Saturday, 25 June 2011

Antara Gua Musang dan Glass Mountain

                                  Gua Musang

Gua Musang adalah sebuah bandar transit bagi orang yang akan ke Kota Bharu, Machang, Pasir Mas atau Tanah Merah serta Rantau Panjang. Sebuah bandar dalam kawasan berbukit-bukau dan keadaan diwaktu pagi di Gua Musang, sejuk serta menyegarkan.


Sewaktu saya singgah di Gua Musang, saya dapati pada waktu paginya terdapat beberapa kedai dan gerai yang menjual ‘Nasi berlauk’ dan ‘Nasi Kerabu’ yang enak rasanya terutama dihadapan masjid jamek Gua Musang iaitu berhadapan dengan Caltex (seperti dalam gambar). Kedinginan udara pagi sungguh menyegarkan, dan saya amat selesa dengan udara seperti ini.
 
                                 Mapleton Town

Apabila saya melihat kedai-kedai dan kebersihan di Gua Musang saya terimbas akan suasana di Mapleton, Queensland. Hampir sama keadaan cuaca antara dua bandar ini, cuma mungkin Mapleton agak terlebih kedinginannya, kerana ketinggian Mapleton dari aras laut. Susasana ‘kampung-bandar’, sama sahaja antara kedua bandar ini, bahkan Gua Musang lebih besar dari keluasan dan saiznya.

                                   Lanskap yang cantil diluar kedai 

Apa yang menjadi terkilan kepada saya ialah kebersihan dan keupayaan orang berniaga. Amat berbeza sekali antara kedua-dua 'bandar-kampung' ini. Di Mapleton, peniaga kelihatan bersungguh-sungguh berniaga dengan kreativiti mereka menghiasi kedai, cat yang menarik dan penyusunan barangan dalam kedai.Apatah lagi nilai mesra pelanggan pelanggan mereka.

                                 Pilihan warna cat yang kreatif

Sementara di Gua Musang, berlawanan. Entah dimana silap orang Gua Musang; atau pemimpin yang perlu dipersoalkan. Bagi saya pemimpin bertanggung jawab terhadap Visi, Misi, Strategi, termasuk pendidikan budaya bagi bandar serta penduduk setempat.

                Mesra pelanggan - salah seorang dari kami sedang membeli

Setelah 19 tahun berlalu, iaitu semenjak tahun 1992 saya melewati Gua Musang, tidak banyak perubahan yang saya lihat dari segi spiritual dan juga fisikal kecuali Masjid Gua Musang, kawasan perumahan baru.rumah kedai baru, hotel-hotel kecil dan restoran. Sama seperti bandar-bandar lain yang berubah kerana peredaran masa serta permintaan.

Adakah ini mencukupi? Bagaimana dengan pengisian nilainya? Bagi saya, masih jauh dari tahap negara maju (2020) yang hanya dibelakang tirai. Apakah ini merupakan kegagalan pemimpin yang memimpin Gua Musang atau penduduk Gua Musang yang segan untuk membangun diri? Entah.

Jika ditanya pendapat saya, maka saya cadangkan:

1. Pemimpin Gua Musang mestilah mewarwarkan Budaya Gua Musang Baru dan melaksanakan Budaya Gua Musang Baru dengan satu Visi dan Misi lebih komprehensif kepada rakyat Gua Musang.

2. Pemimpin Gua Musang hendaklah membawa beberapa ‘change agent’ dari rakyat Gua Musang dan Pegawai Daerah, melihat keupayaan dan cara orang di Mapleton menjalankan perniagaan.

3. Memberi insentif terhadap sebarang strategi dan implementasi yang baik kepada ‘change agent’ dan kemudiannya kepada kelompok rakyat yang terlibat.

Sekira usaha seperti ini dilakukan, mungkin dalam masa 5 tahun akan datang Gua Musang akan menjadi 'cantik' seperti Mapleton, Queensland. Maka saya antara insan yang sering melewati Gua Musang itu tidak menjadi kehairanan dan kebosanan jiwa.

Sementara Kerajaan Negeri pula mestilah membantu bersungguh-sungguh; bukan sahaja sekadar 'menegur anak', jangan dibuat itu dan jangan dibuat ini atau melepas batuk ditangga. Sesungguhnya Gua Musang adalah milik Negeri Kelantan juga.

Pembangunan Gua Musang mestilah dirancang dengan AMAT teliti dan bukan membangun kerana masa dan permintaan.

Saturday, 21 May 2011

Eumundi

          'Trade Mark' Emundi - Bangunan kayu.. walaupun Pejabat Pos.

