Monday, 20 January 2014

TERIMA KASIH


Malam di Mooloolaba
Sejuknya  ketulang hitam
Sehingga lidah tak tersusun kata

Membawa aku terbangun
Dari sebuah mimpi sedih
Yang berkurun usianya

Dingin Mooloolaba
Bagaikan nyawa disambung Tuhan
Untuk menyembuh luka yang dalam
bagaikan tiada kelihatan dasarnya

Dingin Mooloolaba
Dengan hanya sebuah ketulusan
Dan keikhlasan nyata
Aku menjadi faham
Membaca firman Mu satu persatu
Yang diucap dalam bahasa terindah
Berkias maksud, tapi jelas intinya


Dingin Mooloolaba
Aku mengucapkan terima kasih
Merafat sembah kepada Mu
Memberi aku pari syurga
Menampal luka
Menyembuh parut yang seumur piramid.
Zulkufli - Mooloolaba
2013 May

3 comments:

Mia said...

syahdu dingin mooloolaba ... menggamit jiwa ini untuk turut terbang di bawa angin bayu ....biar luka ini sembuh ...

eqbalzack said...

Salam Dr. Saya Eqbal,ada attend kursus team building di PD, 2-4 mAY 2014.
Terima kasih kerana banyak membantu memberikan semangat semasa di PD.

Ilmu yang saya perolehi akan saya manafaatkan sebaik mungkin.

-eqqbalzack-
www.eqbalzack.com

Unknown said...

wah... dah padat isi DR. ... pinjaman

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...