Bandar Simpang Empat - Landsborough- Historic Town |
Landsborough adalah bandar sejarah. Ia terletak berhampiran dengan Glass Mountain iaitu perantaraan Brisbane dan Sunshine Coast, di Queensland Australia.
Rumah-rumah kayu yang menyamankan |
Setiap kali saya pulang ke Australia, saya akan singgah untuk minum teh atau kadangkala untuk menghilang penat memandu. Kegembiraan saya akan terserlah walau bandar ini hanya kecil dan digelar bandar simpangan empat. Sebenarnya banyak bandar-bandar kecil di Queensland yang hanya di persimpangan empat atau simpang tiga. Walaupun ianya kecil, kita amat berpuas hati sekira berkesempatan untuk berehat, minum bahkan untuk tinggal disana. Kenapa? Kerana bagi saya inilah bandar kecil yang saya sendiri gelarkan ‘Bandar-Kampung.’
Hati terpaut dengan rumah ini |
Landsborough sama seperti Mapleton, Townsville, semuanya bersih, nyaman dan tidak ramai penduduknya. Mereka amat ramah, mesra dan bagi kita yang melewati bandar itu akan terasa seperti kampung sendiri.
Bangunan Muzium dibina dari dulu |
Kadang-kadang suara hati saya berkata “this is where I belong” dan terkadang kala bila saya pulang ke Malaysia saya akan kerinduan untuk pulang ke Australia. Bukan kerana saya ada tempat tinggal di sana tetapi kerana kehidupan disana amat menyenangkan, tenang dan sungguh nyaman.
Bangunan baru muzium disebelah bangunan kayu |
Sebuah traktor lama diluar muzium |
Keindahan dan ketenangan disini akan memikat sesiapa saja yang rindu kepada ketenangan dan untuk menghabiskan sisa-sisa hidup yang lebih bermakna.
No comments:
Post a Comment