Saya banyak berjalan di Australia. Banyak tempat juga yang saya kagum. Salah satunya ialah pekan Eumundi. Pekannya kecil sahaja tetapi sungguh menawan hati. Ianya teratur, tersusun rapi, bersih dan penduduknya sungguh bersopan santun. Ramai dari mereka merupakan golongan petani tetapi cukup mewah hidup mereka serta jauh bezanya dari petani kita di Malaysia.

Kehairanan saya memuncak apabila saya melawat pasar tani mereka yang di panggil "Eumundi Market'. Ia tersusun rapi serta penuh dengan hasil tani kepunyaan mereka sendiri dan yang amat mengkagumkan saya ialah kebersihan selepas pasar tani itu ditutup atau tamat. Keadaan sekitar amat bersih seperti tidak pernah diadakan pasar tani sebelum itu. Siapa yang membersihkannya?


                                    Pasar Tani yang bersih walaupun sibuk

Saya mendapati tidak ada majlis perbandaran yang membersihkannya. Dari observasi saya ialah; petani itu sendiri menjaga kebersihan dan selepas pasar tani tersebut selesai, mereka akan membersihkan kawasan mereka sendiri. Disebabkan mereka dari awal tidak mengotorkannya, maka mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk membersih kawasan mereka itu.


                                Kemuncak waktu Pasar Tani - sibuk

Disiplin mereka tinggi; mula jam 9.00 pagi dan tamat jam 3.00 petang. Jam 3.00 petang saya dapati semua petani sudah beredar dan lokasi pasar tani sudah sepi serta bersih seperti sediakala. Tiada bahan buangan dan tiada bau-bauan yang tidak menyenangkan hati. Eumundi oh Eumundi.
Bilakah kita akan jadikan Pasar Tani kita begini?

                                     Keadaan kembali bersih dan tenang selepas Pasar Tani

Monday, 9 May 2011

Kasih ku untuk mu


Kasih yang aku berikan pada mu
Setulus rasa hati
Seputih salju pagi di Gunung Alp
Dan seindah pantai Mooloolaba
Dan sesenyum Eumundi





Kasih
Antara Mooloolaba dan Eumundi
Kita yang ketemu bersama
bandar dan kampong…
Mooloolaba dan Eumundi
Dua tempat berbeza

Tapi sayang
Ia menjadi satu
Kerana
Apabila dua jiwa bertemu dan menjadi satu
Maka ia hidup dan tiada akhirnya
Kerana kasih yang aku bina untuk mu
ianya kasih mati











2hb Mei 2011, Eumundi
Queensland, Australia

Monday, 7 March 2011

Makan Fish and Chips di Australia ?

When  I am in Australia, most of my time I took fish and chips or burgeras as my meal. Normally on alternate day I shall take rice. What I notice about fish and chips in Australia, there is a vast different from Malaysian fish and chips in terms of vegetables. Even for our McD burgers and McD burgers in Australia.

At McD or any places where we have burgers, fish and chips, the vegetables are fresh and wow!, a heavy load of it. The fish fillet is big and fresh and it is more then 6 inches by 5 inches. Sometimes it is 7 inches by 5 inches. Thickness? Double then ours in Malaysia.

Breakfast at Gold Coast - Fish & Chips.
People commented to me that the Australia is bigger in size. Then I would ask him or her again, "is it only Australians need fresh vegetable and not us? Do we need to take only as big as our thumb for the vegetables when we have fish and chips and cucumber pickles for burgers? Look at the fish and chips at Secret recipe or any other place. Notice? Well its time to be more concern on our health and not only beauty or POLITICS.

Tuesday, 1 March 2011

GDP : Re-adjustment!!

Beberapa hari lepas Kerajaan Malaysia mengumumkan 'adjustment' untuk GDP Malaysia bagi tahun 2010. Dulu semasa membentang budget 2011, kerajaan telah memaklumkan kepada kita GDP pada kadar 5.4% dan kemudian PM mengistiharkan akan diadakan 'adjustment' GDP iaitu antara 6% hingga 7% .

Selang beberapa hari, Gabenor Bank Negara mengistiharkan 6.5%. Saya berasa lega dengan kehebatan pembangunan dan keluaran hasil dalam negeri sehingga ekonomi kita memberangsangkan.

Secara rambang saya amat bersetuju atas usaha kerajaan yang tidak berhenti-henti membaiki ekonomi negara. Tahniah. Cuma ada dua persoalan sahaja yang terbuku dihati:
1. Apa maksud 'adjustment'? dan bagaimana ia dilakukan?
2. Berapa elok atau cantik angka GDP atau mana-mana angka indikator ekonomi, rakyat harus merasainya.

