Saya sering ditanya kawan-kawan yang terlalu luka hidupnya kerana cinta yang hampir runtuh atau cinta yang telah pudar. Sambil tersenyum saya mula bercerita.
Sebenarnya cinta tidak menjelma dengan sekelip mata. Ada waktu kita terpandang seseorang dan dengan sekali pandang kita menyukai atau menyintai ‘sidia.’ Sebenar itu bukan cinta. Itu adalah rasa cinta dan bukan lagi menyintai seseorang.
Cinta wujud apabila kita sudah memahami seseorang, kita sanggup memberi sedikit waktu kehidupan kita kepada yang dicintai dan sentiasa berfikir akan rasa hati orang yang kita cintai. Dalam bahasa kemanusiaan ialah ‘Empathy.’ Tanpa nilai ‘empathy’ yang tinggi cinta tidak akan bersemi. Hanya rupa sebuah cinta, bukan cinta. Kerana itu ramai orang yang hidup dengan rupa cinta dan bukan cinta.
Saya kemudiannya memberitahu kawan saya, ada 3 cara untuk membina sebuah cinta yang hampir runtuh:
1. Bercakap benarlah walau pahit mana sekali pun
2. Mendengarlah dengan MATA, TELINGA dan HATI
3. Nyatakan ‘cinta’ kita kepada orang yang kita cintai setiap hari.
2. Mendengarlah dengan MATA, TELINGA dan HATI
3. Nyatakan ‘cinta’ kita kepada orang yang kita cintai setiap hari.
Sambil tersenyum kepada beliau saya menambah, “saya lakukan semua itu terhadap orang yang saya cintai setiap hari. Bercakap benarlah walau pahit sekali pun. Kadangkala tergenang airmata saya kepahitan kerana bercakap benar.”
No comments:
Post a Comment