Monday, 6 April 2009

Najib


Hari Jumaat, 3hb April 2009, Datuk Seri Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia. Najib kelihatan senyum semenjak berakhir persidangan UMNO. Dari waktu itu beliau hampir jelas akan menjadi PM Malaysia dan hari Jumaat, 3 April beliau telah secara rasmi memegang tanggung jawab tersebut.

Pada pandangan ahli akademik mereka lebih gemar mengungkap ‘menerima amanah’ dari mengguna ‘memegang jawatan’. Barangkali jika perkataan digunakan dengan betul maka hamba Allah akan lebih sedar apakah maksud sebenar ungkapan tersebut.

Contoh pertama; terdapat perbezaan besar kepada jiwa manuasia anatara ungkapan ‘memegang amanah’ dan ‘memegang jawatan’. Contoh kedua; efisyen dan tidak efisyen adalah perkataan berbeza walau kedua-duanya menjurus kearah producktiviti. Akitivi pengeluaran boleh dikatakan efisyennya pada tahap 60% atau ketidak efisyennya ialah 40%. Sama ertinya tetapi memberi kesan berbeza apabila diberitahu ketidakefiyennya ialah 40%.

Persoalannya, apakah agaknya tugas utama Najib? Apakah kehadiranya sebagai PM memberi kesan terhadap pilihanraya kecil di Kedah, Perak dan Sabah? Yang jelasnya, menang atau kalah BN, bukan tafsiran mudah. Jika BN menang tipis Bukit Gantang bererti BN kalah. Jika BN Penang besar maka BN memang Penang.

Bagi saya, Datuk Najib mempunyai tugas yang amat berat selepas pilihanray-pilihanraya kecil ini.

Bagaimana untuk memulihkan keadaan ekonomi Negara yang bukan sahaja muram tetapi menyedihkan? Model ekonomi makah akan menjadi doktrin beliau nanti?
Bagaimana beliau akan memulihkan wajah UMNO dan Barisan Nasional kembali terserlah dengan agenda ‘rebranding’ yang beliau canangkan?
Bagaimana beliau akan mengurus pihak parti lawan yang kini telah berjaya menjadikan Malaysia wujud sebagai ‘dual parti’
Bagaiamana untuk memastikan cendikiawan, ahli akademik Melayu dan professional Melayu kembali keangkuan UMNO setelah ramai dari mereka berhijrah ke PAS?
Siapakah tokoh UMNO yang akan dilantik selepas kemenangan atau kalahnya mereka di perhimpunan agung UMNO baru-baru ini? Yang bersih tetapi kotor? Yang kalah tetapi bersih atau yang bersih dan menang?

Sebarang tindakan beliau nanti mempunyai implikasi ke aatas semua kje empat-empat faktor di atas. Pada hemat saya Najib perlu diberi ruang, masa kerana beliau menerima tanggung jawab dalam keadaan negara yang begitu genting. Beliau menghadapi UMNO yang hampir tersungkur, ketika Ekonomi hampir lumpuh dan masalah sosial yang makin meningkat.

Disaat ini juga bermacam-macam cerita keluar pasal beliau tetapi apa yang beliau harus lakukan tentang cerita-cerita tersebut ialah membisu dan terus dengan tugas di atas yang empat.

Seperti kata Tun Mahathir, ‘Melayu mudah lupa’ dan saya sendiri suka menambah ungkapan tersebut, ‘orang Malaysia mudah lupa’. Jika sekira Najib berupaya melaksana keempat amanah diatas dengan baik , ‘penyakit lupa’ itu akan mula dirasai di kalangan rakyat Malaysia dan Najib akan selesa serta tenang dalam melaksanakan tugas.


Soalan cepumas saya kepada Malaysia, "Disaat seperti ini jika tidak Najib, siapa lagi akan memikul beban seberat langit itu?

Friday, 6 February 2009

ANTARA MIMPI, IMPIAN DAN REALITI DI PERAK


Realiti selepas pilihanraya UMUM 2008 PKR memerintah Perak. DAP waktu itu pula bermimpi untuk ADUNnya menjadi MB tetapi mimpi tinggal mimpi kerana Undang-undang Tubuh Negeri Perak; MB mestilah Melayu dan beragama Islam. BN pula mempunyai impian untuk merampas kembali atau memerintah Perak kerana sesungguhnya hasil pilihanraya 2009, kedua belah pihak, iaitu BN dan PR sama kuatnya.

