Childers adalah sebuah bandar lebih
kurang 400 km keutara Brisbane. Sebuah pekan peladang dan ala ‘cowboy’. Walapun
begitu saya terasa rindu sekali untuk ke bandar ini sekali lagi. Saya pernah singgah
disana sendirian di bandar ini sewaktu musim sejuk.
Hari itu saya memandu kereta dari
Gladstone (bandar yang berada 650 km keutara Brisbane) saya kelaparan. Waktu itu
jam baru 11.00 pagi Australia. Sebenarnya sudah hampir tengahari kerana waktu
makan tengah hari di Australia ialah jam 12 tengah hari.
Saya berhenti dalam hujan lebat ditepi
jalan dan pakir kereta saya ditempat pakir khas. Melintaslah saya jalan dalam
bandar itu dalam hujan yang agak lebat tetapi saya berpayung. Dalam dingin
musim sejuk dan hujan, saya mencari kedai makan. Terjumpa pula kedai makan (breakfast
and lunch).
Setelah masuk, saya memesan roti
bakar, ‘sausage’ dan omlet. Bila pesanan sampai, terkejut saya melihat omlet
yang banyak serta ‘sousage’ pun besar saiznya. Kerana lapar saya makan tetapi
berusaha untuk habiskan bersama kopi yang terhidang.
Bandar ini sebenarnya ‘simple’ tetapi cantik
serta bersih. Pemandangan sebelum masuk dan selepaskeluar bandar ini penuh
dengan kawasan ladang. Indah dan menyejukan hati saya. Terdapat jalan keretapi
merentasi jalan besar sebelum masuk bandar Childers.
Sungguh indah pemandanganya sehingga memaksa saya berhenti mengambil gambar dengan Nikon 3100 saya. Saya menggunakan lensa zoom 350 mm untuk gambar-gambar ladang dan rumah peladang disekelilingnya. Puas hati saya di Childers walaupun waktu disana tidak melebihi 2 jam.
Sungguh indah pemandanganya sehingga memaksa saya berhenti mengambil gambar dengan Nikon 3100 saya. Saya menggunakan lensa zoom 350 mm untuk gambar-gambar ladang dan rumah peladang disekelilingnya. Puas hati saya di Childers walaupun waktu disana tidak melebihi 2 jam.
No comments:
Post a Comment