Tuesday 1 March 2011

GDP : Re-adjustment!!

Beberapa hari lepas Kerajaan Malaysia mengumumkan 'adjustment' untuk GDP Malaysia bagi tahun 2010. Dulu semasa membentang budget 2011, kerajaan telah memaklumkan kepada kita GDP pada kadar 5.4% dan kemudian PM mengistiharkan akan diadakan 'adjustment' GDP iaitu antara 6% hingga 7% .

Selang beberapa hari, Gabenor Bank Negara mengistiharkan 6.5%. Saya berasa lega dengan kehebatan pembangunan dan keluaran hasil dalam negeri sehingga ekonomi kita memberangsangkan.

Secara rambang saya amat bersetuju atas usaha kerajaan yang tidak berhenti-henti membaiki ekonomi negara. Tahniah. Cuma ada dua persoalan sahaja yang terbuku dihati:
1. Apa maksud 'adjustment'? dan bagaimana ia dilakukan?
2. Berapa elok atau cantik angka GDP atau mana-mana angka indikator ekonomi, rakyat harus merasainya.

Maksud saya, ekonomi kepada ahlinya ialah satu analisa pencapaian. Kepada ahli statistik, ianya merupakan satu nilai analisa sekarang dan masa depan. Kepada rakyat, ianya perkara rasa. Jika rakyat dapat rasa ekonomi yang baik dengan perut kenyang, wang dalam poket mencukupi, wang simpanan ada, beli belah barang tidak mahal dan ada keupayaan maka mereka akan mentafsirkan ekonomi negara adalah baik.

Saya masih teringat zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri (sekarang Tun Mahathir). Di ketika itu kita mengalami krisis matawang (krisis ekonomi) yang teruk. Sebaliknya rakyat tidak merasai apa-apa beban dan cerita naik barang itu, naik tol situ atau naik cukai itu dan lain-lain. Maka secara 'simplenya' rakyat yang daif seperti saya mentafsir bahawa ekonomi adalah mantap dan baik. Maka sokongan jitu dan padu terus diberikan pada Dr.Mahathir. Tetapi keadaan itu berubah kepada ramai rakyat Malaysia selepas pemerintahan beliau. Kenapa? Mereka rasa tidak kenyang, wang tak cukup....dengan erti katalain...MEREKA BANYAK MENGELUH...

Oleh itu, dalam keadaan kita tidak meninggalkan bahan sejarah, eloklah kita tidak syok sendiri dalam perihal ekonomi kerana rakyat adalah seperti anak-anak. Mereka perlu susu, perlu pakaian, perlu lampin dan perlu terus hidup dalam aman dan selesa. Mereka bagaikan bayi kerana mereka tidak mempunyai banyak kuasa kecuali meraung dan menjerit. Dan jika mereka masih kecewa, akhirnya apabila dewasa, mereka 'lari dari rumah'.

No comments:

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...