Dalam mimpi ada realiti dan dalam realiti ada impian. Pergolakan politik serta perundangan akhirnya menumbangkan kerajaan PR. Bertepuk tanganlah orang-orang BN dan UMNO khasnya. Berteriak dan marahlah orang-orang PR. Tetapi dalam berita Astro Awani, jam 7.30 bertarikh 6hb Februari kelihatan orang Melayulah yang paling marah sehingga wujudnya tunjuk perasaan di kawasan Istana Sultan.

Anwar dan Karpal pula memberitahu masyarakat Malaysia melalui ‘press conference’ akan mengkaji dalam beberapa perspektif kesahihan perlantikan MB baru Perak. Sementara Karpal, akan membawa kemuka pengadilan terhadap Sultan Perak dan ‘Kerajaan Perak akan ditubuh’ sebagai defenden (Astro Awani 2009, Jam 7.45 malam). Saya kira kedua-dua tokoh ini hebat. Ketidak puashatian ini disokong PAS tetapi PAS hanya mahu pilihanraya umum semula untuk Perak sebagaimana disaran juga oleh Tokoh Veteren Politik UMNO iaitu Tengku Razaliegh. PAS nampaknya lebih kepada moderator dari beraksi sebagai pejuang kali ini walaupun dalam Astro Awani, jelas ramai yang berkepiah semasa tunjuk perasaan berdekatan Istana.

Dalam kemelut seperti ini, adalah lebih baik kita semua melihat dua perspektif iaitu pilihanraya 2008 dan taburan populasi Perak sebagai panduan untuk kita mengurai permasalahan timbul.

Pilihan Raya Umum 2008
Pilihanraya Umum 2008; bagi Barisan Nasional (DUN): UMNO = 26 dan MCA = 1, sementara Pakatan Rakyat (DUN): DAP=18, PKR=7 dan PAS=6 (Berita Harian, Februari 5, 2009)

Demografi
Untuk perspektif kedua kita lihat tabulasi populasi di Perak. Melayu=53.7%, China=31.4%, India= 12.8%, Lain-lain=0.32% sementara bukan kerakyatan Perak=1.87 %.(www.answers.com/topic/perak , cites on 6th February 2009, 9.56 pm) Sementara Masjid ialah 565, Gereja= 66 dan Kuil=366 (Perak Data Base Book 2007).

Bagi kita sebelum beremosi, serta membuah fikiran di kedai-kedai kopi atau ‘coffee house’, tunjuk perasaan atau apa jua aktiviti berkait dengan ‘emotional grievances’ adalah wajar kita melihat data-data di atas. Rasionalkan diri, lihat secara positif. Kerajaan mana sepatutnya memerintah Perak, BN atau PR, UMNO atau PAS+PKR+DAP. Menganalisa data adalah amat penting dan keputusan yang kita buat untuk mula bertindak harus mencerminkan jumlah penduduk Perak yang mempunyai Melayu yang berjumlah 54%, China 31% serta India 13%.

Maka tunjuk perasaan orang-orang Melayu menentang titah Sultan pada Fabruari di Perak itu untuk siapa? Diri mereka atau siapa? Perspektif yang kita lihat sepatutnya bukan sahaja perundangan tetapi politik, agar tidak wujud penganiayaan walau pun mungkin sekali imbas ada yang teraniaya dan menganiaya. Apa yang penting hasil di kemudian hari. Itu lah sebenarnya realiti dalam sebuah impian dan mimpi.

Wednesday, 7 January 2009

2009 dan 2010


Realiti ketibaan 2009 suram bagi seluruh dunia walaupun di sana-sini terdapat percikan bunga api yang indah. Kuala Lumpur, Moscow, London bahkan dalam ekonomi yang hámbar bagi Australia, percikan bunga api di Sydney adalah antara tercantik.

Kesuraman ini telah diramalkan oleh ramai pendita masa depan dunia seperti Bowel; yang mengatakan bahawa 2009 adalah tahun huru hara bagi ekonomi dunia dan 2010 pula disifatkan kecamuknya dunia kerana kekurangan bahan makan secara mendadak hasil dari merudumnya ekonomi dunia.

