Saturday, 24 November 2012

Membina Cinta Yang Hampir Runtuh

 
Saya sering ditanya kawan-kawan yang terlalu luka hidupnya kerana cinta yang hampir runtuh atau cinta yang telah pudar. Sambil tersenyum saya mula bercerita.


Sebenarnya cinta tidak menjelma dengan sekelip mata. Ada waktu kita terpandang seseorang dan dengan sekali pandang kita menyukai atau menyintai ‘sidia.’ Sebenar itu bukan cinta. Itu adalah rasa cinta dan bukan lagi menyintai seseorang.
Cinta wujud apabila kita sudah memahami seseorang, kita sanggup memberi sedikit waktu kehidupan kita kepada yang dicintai dan sentiasa berfikir akan rasa hati orang yang kita cintai. Dalam bahasa kemanusiaan ialah ‘Empathy.’ Tanpa nilai ‘empathy’ yang tinggi cinta tidak akan bersemi. Hanya rupa sebuah cinta, bukan cinta. Kerana itu ramai orang yang hidup dengan rupa cinta dan bukan cinta.
Saya kemudiannya memberitahu kawan saya, ada 3 cara untuk membina sebuah cinta yang hampir runtuh:
1. Bercakap benarlah walau pahit mana sekali pun
2. Mendengarlah dengan MATA, TELINGA dan HATI
3. Nyatakan ‘cinta’ kita kepada orang yang kita cintai setiap hari.
Sambil tersenyum kepada beliau saya menambah, “saya lakukan semua itu terhadap orang yang saya cintai setiap hari. Bercakap benarlah walau pahit sekali pun. Kadangkala tergenang airmata saya kepahitan kerana bercakap benar.”

Wednesday, 14 November 2012

Dingin malam di Mooloolaba

Walaupun malam, Mooloolaba tetap indah
Antara pengalaman paling bermakna dalam hidup saya ialah di Mooloolaba, Queensland.  Walaupun  saya pernah menulis tentang Mooloolaba sebelum ini tetapi tidak pernah pula terasa saya ingin berhenti menulis tentangnya.
 
Jelas Papan tanda ke Mooloolaba - anda tidak akan sesat
 
Barangkali kalau diberi saya pena emas pun tidak akan berakhir untuk saya tulis tentang cerita di Mooloolaba. Keseluruh kisah tentang keindahan Mooloolaba sehingga sejarah yang pernah saya lalui dibandar ini. Bagaimana kenangan pahit terukir ketika saya masih seorang pelajar sehingga kenangan manis selepas saya menjadi seorang pensyarah. Bagi saya Mooloolaba merupakan sumber inspirasi untuk terus hidup di bumi Kanggaroo ini.
 


Tepi pantai yang cantik

Kalau saya gambarkan Mooloolaba ianya sebagai pari maka ia adalah pari syurga, tetapi Mooloolaba adalah sebuah bandar yang sederhana dan berada ditepi pantai. Keluasannya tidak melebihi 8km persegi.
 
Berjalan-jalan ditepi pantai, sungguh indah

Saya pernah membawa teman ke sana, waktu malam dingin, minum kopi, berbual-bual hingga beberapa jam dan sehingga terpaksa tambah kopi yang di minum.
 
Disinilah saya minum kopi dengan teman saya

Kedinginan Mooloolaba sungguh mententeramkan jiwa walau kedinginannya menusuk sampai ketulang hitam. Semasa saya menjemput seorang teman menemani saya melewati Mooloolaba pada malam dingin, kami sempat minum kopi yang tiada kafin bersama. Perbualan kami hingga lewat malam, dari isu kehidupan, kemanusiaan sehingga isu kenegaraan.
 
Selepas minum kopi, duduk disni sungguh sejuk hingga ketulang hitam

Kami berdua minum kopi sambil menunggu kawan-kawan lain berlegar-legar disekitar kedai-kedai sekeliling yang cantik hiasannya. Kerapkali hilai ketawa kami membantu kehangatan badan walaupun keseluruh perbualan kami lebih serius tajuknya. Sambil menghirup kopi, terasa sekali angin pantai yang hanya 50 meter jauh dari kedai kopi tersebut melentasi badan kami setiap beberapa minit. Terasa kesejukan angin melalui menyusuri telinga saya dan meniup sejuk dipipi teman saya yang ternampak akan kesejukannya.

