Monday, 21 November 2011

Noosa

Memandu  dan kadangkala sahaja ada kenderaan kelihatan
Noosa, sebuah bandar Sungai yang dikelilingi sungai dan ianya berada di Queensland. Apabila kita melawat bandar ini, kita akan terpegun dengan keindahannya. Untuk sampai disini kita terpaksa memandu dari Brisbane (keutara) selama 3 jam. Tetapi memandu di Australia tidak membosankan. Jalannya cantik, luas, kurang kenderaan di jalanraya mahupun lebuh raya. Yang pastinya tidak akan sesat. Kadangkala cukup dengan peta dan papan tanda dan tidak perlu kepada pemanduan GPS.

Saya sering ke Noosa semasa saya di Australia dan banyak kenangan manis disana walaupun Eumundi merupakan bandar sejarah hati. Jika hati yang duka dan lara dibawa ke Noosa, mungkin iakan terubat dengan keindahannya. Jika hati yang merindui dan perlu menyendiri, Eumundi tetap akan menjadi pilihan hati.

Jika anda dari Gold Coast anda perlu keluar dari Gold Coast melalui jalan yang menghala ke Cooloongata Airport, dan terus ke Pacific Highway disebelah kanan ‘exit’ nya. Teruskan ke Pacific Highway, anda akan bertemu dengan Sunshine Coast Highway selepas Brisbane. Apabila anda berada di Sunshine Coast Highway anda akan tersenyum sendiri menikmati keindahan pemandangan ‘outback’ di Queensland.

Perjalanan  melalu Outback ... indah dan nyaman



Dont Hope - work for it .. rumah idaman di Outback
Hati yang bergelora akan tenang dan segala yang dirasa adalah ketenangan sementara anda akan hanya melihat sebuah-dua kereta sahaja dalam perjalanan.

Jalan yang senang untuk memandu
Jika anda lihat jalan ke Glass Mountain, anda boleh melalui jalan ini tetapi jauh sedikit lencongannya. Awas anda akan sesat sekejap tetapi anda akan keluar kembali ke Sunshine Coast Highway. Pasti anda kembali kearah Noosa. Jika anda melalui jalan Glass Mountain, berhentilah untuk menikmati "Outback" yang cantik serta memikat hati.


Menikmati udara hijau

Jika sepi sebagai teman hati, maka ketika inilah sepi menjadi raja dan pasti airmata mengalir tanpa disedari. Inilah ‘outback’ Queensland iaitu Sunshine Coast. Cantik dan mendamai hati yang lara dan mungkin juga menyepikan lagi hati yang sepi..tetapi puas.

Teruskan perjalanan, setengah jam kemudian anda akan melihat arah ke Eumundi. Jangan ke Eumundi tetapi terus lagi ke Noosa.


Dalam 30 minit anda akan tiba di Noosa, bandar sungai, kuala dan juga tepi laut. Semuanya betul. Betulkanlah perasaan anda dan rasa hati di Noosa.

Bandar yang bersih - hentian bas tanpa tong sampah


Sepi boleh menjadi teman di Noosa

Sepi menjadi teman setia

Gembira rasa hati di Noosa walau hati kita sunyi


Seterusnya untuk ke Eumundi, anda kemudian boleh melalui Bruce Highway... kesebuah bandar petani yang indah dan memberi ketenangan tetapi perjalanan anda akan berpatah balik ke Selatan tetapi hanya mengambil masa 30 minit. Selamat memandu.

Jalan ke Eumundi - sebuah kampung petani yang indah





No comments:

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...