
Saya melihat semua penginap hotel minum dengan sopan, berbual dengan sopan, bergaya seperti orang kenamaan. Makan bersopan santun serta bercakap perlahan-lahan seperti orang sedang bercinta.
Hati saya melayang teringat semasa di hotel Brisbane, suasananya sama. Hasil dari kenangan ini saya banyak bertanya.
Berapa lama kita akan makan bersopan?
Hanya semasa makan di hotel?
Kenapa apabila kita keluar sahaja dari hotel maka makan kita menjadi lain resamnya?
Apakah perlakuan kita itu satu hipokrit?
Atau kerana kedamaian suasana membuat kita menjadi tiba-tiba orang bersopan, bearadat dan berhemah tinggi?
Kalau kedmain suasana, bagaimana akan kita capai kedamaian agar kita akan sentiasa bersopan dan berhemah tinggi?
Entahlah, barangkali kita sama-sama menjawab persoalan ini.
3 comments:
damai..sesuatu yg subjektif..
Pada hemat saya memang orang orang kita amat sopan diluar rumah akan tetapi gagal melakukan yang sama dirumah.Apa yang dimaksudkan rumahku syurga ku...semua yang baik harus bermula dirumah..tidak ramai yang mampu buat begitu
Adalah lebih baik berperilaku mengikut keadaan di mana kita berada berbanding menjadi diri kita yang sebenar yang entah baik atau buruk tingkahlakunya...kerana kita masih memandang manusia yang lain...jika tidak kita akan menjadi diri kita sendiri di mana-mana...
Post a Comment