Saturday, 20 October 2012

Pagi di Bundaberg

Bundaberg
 
Gula dari Bundaberg, jika kita ke ‘The Grocers Bangsar village’, kita dapat beli gula dari Bundaberg. Jauh gula tersebut di import; Queensdland, Australia. Jika dicampur dengan minuman, manisnya tidak ketara, entah kerana ianya tebu Australia.
Gula Bundaberg
 
Kilang Gula sekitar Bundaberg
Kiri dan Kanan - Ladang Tebu
Bandar Bundaberg tenang
Saya sering bermalam di Bundaberg, sebuah bandar sederhana saiznya, dikelilingi saujana mata memandang dengan ladang tebu. Keindahan ladang disini memikat hati saya sehingga pernah saya berniat untuk membawa 3 kawan saya yang pernah ke Australia. Mereka bertiga sudah banyak berjalan di Queensland, dari Coolongata sehinga keutara iaitu di kawasan Gympie. Merentasi ladang-ladang lembu (Outback), Gerald Outlook; tempat tinggi yang nyaman serta ladang anggur dan juga tempat membuat keju (cheese) iaitu di Malaney Cheese. Tetapi jelas mereka belum kesini, Bundaberg.
Jambatan merintangi Sungai Bundaberg
Ada yang beriadah di tepi sungai
Ada yang memancing
Hari saya berada di Bundaberg, sungguh sejuk walaupun musim dingin belum bermula. Hujan rintik-rintik menyambut awal pagi. Saya merayau-rayau melihat keindahan bandar Bundaberg sambil mencari tempat sarapan pagi.
 
Makan pagi sambil menikmati Kopi Australia tanpa kafien
 
Dalam berjalan dan merayau-rayau itu saya berkesempatan ketebing sungai berdekatan; melihat ramai yang beriadah. Ada yang memancing dan ada yang hanya duduk di bangku membaca akhbar, dan ada yang memancing. Oh indahnya hidup disini.  Walaupun hari biasa dan bukan hari minggu, tetapi masih terdapat aktiviti seperti ini. Tenang rasa jiwa saya sehingga bagaikan inilah tempat saya.
Tenang rasa hati dengan kedamaian Bundaberg
Jika anda belum ke Bundaberg, kunjungilah bandar gula ini. Ia terletak 400km di utara Brisbane dan 480km dari Gold Coast atau 500km dari Coolongata. Anda boleh menginap di Sugar Country Motor Inn, hanya AUD 120 satu malam. Cantik, bersih dan nyaman untuk satu tidur yang lena selepas penat memandu. 
Motel yang sederhana harganya.
Pakirnya hanya diluar bilik kita menginap
Tak pernah saya tinggal jaket merah saya
 
Makan? Oh jangan lupa ke Pizza Hut yang hanya 100 m kekanan motel jika ada berdiri jalan masuk kemotel. Berjalan kakilah kesana sambil menikmati udara sejuk dan menyegarkan.
Pizza Hut hanya 100 m dari Sugar Country Motel
Kereta penghantar pizza - tiada motorsikal disini
Saya ke Pizza hut untuk makan malam
 
Anda pasti bahagia sambil menikmati keindahan sekitar di Bundaberg dan jatuh hati. Saya juga.

Friday, 19 October 2012

KEAYUAN MU


Dalam anjakan kepantasan kelajuan dunia
Bertimbun perubahan berada dimata
sehingga banyak erti menjadi tanda-tanya
dan wajah menjadi palsu
terselit antara merah jingga
Hijau dan unggu


Dalam anjakan kepantasan terobah dunia
Masih terserlah bibir merah
tanda jelas tahi lalat didagu
memanis rasa memandang
Menghilang kaku wajah
Bersama bibir lembut manis teriras


 
Dalam sejuk musim dingin Gympie
Baru aku sedar
Masih ada keayuan ini
Kekal dan segar
Walau sejuk dingin Gympie
Sehingga beku rasa ketulang hitam


Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Dan tiba masanya
Segala-galanya ku ceritakan
Demi sebentuk wajah
Yang masih kekal keayuannya
Sehingga aku pergi
Bertemu kekasih abadi


Gympie, Queensland – 2012

 



Tuesday, 16 October 2012

Terima Kasih



Dingin malam Mooloolaba
Sejuknya  ketulang hitam
sehingga lidah tak tersusun kata
Membawa aku terbangun
Dari sebuah mimpi sedih
Yang berkurun usianya


Dingin Mooloolaba
Bagaikan nyawa disambung Tuhan
Untuk menyembuh luka yang dalam
bagaikan tiada kelihatan dasarnya


Dingin Mooloolaba
Dengan hanya sebuah ketulusan
Dan keikhlasan nyata
Aku menjadi faham
Membaca firman Mu satu persatu
Yang diucap dalam bahasa terindah
Berkias maksud, tapi jelas intinya


Dingin Mooloolaba
aku mengucapkan terima kasih
merafat sembah kepada Mu
Memberi aku pari syurga
Menampal luka
Menyembuh parut yang seumur piramid
.

Mooloolaba – Sept 2012

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...