Saya tidak menafikan semua ini akan berlaku apabila saya membaca artikel beberapa penulis dunia dan juga Malaysia di awal 2008. Kebenaran itu terserlah apabila harga minyak naik mendadak hasil usaha dan kerja kuat spekulator pada pertengahan 2008.

Hari ini situasi telah menjelaskan kepada kita teori ekonomi yang ada selama ini seperti unjuran ‘supply and demand’ hampir tinggal kenangan. Nilai mata wang naik tanpa kekuatan ekonomi negara dan nilainya turun walaupun negera tersebut masih dalam keadaan ekonomi yang kukuh. Begitu juga minyak mentah yang naik mendadak sebanyak 150% tanpa kenaikan permintaan secara mendadak seperti itu. Ini dijelaskan oleh seluruh pakar ekonomi dunia termasuk Malaysia.

Hasil yang jelas ekonomi dunia merudum pada akhir 2008 dan impaknya akan makin jelas pada 2009. Satu persatu industri besar menemui simpang maut seperti industri penerbangan, kemudian diikuti industri perbankan dan industri permotoran. Kesemua industri ini hádala penjana ekonomi dunia, Dalam skop yang besar kesuma ini melibatkan industri pengangkutan dan industri keewangan.

Implikasi dari kejatuhan industri tersebut akan memaksa turunnya industri makanan yang telah lama dicincang oleh cuaca global yang tidak menentu sehingga wujudnya gempa bumi, banjir kilat yang besar, kemarau panjang atau juga taufan.

Impak kekurangan makanan yang sedia ada kini akan lebih tenat pada 2010 apabila wujud situasi kekurangan bekalan makanan di merata-rata dunia. Masyarakat dunia akan hilang kepercayaan pada teori-teori ekonomi. Fenomena hilang kepercayaan ini akan membawa kebuntuan dan akhirny kemana hala-tuju masyarakat dalam memahami permasalahan sebenar?

Mengikut seorang futurístic studies dan seorang pensyarah dari Universiti Malaya, masyarakat dunia akan mula mencari ilmu secara agresif dan perkongsian maklumat akan menjadi agenda penting kehidupan masyarakat. Internet akan menjadi tunggak media komunikasi dan media maklumat yang pantas akan menjadi satu keperluan yang kritikal dan komponen dalam internet seperti e-mail, blog, ‘search engine’ serta componen-komponen lain akan menjadi satu cabang media yang amat penting.

Oleh demikian, sebarang pendapat atau usaha untuk mematikan penggunaan atau menyekat perkembangan Internet, bloggers, menyekat pengaliran e-mail atau menyekat perkongsian maklumat (‘knowledge sharing’) akan menjadi satu idea yang tandus serta ketinggalan zaman. Dalam bahasa inggeris ialah ’obselete’.

Kepada ahli perniagaan, pelajar, ahli ekonomi, pendita, ahli politik, atau dari perspektif industri iaitu, industri perbankan, pendidikan, sektor korporat, sektor pengilangan dan lain-lain, semuanya akan berebut-rebut kearah mencari ilmu serta perkongsian maklumat melalui Internet. Bahkan di Malaysia, situasi ini jelas telah berlaku pada pilihanraya 2008, dimana masyarakat Malaysia menolak media-media perdana dan mula berkongsi maklumat melalui rangkaian e-mail, BLOG dan community bloogers sehingga merumuskan keputusan pilihanraya yang diluir dugaan. Inilah dunia 2009 dan 2010

Wednesday, 29 October 2008

Ketandusan Kejernihan

Pagi tadi, tanggal 29hb September 2008, seorang teman menalipon saya tentang kekecewaan yang di rasanya dalam tugas harian di pejabatnya. Seingat saya, dulu dia bertugas di sebuah bank dan dewasa ini sudah hampir setahun beliau bertugas dengan syarikat konglomerat. Saban hari saya akan mendengar rungutannya dan kadang-kala keluhan hatinya serta kepiluan hatinya.

Banyak juga saya terangkan kepadanya bahawa dalam kehidupan ini, kejernihan sudah semakin pudar dan ada sesetengah golongan sudah hilang terus kejernihan hatinya terutamanya dalam mencari rezeki atau mencari wang.