Ombaknya jelas kelihatan walau diwaktu malam - indah

Mooloolaba sebenarnya tidak mempunyai banyak tempat untuk kita lawati seperti mana bandar untuk berhibur yang lain. Ia lebih kepada bandar keluarga dan kekeluargaan. Kita boleh makan bersama famili, minum kopi atau makan malam bersama, kemudian menghabiskan masa ditepi pantai yang amat dingin dan bertambah dingin dengan angin pantainya.

.
Ber BBQ disini - sambil ketawa - kenangan terindah

Sekira pantai yang indah tidak menjadi daya tarikan kita masih boleh berBBQ dikawasan lain iaitu kawasan jeti; Mooloolaba Jeti. Banyak bot-bot cantik yang berlabuh disitu serta cukup bagi membuat kita terpegun walau dimalam yang dingin itu.


 
Duduk disni tanpa sendirian - mengenang kenangan pahit dan manis

Saya amat merasai keindahan Mooloolaba sehingga saya membina sebuah cerita baru dalam kehidupan dan saya berusaha untuk tinggal di Mooloolaba apabila tiba masanya. Maka tidak hairanlah sekira saya kerap ke Mooloolaba disetiap musim cuti saya. Barangkali tukang masak restoran Thai di Mooloolaba sudah mengenali saya dan kini beberapa kawan saya yang tinggal di Mooloolaba bertanya, bilakah giliran saya pula untuk tinggal di Mooloolaba?  Saya menyambut dengan ketawa kecil dengan berkata ‘soon’.
 
Disini lah rumah ku syurga ku untuk kehidupan baru - 'soon'

Sekira anda tidak pernah ke Mooloolaba anda  tidak akan memahami maksud saya dan sekiranya anda pernah kesana, anda juga akan berkeputusan seperti saya. Mooloolaba merupakan perhentian terakhir hidup ku dan keluarga bersama sebuah kehidupan baru.

Saturday, 10 November 2012

Wajah-wajah


 
Aku tatap wajah mu
Terluka merintih kehidupan
dalam sebuah kepahitan berpanjangan
Tanpa sebarang penamat
Melukai hari-hari nafas mu 

Aku tatap wajah mu
Sebuah kehidupan
Nyata, jelas tetapi kabur
Dengan darah merah mengalir
Berjuang untuk anak mu
Sehingga kering air mata mu 

Wajah,
Hulurkan tangan mu
Biar aku pimpin mu
Melalui medan peperangan ini
Merentasi padang pasir gersang 

Wajah
Biar pengelaman ku
Menjadi jalan tiada liku
Menjadi kain pengelap airmata mu
Menjadi pembalut luka mu
Yang tiada siapa merasainya 

Port Dikson
10 Nov 2012

Thursday, 8 November 2012

MATA MU


Aku  tatap wajah mu
Entah berapakali tidak ku kira
Denyutan jantung yang bersuara

menyatakan mata mu
bagai keindahan dari syurga

aku tatap wajah mu
aku tatap mata mu

bagaikan zikir terukir dibibir
maka aku tahu kini
tercipta sebuah kasih
memancar untuk ku

aku tatap mata mu
menyambut sebuah kasih
tiada suara berkata
merenung sahaja
dari hati yang juga terluka 

atas kudrat
aku meniti kasih
melangkah cinta
dengan iman didada
mewujud kasih mendalam
dari jelingan sebuah mata
hanya untuk mu

Bangsar ; 3.00 pagi
8 November – 2012

Monday, 5 November 2012

APA YANG HILANG


Pagi dini aku terjaga
Meraba mencari
sebuah kehilangan yang tersedar
bagai sibuta meraba mencari penawar

Pagi dini aku terjaga
Terasa sebuah kehilangan
Terasa kepiluan yang mendadak

Oh dini pagi
Aku tidak kenal
bukan kehilangan yang lalu
rupa-rupa sebuah kerinduan yang mendalam
sehingga mengosong jiwa yang halus
sehingga sampai kepenghujung hati


Di dini pagi,
Baru aku tahu
kasih ku pada mu
meredah kelubuk hati
sehingga aku kabur
antara denyutan jantung
atau nama mu yang aku sebut


Demi pagi yang dini
Demi mentari yang merangkak keluar
Demi alam semesta
Kasih ku pada mu
Melampaui kasih ku segala.


Perpustakaan Universiti Malaya
5 November – 2012

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...