Maksud saya, ekonomi kepada ahlinya ialah satu analisa pencapaian. Kepada ahli statistik, ianya merupakan satu nilai analisa sekarang dan masa depan. Kepada rakyat, ianya perkara rasa. Jika rakyat dapat rasa ekonomi yang baik dengan perut kenyang, wang dalam poket mencukupi, wang simpanan ada, beli belah barang tidak mahal dan ada keupayaan maka mereka akan mentafsirkan ekonomi negara adalah baik.

Saya masih teringat zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri (sekarang Tun Mahathir). Di ketika itu kita mengalami krisis matawang (krisis ekonomi) yang teruk. Sebaliknya rakyat tidak merasai apa-apa beban dan cerita naik barang itu, naik tol situ atau naik cukai itu dan lain-lain. Maka secara 'simplenya' rakyat yang daif seperti saya mentafsir bahawa ekonomi adalah mantap dan baik. Maka sokongan jitu dan padu terus diberikan pada Dr.Mahathir. Tetapi keadaan itu berubah kepada ramai rakyat Malaysia selepas pemerintahan beliau. Kenapa? Mereka rasa tidak kenyang, wang tak cukup....dengan erti katalain...MEREKA BANYAK MENGELUH...

Oleh itu, dalam keadaan kita tidak meninggalkan bahan sejarah, eloklah kita tidak syok sendiri dalam perihal ekonomi kerana rakyat adalah seperti anak-anak. Mereka perlu susu, perlu pakaian, perlu lampin dan perlu terus hidup dalam aman dan selesa. Mereka bagaikan bayi kerana mereka tidak mempunyai banyak kuasa kecuali meraung dan menjerit. Dan jika mereka masih kecewa, akhirnya apabila dewasa, mereka 'lari dari rumah'.

Wednesday, 16 February 2011

PAS OH PAS…

Baru tadi saya mendengar hasrat PAS (dari Berita Radio 93.92) bahawa mereka (dari Mahfuz) akan menambah kerusi untuk bertanding di Sabah dan Sarawak. Ini merupakan satu pengisytaharan strategik dan tidak boleh dipandang ringan oleh Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO.
 
Dari perspektif saya, dalam pilihanraya umum lepas iaitu PRU 12, tidak dinafikan bahawa PAS merupakan parti yang sebenarnya memain peranan penting dalam kemenangan Barisan Alternatif diwaktu itu. Disaat itu Keadilan sudah berada diakhir hayat seperti telur dihujung tanduk, sementara DAP pun sama dengan Keadilan.

Hasil ketidak-puasan orang UMNO sendiri dan kekecewaan rakyat yang telah meluat-luat pada UMNO maka Barisan Alternatif diwaktu itu mendapat mandat yang besar di semenanjung Malaysia sehingga BN kalah teruk dan kehilangan beberapa negeri utama seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan sekaligus Perak.

Walaubagaimana pun Perak dapat kembali ketangan BN melalui ‘cerai taklik’ dengan Pakatan Rakyat dan akhirnya Perak menjadi milik BN.

Dalam pada itu Keadilan terus memilih Selangor sebagai induk utama pemerintahan dan usaha dilakukan dari berbagai sudut untuk mempastikan ia kekal ditangan Keadilan atau umumnya di tangan Kerajaan Pakatan Rakyat seperti air percuma bagi RM10.00 pertama, Menteri Besar yang bijak dalam pengurusan ekonomi negeri dan beberapa usaha lain.

Walaubagaimana pun melalui berita semasa, kepincangan terus wujud didalam Keadilan terutama sebelum pemilihan Agong Keadilan. Ada yang marah, ada yang keluar parti dan ada yang masuk dan keluar parti Keadilan lalu menubuh parti baru. Entahlah, mereka ini melarikan diri atau disengajakan untuk melarikan diri atas sebab-sebab tertentu seperti ‘pembersihan’.

Dalam keadaan seperti pilihanraya umum lepas, PAS terus berusaha tanpa putus asa dan ada yang mengatakan kejayaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya lepas adalah dari kekuatan strategi PAS.

PAS cuba digugat oleh UMNO beberapa waktu diakhir tahun 2010 iaitu terhadap Tuan Guru Nik Aziz dan beberapa tokoh lain dalam PAS tetapi hasilnya kegagalan dipihak  BN. Melihat dari senario yang wujud dan apa yang telah berlaku, PAS mungkin boleh dikatakan dalaman parti PAS masih kuat serta kukuh serta penyokong asal mereka tidak pernah gusah.