Wang merupakan satu puaka yang amat hebatsehingga manusia sanggup melupakan kejernihan, keikhlasan serta kepercayaan kepada Tuhan. Inilah yang saya terangkan kepada beliau dan memang beliau bersetuju dengan pendapat ini.

Kadangkala saya sendiri tertanya-tanya, apakah menipu, berbohong, rasuah, menjadi amalan halal bagi sesetengah golongan samada yang makan gaji dan juga kepada yang bergelar usahawan. Apakah mereka lupa bahawa mereka sendiri tidak mengetahui sampai bila mereka akan bernafas; malam ini, esok atau lusa. Apakah menipu, berbohong merupakan satu strategi atau memang mereka dhaif dengan hukum-hakam. Entah.

Wednesday, 8 October 2008

Hari tua kita – bagaimana akhirnya?


Semasa muda tidak banyak yang berbicara atau merenung bagaimana dengan hari tua. Gembira, kaya, miskin, sunyi atau riuh-rendah dengan anak-anak cucu atau sepi-sepinya hati seorang manusia.

Saya banyak bertanya, mengkaji, menemuramah orang tua yang sepi, yang gembira, yang sunyi dan yang sibuk sehingga keakhir-akhir hidupnya. Rumusan yang saya dapati, hanya 3 perkara yang hampir memastikan kita masih relevan dan ‘ditegur sapa’ oleh masyarakat atau anak-anak kita sendiri.

1. Kita mempunyai ilmu yang tinggi sehingga menjadi rujukan lepada anak cucu atau masyarakat, tidak kira sebagai ulama, PhD atau Semarang ilmu ilmiah.


2. Kita mempunyai harta yang banyak atau aset yang banyak sehingga menjadi rujukan keluarga, mayarakat untuk memohon bantuan.


3. Kita mempunyai keupayaan luarbiasa seperti mengubati orang sakit sebagai doktor, bomoh, pengamal perubatan tradisional, sembahyang hajat yang mabruk, dan seumpamanya.

Hanya dengan 3 perkara di atas maka kita akan ‘ditegur sapa’ kerana hari tua kita sudah semakin tiada nilainya kepada orang muda. Mungkin ‘menjaga’ dengan erti kata mereka seperti hanya bertanya khabar, telefon, ‘singgah sebentar’ dirumah mak dalam perjalanan, atau masa cuti.


Persoalannya, berapa kali kah dalam satu hari kita atau anak kita akan mengingati ibu bapanya? Lazimnya yang ingati dan disebut ialah anak-anak kita atau anak-anak mereka dan bukan ibu bapa.


Selainnya mereka akan lupa kita, mereka sibuk dengan kerja seharian, mereka sibuk dengan keluarga mereka sendiri, mereka terasa hati mungkin atas sebab tertentu dan terus menyendiri walhal dari kecil kita bela mereka sehingga dewasa, berhutang sana sini, akhirnya mereka ‘terasa hati’ kerana sesuatu perkara.


Mungkin mereka lupa, dari kecil hingga mereka besar kita tidak pernah terasa hati, mengeluh dan terasa penat membelai mereka. Itulah bezanya antara anak dan ibu bapa.

Siapa Perdana Menteri Malaysia dimasa depan?

Pagi ini saya bangun dengan hati amat pilu, sedih dan banyak tanda tanya. Saya maseh teringat bagaimana saya melawati jalan Silang beberapa bulan lepas pada hari minggu, KLCC dan minggu ini saya ke Mid Valley.

Kerisauan timbul di hati saya melihat jumlah insan yang berlegar-legar dengan erikata berehat. Mereka ini terdiri dari orang Bangladesh, Filipina, Nepal dan Indonesia. Semasa di Jalan Silang, orang Nepal dan Filipina yang mendominasi kawasan tersebut sehingga saya menjadi rimas. Kemudian saya menjejaki kaki di KLCC, maka saya dapati orang Indonesia dan Bangladesh mendominasi KLCC untuk berehat dan makan-makan.

Saya kembali rimas dan bertanya, apakah ini harus kita hadapi kerana pembangunan yang kita impikan? Apakah tiada jalan lain untuk kita gunapakai sebagai satu panduan dan cara yang berkesan. Saya tertanya-tanya bagaimana dengan pembangunan di New Zealand? Australia? Kenapa semasa saya disana, saya tidak dapat melihat insan yang sama seperti di Kuala Lumpur?

