Walaupun malam, Mooloolaba tetap indah |
Antara pengalaman paling bermakna dalam hidup saya ialah di Mooloolaba, Queensland. Walaupun saya pernah menulis tentang Mooloolaba sebelum ini tetapi tidak pernah pula terasa saya ingin berhenti menulis tentangnya.
Jelas Papan tanda ke Mooloolaba - anda tidak akan sesat |
Barangkali kalau diberi saya pena emas pun tidak akan berakhir untuk saya tulis tentang cerita di Mooloolaba. Keseluruh kisah tentang keindahan Mooloolaba sehingga sejarah yang pernah saya lalui dibandar ini. Bagaimana kenangan pahit terukir ketika saya masih seorang pelajar sehingga kenangan manis selepas saya menjadi seorang pensyarah. Bagi saya Mooloolaba merupakan sumber inspirasi untuk terus hidup di bumi Kanggaroo ini.
Tepi pantai yang cantik |
Kalau saya gambarkan Mooloolaba ianya sebagai pari maka ia adalah pari syurga, tetapi Mooloolaba adalah sebuah bandar yang sederhana dan berada ditepi pantai. Keluasannya tidak melebihi 8km persegi.
Berjalan-jalan ditepi pantai, sungguh indah |
Saya pernah membawa teman ke sana, waktu malam dingin, minum kopi, berbual-bual hingga beberapa jam dan sehingga terpaksa tambah kopi yang di minum.
Disinilah saya minum kopi dengan teman saya |
Kedinginan Mooloolaba sungguh mententeramkan jiwa walau kedinginannya menusuk sampai ketulang hitam. Semasa saya menjemput seorang teman menemani saya melewati Mooloolaba pada malam dingin, kami sempat minum kopi yang tiada kafin bersama. Perbualan kami hingga lewat malam, dari isu kehidupan, kemanusiaan sehingga isu kenegaraan.
Selepas minum kopi, duduk disni sungguh sejuk hingga ketulang hitam |
Kami berdua minum kopi sambil menunggu kawan-kawan lain berlegar-legar disekitar kedai-kedai sekeliling yang cantik hiasannya. Kerapkali hilai ketawa kami membantu kehangatan badan walaupun keseluruh perbualan kami lebih serius tajuknya. Sambil menghirup kopi, terasa sekali angin pantai yang hanya 50 meter jauh dari kedai kopi tersebut melentasi badan kami setiap beberapa minit. Terasa kesejukan angin melalui menyusuri telinga saya dan meniup sejuk dipipi teman saya yang ternampak akan kesejukannya.
Ombaknya jelas kelihatan walau diwaktu malam - indah |
Mooloolaba sebenarnya tidak mempunyai banyak tempat untuk kita lawati seperti mana bandar untuk berhibur yang lain. Ia lebih kepada bandar keluarga dan kekeluargaan. Kita boleh makan bersama famili, minum kopi atau makan malam bersama, kemudian menghabiskan masa ditepi pantai yang amat dingin dan bertambah dingin dengan angin pantainya.
.
Ber BBQ disini - sambil ketawa - kenangan terindah |
Sekira pantai yang indah tidak menjadi daya tarikan kita masih boleh berBBQ dikawasan lain iaitu kawasan jeti; Mooloolaba Jeti. Banyak bot-bot cantik yang berlabuh disitu serta cukup bagi membuat kita terpegun walau dimalam yang dingin itu.
Duduk disni tanpa sendirian - mengenang kenangan pahit dan manis |
Saya amat merasai keindahan Mooloolaba sehingga saya membina sebuah cerita baru dalam kehidupan dan saya berusaha untuk tinggal di Mooloolaba apabila tiba masanya. Maka tidak hairanlah sekira saya kerap ke Mooloolaba disetiap musim cuti saya. Barangkali tukang masak restoran Thai di Mooloolaba sudah mengenali saya dan kini beberapa kawan saya yang tinggal di Mooloolaba bertanya, bilakah giliran saya pula untuk tinggal di Mooloolaba? Saya menyambut dengan ketawa kecil dengan berkata ‘soon’.
Disini lah rumah ku syurga ku untuk kehidupan baru - 'soon' |
Sekira anda tidak pernah ke Mooloolaba anda tidak akan memahami maksud saya dan sekiranya anda pernah kesana, anda juga akan berkeputusan seperti saya. Mooloolaba merupakan perhentian terakhir hidup ku dan keluarga bersama sebuah kehidupan baru.
No comments:
Post a Comment