Gua Musang di waktu pagi |
Setiba di Gua Musang saya berehat, serta solat terawikh kemudian untuk menghilang penat saya berkeputusan untuk tidur di salah sebuah hotel. Saya agak kecewa apabila hotel yang saya bayar dengan RM100 untuk 10 jam itu hanya ada satu tuala sementara pendingin udaranya tidak berupaya menyejukan bilik saya. Astronya pula kabur dan hanya dua saluran dapat ditonton. TV itu juga mempunyai bunyi yang sudah pecah-pecah suaranya serta hampir rosak.
Saya menalipon kekaunter penyambut tetamu untuk memaklumkan kepada pegawai bertugas. Jawapannya adalah “oh biasa sahaja,” “Maaf encik, dah lama macam ni.” Alangkah terkejut saya dengan jawapanya, walaupun beliau memaklumkan kepada saya secara sopan. Jelas bahawa beliau juga merasa kecewa dengan taraf perkhidmatan yang terpaksa diberi.
Saya teringat apa yang saya tulis dalam artikel ‘Antara Gua Musang dan Glass Mountain.’ Memang masih belum ada perubahan sewaktu saya singgah tahun lepas, tahun 2009, bahkan 15 tahun lalu. Rasa hati dan perasaan yang sama saya alami walaupun menginap di hotel lain pada waktu itu.
Menginap di motel - Gold Coast- puas hati |
Entah bila saya dapat rasai kegembiraan atau ketenagan sebagaimana saya menginap di Mermaid Beach; Gold Coast, di Mooloolaba atau di Noosa, Queensland. Sayu hati saya di atas pengalaman yang sama saya rasai berbelas-belas tahun saya melewati Gua Musang, negeri saya sendiri. Tak banyak perubahan cuma dari bangunan baru saya lihat sudah usang dan dari yang bercat terang serta cantik menjadi luntur.
Banyak perubahan mesti dilakukan terhadap alam sekitar seperti ‘biodiversity’ dan ‘ecosystem’ di Gua Musang. Sesungguhnya perkhidmatan dalam perniagaan perlu di adakan reformasi agar mutunya dapat menawan hati pengunjung. Moga-moga sesiapa saja yang melewati Gua Musang tidak akan kecewa seperti saya.
Sebuah hotel di Beerwah - memuaskan |
di Mermaid Beach - berhampiran motel saya diami |
No comments:
Post a Comment