Sunday, 20 December 2015

Ladang Strawberry di Eumundi


Baru-baru ni saya balik Australia. PergĂ­ sekejap kat ladang Strawberry di Eumundi. Maklumlah lama tak pungut buah Strawberry. Masa student dulu itulah kerja kita. Cari duit nak tampung hidup. Bukan senang nak lepas belajar. Orang tengok kita dah senang. 





Masa dulu dan sekarang sama je,  pekerja-pekerja adalah dari dari Universiti berdekatan terutama Universiti saya, USC. Terkenang masa dulu weh.. Tujuan ke situ nak suruh anak lelaki saya yang ikut sama tu faham bahawa nak capai sesebuah kejayaan bukan datang bergolek. Susah jugak tetapi Allah Maha kaya. Dia bagi jugak kesenangan melalui keilmuan yang kita cari. Yang penting JALAN HARUS KEDEPAN BUKAN KEBELAKANG. 



Padang sini besar dan penuh kawasan bukit yang tersergam depan mata saya. Berapa luas? Eh agak-agak berapa ye keluasan sebuah bukit? Entah. Cuba lihat gambar. Ada pula mek Salleh nak bergambar dengan kita sebab kita kan member lama di situ..si 'pemungut buah Strawberry'. Alahai..bergambar jugaklah. Malu pada anak..tapi buat tak tau. Kan Australia ni open minded, lagi pun anak kita dok Australia jugak nanti.



Kat sini buah Strawberry besar-besar. Saya beli sebekas. Ingat nak bawa balik makan kat rumah. Aduhai. Sebab ia manis-manis buah dan masamnya hanya 10% kut, habis anak lelaki saya makan. Dia siap komen, "jauh sedap dari yang Cameron Highland." Haaa. baru tau sebab apa saya suruh dia tinggal di Australia. Habis pusing, petik buah Strawberry, kami pun berlangsung ke Eumundi Market.

3 comments:

Anonymous said...

Jalan harus ke depan bukan ke belakang. A very Nice quote and easy to digest. Right on!! :)

ELD SUKASIH said...

Assalamualaikum..Dr..
Sy dh lama jupa blog ni..
Tpi sgh2 je..bila Dr bagitau dlm kelas Kursus 2 3 hari baru ni ...
Sya baru tau siapa sebenarnya Dr..
Terima kasih atas ilmu yg diberikan dlm kelas tu..sgt hebat bila boleh berkawan dan jadi spt Dr.
Sekian Tq

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...