Friday, 29 June 2012

Malang bagi si kaya


Aku kehairanan
Si kaya mengata dia malang
dan aku yang miskin
tidak pernah terasa malang

Si kaya mengata malang kerana kurang harta
yang melimpah-ruah
sedangkan aku hanya terasa kurang
untuk membayar sehelai baju sesuap nasi


Aku menjadi makin hairan
melihat si kaya merasa malang
meratap sedih kekurangan kerja berjuta
sedangkan aku
senyum dengan hanya wang syiling mengoyak poket

Aku menjadi semakin hairan
si kaya garang, menindas
manusia orang sepertiku
menghancur luhur umur ku
yang tidak pernah upaya menjadi musuh mereka
hanya seharian mencari sesuap nasi sesudu kuah
yang mahu minum seteguk air sekeping kueh
bagi menerus sisa hidup
yang kosong dan hampar ini
membawa tubuh yang kurus dan longlai
memungkin jatuh bersama tiupan angin
sepoi-sepoi bahasa.


Zulkufli
Universiti Malaya, 28 Jun  2012

1 comment:

Anonymous said...

...sprt satu peribahasa asing, klu kita berkawan dengan penjual minyak wangi,maka wangi la kita,klu kita berkawan dengan penjual ikan maka berbau ikan la kita.....renungkan bersama..

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...