tidak perlu meletak calon BN di Penanti. Ini permainan politik Pakatan Rakyat. Betul ke ungkapan itu? Atau ada sebab lain. Tun Mahathir sendiri memberi komen kenapa BN was-was untuk bertanding di Penanti? Saya kira itu pun akan menjadi referendum seperti kata Prof Agus dan perlu dilihat juga adakah ia alasan atau sebab, sebagaimana penulisan saya sebelum ini; "Antara alasan dan sebab".

Janganlah keputusan melantik ahli-ahli MKT, perlantikan calon pilihanraya atau menarik diri dari Penanti beralasan dan bukan dengan sebab. Banyak akibatnya bila kita memberi alasan dan bukan sebab. Saya amat sedíh dan pilu melihat alasan demi alasan diberi bagi menenang hati rakyat dan akhirnya rakyat terlinang airmata. Linangan air mata orang Melayu amat besar impaknya kerana mereka bukan golongan suka mencemuh dan meminta. Mereka sentiasa redha apa diberi, tetapi apabila pahit melangkaui manis mereka akan membuat keputusan walaupun dengan linangan air mata. Diwaktu itulah kita melihat 'amok' moden mereka dengan menggunakan senjata pena dan pensel merubah seluruh keadaan diketika pilihanraya.

Dalam hati manusia, yang penting sekali ialah KEPERCAYAAN atau bahasa inggerisnya TRUST.

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...