Cuma persoalan saya ialah, apakah PAS kali ini akan kuat sepertimana dalam pilihanraya 12 lepas sehingga orang bukan Islam membawa sepanduk PAS dan turut mengempen PAS? Atau PAS kali ini hanya seperti PAS terdahulu sahaja dimana kuasanya mereka tertumpu kepada Kelantan, Kedah,Terengganu dan tidak berupaya untuk menebar sayap pemerintahan? Jika itulah merupakan strategi lama PAS maka PAS berkemungkinan hanya akan mengekalkan Kelantan dan tidak Kedah walaupun sudah semusim mereka memerentah Kedah.

PAS masih perlu melakukan banyak perubahan ikhlas sehingga diperingkat akar umbi dan bukan peringkat Tuan Guru Nik Aziz dan beberapa tokoh lain. Jangan biarkan cerita Ladang Rakyat menjadi isu dan seterusnya menjadi ‘bahan kes’ dan jangan biarkan cara pentadbiran diKedah menjadi hambar.

Saya ada bertanya kepada beberapa kawan dan mendengar cerita (bukan kajian), PAS Kedah hanya adalah lebih baik dari PAS Terengganu tetapi tidak melebihi PAS Kelantan. Entahlah saya pun tertanya-tanya dan perlu melakukan kaji selidik.

Tuesday, 1 February 2011

Mooloolaba


Travelling in Australia is always an activity that I love to do. The sight seing, the people, the system, had all touch my heart.


Mooloolaba is one of the town that I have been and use to sta. It is such a lovely town and many memories that I had in Mooloolaba, a town in the Sunshine Coast of Australia.

Friday, 19 November 2010

Terima Kasih Eumundi


Sebuah duka nestapa
melarut-larut memakan sebuah jiwa murni
Merindu dan menangis
melarat
dari mentari menjadi purnama
Semalam
aku berterima kasih
Eumundi membari nafas baru
dengan warna ungu, putih dan biru
membentuk sebuah jiwa baru
dengan kedamaian baru
Terima kasih
tidak terhingga
dengan warna mu
dan ceria mu
Kini
aku kembali ke Eumundi
dengan hati waja
dan tidak akan terluka
terima kasih Eumundi
Zul, Eumundi
6hb November 2010

Wednesday, 18 August 2010

Informasi dan kehidupan

Saya banyak membaca dan juga tidak kurang menerima pandangan-pandangan dari kawan, mahasiswa serta orang awam. Dalam erti kata yang lebih unik ialah 'Knowledge Sharing.' tetapi yang menjadi tanda tanya saya ialah; sebanyak-banyak informasi yang saya terima atau kita semua terima, bagaimanakah kita mengurus informasi tersebut. Banyak kali saya bertanya kepada kawan-kawan tetapi tidak dapat dirungkai simpul ini.
Dalam percaturan hidup banyak kali kita mendapat informasi, hampir setiap saat nafas kita. Ada yang jelas kepada kita dan ada yang tidak jelas. Ada pula secara dirancang dan ada yang tidak dirancang. Dirancang apabila kita yang mencari informasi tersebut seperti melayari internet, membaca dengan niat, menonton Discovery Channel, menuntut ilmu dan contoh jelas informasi yang tidak dirancang apabila kita minum di kedai kopi dan beberapa orang kawan atau meja sebelah becakap sehingga maklumat percakapan mereka samada berlandaskan berita, khabar angin atau cerita rekaan ( masih dikatogerikan sebagai informasi) dapat kita dengar dan perolehi atau ingat.
Dalam merencanakan informasi ini sebagai bahan yang perlu atai tidak sebenarnya ada 3 fakta utama yang boleh kita nilai sebelum menerima informasi tersebut sebagai data yang boleh kita guna pakai.
1. Sumber imformasi itu - dari siapa? Kenapa ia disampaikan?
2. Bentuk informasi - informatif atau sekadar iklan atau emosi
3. Ketepatan informasi tersebut - ketepatan, releven dan betul atau tidak.
Sesuatu informasi mungkin betul tetapi tidak releven. Misalnya, informasi data pengundi 2004 adalah betul untuk kita rujuk bagi pilihanraya umum 2004 tetapi tidak lagi relevan dan tidak tepat untuk kita guna bagi pilihanraya 2011/12.
Dalam kehidupan harian ini ramai yang menerima informasi tetapi tidak menilai dan bertanya atau membuat analisa tentang nilai informasi tersebut. Inilah menjadi persoalan besar bagi individu bahkan masyarakat serta peringkat negara.
Harus diingat memberi informasi mesti betul dan menerima informasi mesti alim menilai informasi tersebut.

