Cabooltore di awal pagi |
Sejuk pagi masih terasa,
Aku menatap mata muKerlipan ayu tanpa bicara
Melambang sebuah hati yang murni
Memapar rasa jiwa yang meronta
Kerana kasih yang membara
Seraut wajah
Didepan ku diawal pagi
mengukir senyum dengan merahnya
bibir
menyambut salam sebuah kerinduan
dari ku
Dan aku tahu
Kamu juga seperti aku
Menyatakan hasrat sebuah kasih
Erat, penuh dengan doa dan
harapan
Agar ia kekal abadi
Petaling Jaya, 7 Mei 2012
No comments:
Post a Comment