Sunday 12 July 2009

MEMBUAT KEPUTUSAN

Setiap hari kita membaca buku, akhbar, mendengar berita mahupun kita mendengar cakapan dari kawan atau musuh kita, ialah mereka atau kita sendiri membuat keputusan. Keputusan ini samada berkaitan dengan perkembangan diri atau berkaitan dengan masyarakat atau untuk individu lain mahupun organizáis.

Membuat keputusan kadangkala mudah dan kadangkala amat sukar sehingga mengganggu tidur malam kita. Apatah lagi keputusan tersebut berhubung rapat dengan masa depan dan sekaligus berkait dengan perasaan atau mungkin mengaitkan dengan masyarakat. Kebanyakan individu seperti kita membuat keputusan dengan 5 cara:

1. Merungkai keputusan dengan rasa hati dan perasaan.
2. Merungkai keputusan dengan keburukan dan kebaikan.
3. Merungkai keputusan tersebut dengan kos atau impak kewangan
4. Merungkai keputusan dengan kumpulan yang rapat dengan mereka (reference group atau influence group).
5. Merungkai keputusan tersebut dengan hukum agama masing-masing
6. Merungkai keputusan tersebut secara kajian ringkas serta analisa saintifik


Yang amat jelasnya tidak ramai, bahkan hampir 90% dari kita membuat keputusan besar hanya antara cara nombor 1 hingga 4 dan terkadangkala sahaja menghubungkait dengan nombor 5 dan tidak langsung dengan nombor 6.

Saya pernah dimarahi seorang yang rapat dengan saya apabila saya menegur beliau agar keputusan tidak berdasarkan kehendak tetapi berdasarkan keperluan (needs) dan permintaan (demand). Akhirnya hubungan kami tegang dan saya terpaksa membuka mulut untuk menjelaskan apakah dengan maksud saya.

Rata-rata kita mendapati individu yang membuat keputusan hanya berdasarkan kemahuan (wants) dan bukan keperluan (needs). Sekiranya kita membuat sesuatu keputusan berdasarkan keperluan (needs) maka kita akan menggunakan cara nombor 5 dan nombor 6 untuk membuat keputusan.

Analisa kita akan di selit dengan kajian ringkas dan analisa saitifik yang tepat. Dalam persahabatan, perkongsian syarikat dan perkongsian hidup amat perlu bahkan semestinya kita membuat keputusan berdasarkan nombor 5 dan 6.

Dalam kajian saya, keputusan yang dibuat dengan cara keperluan, permintaan, hukum agama, kajian dan analisa saitifik seperti statistikal, merupakan keputusan yang melebihi 70% ketepatannya dan ia akan membuah hasil yang baik.

No comments:

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...