Friday, 9 July 2010

Untuk Suami

Dalam banyak kuliah-kuliah saya di Universiti, ada kalangkala saya selitkan nasihat seolah-olah berupakan jenaka dan kadangkala berbentuk ayat-ayat serius. Sementara tulisan ini saya papar dalam blog saya, sebenarnya saya masih huraikan atau selitkan dalam kuliah saya.

Saya merenung akan apa yang pernah saya baca, pelajari dan dengar dari ulama-ulama. “Apabila mati anak Adam maka hanya tiga perkara yang akan ditinggalkan mereka:

1. Harta yang belanjakan dijalan Allah

2. Ilmu yang disampaikan kepada manusia untuk kebaikan

3. Anak yang soleh.”

Yang menjadi renungan saya aialh kenapa tidak disebut ‘isteri’? Apakah isteri itu tidak penting? Apakah dengan isteri yang soleh?

Terbeliak mata si isteri barangkali membaca tulisan saya ini. Oh! jangan begitu kepada isteri-isteri yang membaca tulisan ini. Sesungguhnya, banyak cerita, kefahaman dan Hadith yang memaklumkan; Isteri yang soleh adalah ahli syurga dan sayugialah ibubapanya kerana mempunyai anak perempuan kemudian dia menjadi isteri yang soleh apabila dia sudah berkahwin.

Seorang isteri mempunyai ketiga-tiga kelebihan diatas dan juga yang bagusnya, mereka mempunyai satu lagi kelebihan yang tidak mungkin ada pada suami, iaitu isteri yang soleh dan isteri yang soleh adalah ahli syurga serta berupaya membawa ibubapanya juga kesyurga. Allahhualam.

Oleh itu, suami, didiklah anak dengan baik agar menjadi anak-anak kita anak-anak yang soleh atau solehah. Sekiranya ia perempuan, nanti menjadi isteri yang soleh dan sekira anak lelaki, ia akan menjadi anak yang soleh. Sesungguhnya terlalu banyak dosa kita lakukan di usia kita di dunia ini dan terlalu banyak ingkar kita lakukan terhadap Pencipta.

Saturday, 6 March 2010

Umur solat?

Saya hampir terlupa untuk menulis sebuah kritis terhadap diri saya dan kawan taulan tentang solat. Tidak kira mereka Islam, Hindu, Kristian. Mungkin bahasa untuk kawan-kawan Islam ialah solat, bahasa kawan-kawan Hindu – sembayang dan mungkin kawan-kawan Kristian membahasakannya prayer. Entah.

Tidak mengapa. Cuma saya pernah bertanya kepada seorang sahabat beragama Islam yang telah berjaya dalam kehidupannya dalam perspektif mencari harta. Apakah tidak apabila saya dijemput beliau di bangsar dengan Mercedes S320.

Dalam borak panjang yang kami lalui bersama sempat saya bertanya semasa kami singgah di masjid Bangsar kerana beliau yang agak baik orangnya tidak pernah saya lihat meninggalkan solat lima waktu.

Soalan saya mudah, iaitu “Bilakah kali terakhir kita belajar solat? Aku, semasa umur 10 tahun semasa di sekolah rendah. Di sekolah dan juga dari ibu bapa ku,” jelas aku kepada kawan ku ini.

Beliau bersetuju dan menyatakan beliau pun sama.

Persoalannya, apakah solat yang kita belajar dahulu masih kekal umur 10nya tahun? Apakah tidak ada pembahruan dalam segi keilmuan cara bersolat atau sembahyang? Sifat dan perlakuanya? Oleh itu apa yang kita solatkan ialah ‚solat cara kanak-kanak. Dan inilah solat yang kita lakukan semasa kecil dengan penuh kepincangan sehingga kini, walau usia sudah menjangkau separuh abad. Apakah ini mencukupi walau pun kita sudah beberapa kali memperbahrui ijazah kita, kereta kita, cat rumah kita dan baju kita.

Tapi, solat kita masih berusia 10 tahun. Adilkah kita pada diri kita dengan Tuhan kita? Ini persoalan yang saya ingin rungkaikan, tidak kira Islam, Hindu, Kristian atau Budha. Barangkali sembahayang kita atau solat kita tidak pernah akhil baligh dan akan terus menjadi umur kanak-kanak sehingga akhir hayat kita. Entahlah

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...