|
Merenung juah |
Saya kadang-kala merenung jauh, merenung betapa ganas dan kerakusan manusia berleluasa, merosakkan alam sekitar dengan alasan PEMBANGUNAN. Dari minggu, menjadi bulan dan akhirnya bertahun-tahun, saya dapati dinegara yang saya cintai Malaysia, kerakusan ini berleluasa.
Saya ketawa dengan alasan-alasan diberi dimana dari satu kawasan yang hijau, nyaman, cukup tenang kehidupan seperti contoh di sekeliling tempat yang saya diami; dipenghujung bukit yang nyaman dan indah (dahulunya). Dulu sewaktu saya mula tinggal disini, ia berkabus dan sejuk disetiap awal pagi. Namun ia hanya tinggal kenangan selepas 16 tahun menginap disini. Entah kemana hilang kabus dan kini dipenuhi asap kereta dan kenderaan lain. Ini adalah dipenghujung bukit dan bagaimana pula dengan keadaan ditanah rata?
|
Kehijuan memikat hati |
Saya kembali merenung di Queensland, kenapa bandar kecil seperti Eumundi kekal 500 rumah sahaja? Sudah 20 tahun, ‘Eumundi Council’ mengeluarkan akta kerajaan tempatan : ‘only 500 residential address allowed in Eumundi,’ ia kekal seperti itu sampai sekarang.Ia kekal sehingga hari ini dengan jumlah seperti diatas. Kenapa tidak kita di Malaysia?
|
Saya masih boleh tidur senyum di Eumundi yg hijau - bersama pelajar dari Malaysia |
|
Rumah yang dikelilingi kehijuan di Eumunid - masih |
Sesungguhnya kerosakan dan kehancuran ketamadunan Mesopotamia kerana banjir dan ia adalah kerana tangan dan kerakusan manusia atas alas an ‘Pembangunan.’ Renung-renunglah.
1 comment:
benar tuan, tapi kehijauan masih ada lagi di Bangi Golf Resort,bdr baru bangi, suasana kejiranan yg bagus tapi pengurusan yang kurang sistematik.
Post a Comment