Dalam banyak waktu menghadapi mahasiswa dan kuliah yang saya akan ajar, saya terpaksa membaut penyelidikan. Saya terbaca beberapa fakta yang membuat saya tertanya-tanya dan berfikir sejenak.

Di Amerika, 40 tahun dahulu orang kulit putih mendominsai kaum-kaum lain walaupun golongan Apache adalah merupakan pribumi Amerika. Tetapi pada tahun 2006, didapati 2 bangsa baru yang telah wujud di Amerika sehingga memain peranan besar dalam kuasa beli Amerika.

Pertama ialah ‘African American’ yang mencecah USD 600 billion. Mereka ialah seperti Halley Balley dan Obama.

Keduanya ialah ‘Latin American’ iaitu USD 500 billion dan contoh utama ialah seperti Jeniffer Lopez (Jelo). Kedua-dua ini mendominasi kuasa beli melebihi USD 1 billion. Kuasa beli yang terbesar ialah glolongan 50+/kaya, iaitu USD 30 trillion (Kotler 2005).

Persoalannya dimana orang kulit putih? Dimana kuasa beli mereka sehingga tidak tersenarai? Apakah kerana senario ini maka Obama semakin popular dan berkemungkinan besar menjadi Presiden Amerika sehingga Hillary tertinggal? Apakah sudah tiba masanya golongan yang dahulunya dibawah ke Amerika sebagai pekerja ladang menjadi Presidennya? Barangkali itulah harga dan risiko yang terpaksa dibayar Rakyat Amerika untuk menjadi maju.

‘Its time for American to have an African American to be the US Presiden’, yang akan menduduki White House? Menaiki Air Force One?

Bagaimana Malaysia kita dimasa hadapan dengan pendatang asing berdaftar 6 juta? Ini tidak termasuk yang tidak berdaftar atau pendatang haram. Barangkali kita juga dalam masa 40 tahun lagi akan punya Perdana Menteri dari bangsa ‘MalayPal’ iaitu bangsa baru Melayu+Nepal. Entah siapakah yang akan di pertanggung jawab untuk insiden ini dimasa depan. Kerajaan? Rakyat? Pembangunan? Korupsi? Entah. Rakyat Malaysia sendiri pun ramai yang berusah menyeludup meraka ini masuk. Hampir setiap minggu dapat dibacadi dalam akhbar dan dengar dari berita TV serta Radio.

Dari perspektif saya, kemusnahan hidup kita, kepincangan Negara kita adalah milik kita kerana kita semua yang besama-sama merosakkannya. Kata inggeris “We design to spoil it”.

Wednesday, 10 September 2008

The Great Khaled


Khaled you have done great!!

It was the breaking great news to me as an academician and businessman reading the headline of a news paper about what the minister Khaled has done – APEX University. I believe most academician will share my view for unless they are not in teaching line or lecturing or not interested in developing an excellent nation.

To me what Khaled has done is the right time and is very crucial to the whole nation. This is very relevant to our country education system. We already had long time ago Sekolah Menengah Sains, MRSM, Polytechnics, Sekolah Bestari, Smart School and we never many Universities but never had APEX University. This is the ultimatum in our education system in supporting the continuity of primary and tertiary education.

In my perspective, having this APEX University is so important in resolving many country’s issues which involves science, management science, business science, economic, finance and the most important goal is transforming the future generations toward excellence.

The country would never be called developed country unless performance and excellence is the main virtue of action. We are not looking any more on ‘job completion’ but we are now looking at an ‘excellent job completion’ or ‘high yield value’ instead of only profitability. Other nations have moved many steps ahead but we are not. Now we are moving in the same phase as they are. We might not be at par but we shall catch up or we might meet them at the right rendezvous.

Congratulation Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, you have done it!!

