Thursday, 11 June 2015

Pasir Mas Ku

Kawan lama satu sekolah dengan isteri berniaga disini. Dapat jugak jumpa ya. 

Saya seringkali balik ke Pasir Mas, kampung saya sebelum atau selepas balik dari Australia. Maklumlah Ayah ibu masih di Pasir Mas. Ibu sudah berumur 71 tahun dan ayah sudah berumur 80 tahun. Tapi ayah masih sehat, jogging 4 km lagi hari-hari. Tak de pulak kencing manis atau darah tinggi. Saya tanya "rahsia apa abah?" Dia jawab, "abah makan macam orang miskin makan". Nasi, ulam, ikan dan tidak makan daging. Ayam pun jarang sekali.
    
Masih model lama dan stail lama pasar. Memori mengusik jiwa.

Kalau balik Pasir  Mas, makan merupakan agenda kedua selepas borak-borak dengan ibu ayah (saya panggil abah pada ayah) walaupun setiap hari saya dah telefon ibu saya dari Kuala Lumpur. Kalau saya kat Australia saya telefon ibu, saya jugak cuma dua hari sekali je lah. Eh mahal tapi tak mengapalah, ibu kita.
  
Kedai nasi sup daging bakar yang sedap. Inilah dia.
  
Tengok, itulah wajah kakak yang saya sebut tu. Tuan kedai nasi sup sedap
Baru ni sebelum balik ke Australia, saya balik ke Pasir Mas dulu. Pergi ke pasar Pasir Mas. Sedih rasa kerana tak banyak berubah dari masa saya kecil sampai lah dah remaja purba ni. Tapi gembira pun ada. Makan nasi sup sedap. Murah pulak tu. Seluruh keluarga saya, anak isteri suka. Maklumlah. Lama tak pekena nasi sup ni. Dalam pasar pulak tu. Siap isteri saya mintak izin nak ajak saya makan dalam pasar. Eleh.. ambo orang KL kan. hahahaha, tak mengaku Pasir Mas tuuu. Dok mengaku orang Bangsar. hahahaha. Jangan riak. hehehe.
Masih cara lama, tu yang mengusik jiwa masa kanak-kanak
    
Saya tengok kawasan jual sayur macam dulu je. Walau pun keadaan macam tu tapi saya tahu, orang berniaga kat situ, gelang emas separuh lengan. Orang Kelantan. Stail orang perempuan macam tu. Tanah banyak, rumah sewa ada. Kita kat KL pun ada banyak tanah tapi tanah dalam pasu bunga je lah. Banyak pasu tau...hahaha.
     

Kawan lama
Pasir Mas banyak tempat makan cara 'cangkung' alah...kat kedai kopi kampung. Kedai kopi Pak Heng (Ibrahim) tepi tali air (Parit Air). Itu hobi saya bila balik Pasir Mas. Maklumlah, kita ni dah round dunia pun makan cangkung jugak. Bukan maksud cangkung dok cangkung, tapi kedai kopi yang kecil, tepi sawah atau tepi tali air (parit air-orang Kelantan cakap).
      
Kalau sesiapa ke Pasir Mas nak makan nasi sup tulang, sup ekor dan sup daging sedap, singgah dalam pasar Pasir Mas. Tanya orang yang berniaga dalam pasar tu, "Mana kedai sup sedap?" 

Ada dua sahaja yang popular dalam tu. Kemudian cari kakak yang cantik dan pakai gelang emas banyak. Yang itu memang sedap. Dia berniaga dengan anak perempuannya serta menantu lelaki. Sedap betul. Saya makan kemudian berpeluh muka. Pedas, sedap, dapat rasa rempah supnya dan alahai, pengelaman mengusik jiwa tu. Masa sekolah rendah, ibu pernah bawa. Terasa sekali memori itu hanya baru semalam. Nasi Sup daging bakar!!

Masa balik tu, ibu siap bagi tanah pulak. Suruh buat rumah satu kat Kampung. Nampaknya kenalah. Hasrat ibu tak boleh kita kecewakan. kena cari duitlah. Tapi cantik tanah tu. Tepi sawah. Boleh hari tua saya kalau balik Malaysia, tulis sajak atau tulis buku masa duduk tepi tingkap. Rumah di Australia macam mana? Ha itulah. Ibu pohon tak boleh kasi kecewa. Botak kepala sikit je. Heheheh.
Tanah ibu bagi. Allah Huakbar. Damainya.
Ibu, damai hati saya. Ibu amat memahami hati anak. Percayalah.

Gembira dapat balik kampung, cuma masa nak balik KL tu frust betul. 6 jam stranded kat Airport Kota Bharu. Air Asia tukar tayar. Sebenarnya masa nak boarding bahagian keselematan MAB bagi nota ke AA tayar tak cukup angin (baru ambo tahu tayar kapal terbang guna angin. sebelum ni semua orang kata tayar mati, tak de angin). Lepas tu kena minta approval dari KL nak tambah angin sebab alat AA tidak ada, so kena guna MAS punya. Approval sebab terlibat kewangan. Sikit punya hal, 2 jam hilang. Then dah masuk angin kata mereka dah tak boleh masuk angin. Tube tak elok. Alahai. 
     
Tayar tengah siap nak di tukar

Kena tunggu AA lain dari KL bawa tayar. 2 jam lagi. Bila sampai, nak pasang tayar tu, dah 1 jam lagi. Lembik kita menunggu. Flight jam 8.30 pagi terbang jam 2.30 ptg. Huhuhu. Dapat boucer KFC. Anak saya pulak tak makan KFC. Was-was penyembelihan. Warak sikit anak kita. Lapar tahan, tunggu makan kat KLIA 2. 




No comments:

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...