|
Bundaberg |
Gula dari Bundaberg, jika kita ke ‘The Grocers Bangsar village’, kita dapat beli gula dari Bundaberg. Jauh gula tersebut di import; Queensdland, Australia. Jika dicampur dengan minuman, manisnya tidak ketara, entah kerana ianya tebu Australia.
|
Gula Bundaberg |
|
Kilang Gula sekitar Bundaberg |
|
Kiri dan Kanan - Ladang Tebu |
|
Bandar Bundaberg tenang |
Saya sering bermalam di Bundaberg, sebuah bandar sederhana saiznya, dikelilingi saujana mata memandang dengan ladang tebu. Keindahan ladang disini memikat hati saya sehingga pernah saya berniat untuk membawa 3 kawan saya yang pernah ke Australia. Mereka bertiga sudah banyak berjalan di Queensland, dari Coolongata sehinga keutara iaitu di kawasan Gympie. Merentasi ladang-ladang lembu (Outback), Gerald Outlook; tempat tinggi yang nyaman serta ladang anggur dan juga tempat membuat keju (cheese) iaitu di Malaney Cheese. Tetapi jelas mereka belum kesini, Bundaberg.
|
Jambatan merintangi Sungai Bundaberg |
|
Ada yang beriadah di tepi sungai |
|
Ada yang memancing |
Hari saya berada di Bundaberg, sungguh sejuk walaupun musim dingin belum bermula. Hujan rintik-rintik menyambut awal pagi. Saya merayau-rayau melihat keindahan bandar Bundaberg sambil mencari tempat sarapan pagi.
|
Makan pagi sambil menikmati Kopi Australia tanpa kafien |
Dalam berjalan dan merayau-rayau itu saya berkesempatan ketebing sungai berdekatan; melihat ramai yang beriadah. Ada yang memancing dan ada yang hanya duduk di bangku membaca akhbar, dan ada yang memancing. Oh indahnya hidup disini. Walaupun hari biasa dan bukan hari minggu, tetapi masih terdapat aktiviti seperti ini. Tenang rasa jiwa saya sehingga bagaikan inilah tempat saya.
|
Tenang rasa hati dengan kedamaian Bundaberg |
Jika anda belum ke Bundaberg, kunjungilah bandar gula ini. Ia terletak 400km di utara Brisbane dan 480km dari Gold Coast atau 500km dari Coolongata. Anda boleh menginap di Sugar Country Motor Inn, hanya AUD 120 satu malam. Cantik, bersih dan nyaman untuk satu tidur yang lena selepas penat memandu.
|
Motel yang sederhana harganya. |
|
Pakirnya hanya diluar bilik kita menginap |
|
Tak pernah saya tinggal jaket merah saya |
Makan? Oh jangan lupa ke Pizza Hut yang hanya 100 m kekanan motel jika ada berdiri jalan masuk kemotel. Berjalan kakilah kesana sambil menikmati udara sejuk dan menyegarkan.
|
Pizza Hut hanya 100 m dari Sugar Country Motel |
|
Kereta penghantar pizza - tiada motorsikal disini |
|
Saya ke Pizza hut untuk makan malam |
Anda pasti bahagia sambil menikmati keindahan sekitar di Bundaberg dan jatuh hati. Saya juga.
No comments:
Post a Comment