Thursday, 4 September 2008

Re-Branding BN

Saya amat tertarik dengan usaha BN untuk melakukan satu arus perubahan dalam BN dengan menamakan ‘re-branding BN’. Bahkan dalam berita Bernama tanggal 28hb Ogos dan 30hb Ogos menjelaskan kebimbangan Tan Sri Muhyiddin tentang laboran wujudnya parti komponen BN ingin membawa parti mereka keluar dari BN. Beliau sekaligus meminta lapuran ini jangan dipandang remeh. Oleh itu BN pada 3hb September telah mengadakan pertemuan dengan semua ahli komponennya untuk ‘re-branding’ BN. Harapan yang tinggi ialah untuk mewujudkan BN menjadi satu parti yang relevan.

Saya sempat berbicara dengan salah seorang timbalan pengerusi parti komponen BN negeri yang hadir di majlis tersebut tetapi ternyata agak hampar jawapannya. Persolannya kenapa dan mengapa. Apakah usaha ini akan berjaya dan bagaimana untuk berjaya.

Saya banyak mengajar di Universiti tentang ‘change managemet’ dan saya juga pernah melaksana ‘change management’ dalam beberapa syarikat. Dari syarikat yang hanya 75 kakitangan sehingga 800 orang kakitangan. Melaksana 'change management' suatu perkara yang bukan ringan dan banyak remeh temehnya. Jika tersalah langkah, hanya kegagalan yang menjadi hasil.

Pertama sekali ialah ‘leadership’ itu sendiri mesti kuat, berpengaruh serta menpunyai daya kepimpinan yang tinggi. Kemudian ‘change agent’ mesti dipilih untuk menjadi ejen-ejen 'change management'. Dalam kes BN siapakah ‘change agent’. Ketua parti komponen, ketua-ketua parti di peringkat negeri serta ahli jawatan kuasa pusat dan negeri.

Kemudian apa yang hendak dilaksanakan mesti dijelaskan dari pucuk pimpinan kepada ‘change agent’ dan seterusnya kepada semua yang terlibat atau 'participant'. Selain dari itu jangkamasa yang ditentukan untuk perubahan ini mesti lojik dan realistik seperti 6 bulan, 8 bulan, mengikut jumlah permasaalahan dan jumlah ‘partcipant’ yang terlibat.
Dalam 'change management ada lapan (8) peringkat proses yang MESTI dilalui sekiraya kita ingin mendapat kejayaan. Mungkin ada sesetengah pengamal-pelaksana 'change agent' mengutarakan 12 peringkat. Itu terpulang. Tetapi pada hemat saya, proses minimal ialah lapan peringkat/proses. Seperti juga untuk 'project management' terdapat 25 module yang mseti dilaksanakan untuk mempastikan projek tersebut berjalan dengan lancar dan baik. Sekira berlaku permasalahan maka kita mempunyai point of reference untuk penyelesaian.
Begitulah juga untuk melaksana sesuatu perubahan atau 'change management'.

Soalan saya, adakah 're-branding BN' dilakukan untuk menangkis 16 September, 2008. Apakah masa yang ada mencukupi?
Soalan kedua saya ialah, siapakah ‘change agent’ yang sebenarnya sedangkan ketua atau pengerusi dan timbalan pengerusi parti komponen peringkat negeri yang sepatutnya menjadi ‘change agent’ pun masih bertelagah antara satu sama lain. Entah mencari populariti dan posisi atau membela rakyat.

Apakah tersirat dan tersurat ‘rebranding’ yang dimaksudkan itu? Apa yang nak ditukarkan?

Soalan terakhir, apakah ‘rebranding’ ini hanyak menukar kulit atau menukar semua sekali termasuk tingkah laku serta perlaksanaan yang ditakrifkan sebagai tidak relevan, menyalahi undang-undang dan menyeleweng dari kehendak konsumer iaitu rakyat? Apakah masa yang dirancang mecukupi dalam menepati 16 September 2008 yang hanya tinggal beberapa hari lagi?
Dan yang UTAMA sekali ialah; bagaimana dengan kepimpinan? “We need a strong leadership to lead a change”. Do we have one?

Wednesday, 27 August 2008

Masa Depan Kita – Bagaimana?

Merujuk kepada prestasi kemenangan PKR atau khasnya Anwar Ibrahim di Permatang Pauh menjelaskan lagi penolakan rakyat terhadap BN dan orang melayu terhadap UMNO. Soalan demi soalan kita hadapi. Kenapa dan mengana? Hina sangatkah UMNO dan buruk sangatkah BN?

Soalan liar ini walau pun remeh dan mudah dilafas tapi impak kepada politik negara amat besar. Percaturan hak milik Melayu mungkin berubah, kepentingan kaum bumiputra, pribumi juga mungkin berubah. Bahkan ada juga mengatakan pemilikan struktur kuasa ekonomi negara juga turut akan berubah. Jika ianya lebih bertambah baik akan menafaat lepada semua tetapi jira ianya gagal dan menjadi harubiru bagaimana? Soalannya kemana dan bagaimana jadinya?

Ada yang mengatakan ini sebanarnya keputusan pilihanraya Permatang Pauh bukan satu penolakan kepada UMNO atau BN tetapi hanya terhadap beberapa pemimpinnya sahaja. Ramai juga yang berpendapat sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin BN atau juga UMNO yang diragui mesti berundur secara terhormat dan biarkan UMNO serta BN dipulihkan. Jangan lagi dibiarkan perasaan tamak haloba menghantui jiwa sehingga menggadai milik orang Melayu, harta orang Melayu iaitu UMNO.

Bukan setakat yang tidak diingini juga harus berundur tetapi kaum kerabat yang terbabit juga mesti berundur. Barangkali itulah kehendak rakyat. Saya sendiri masih tertanya-tanya dalam isu ini.

Persolannya, sanggupkan pemimpin yang dilaung ramai orang serta disenarai hitam oleh rakyat akan berundur? Soalan lanilla ialah, siapa? Apa yang membimbangkan ialah masih ada kaki ampu dalam UMNO, kaki lobi dalam BN menyatakan kepada bos-bos mereka bahawa bos mereka ini tidak dalam senarai tersebut. Bagaimana? Jadi siapa pula kalangan pemimpin yang akan mengakui bahawa dirinya adalah dalam senarai tersebut.

Barangkali mereka sepatutnya ikhlas kepada diri mereka, rujuk diri mereka lepada hukum tuhan, hukum manusia, adat bangsa dan mengakui hakikat sebenar demi UMNO, demi orang Melayu yang masih ramai daif. Mereka juga harus kesihan lepada BN serta negara Malaysia tercinta. Jangan biarkan neraka hati menerajui kehendak sehingga membunuh jiwa pejuang Melayu lain sehingga mengkuburkan UMNO dan BN. Ini tidak ubah seperti membunuh bangsanya sendiri bahakan anak cucunya sendiri.

Monday, 11 August 2008

Tukar Tajuk

Saudara Pembaca,

Artikel saya sebelum ini yang bertarikh 10hb. Ogos adalah bertajuk "Permatang Pauh". Saya telah dinasihati untuk TIDAK menggunakan perkataan 'Permatang Pauh' dan ianya telah diubah kepada "Checkmate Kali Ini Untuk Siapa?"

Sunday, 10 August 2008

'Check Mate' Kali Ini Untuk Siapa?

26 Ogos 2008 ini adalah penentu Permatang Pauh milik siapa. Rata-rata akan mengatakan Anwar akan menjulang kemenangan besar berdasarkan rekod Permatang Pauh. Mengimbas kembali sejarah di Permatang Pauh; 1995 milik Anwar Ibrahim (BN); majoriti 23,515 undi. 1999 milik Wan Azizah (PKR) majoriti 19,077, merosot dari tahun 1995. Pada tahun 2004 Wan Azizah lawan Pirdaus, maoriti 590 sahaja memihak kepada Wan Azizah. Tetapi pada 2008, naik kepada majoriti 13,398 tetapi undi kepada Pirdaus terus merosot walau jumlah pengundi bertambah.

Melihat senario sejarah Permatang Pauh, walau pun pengundi pada tahun 2008 meningkat dari lingkaran 42 ribu lepada 47 ribu tetapi undi Pirdaus merosot dan Wan Azizah meningkat dari lingkaran 21 ribu kepada 30 ribu. Pada 31hb Julai 2008, SPR mengumumkan, terdapat 58,459 pengundi dan 490 adalah pengundi pos bagi Permatang Pauh.

Di sini jelas bahawa pengundi masih bersama Anwar dan keluarga. 13 tahun bukan jangka masa yang singkat untuk mereka bertapak.

Sementara itu Syed Hamid memukul canang hari ini kos pilihanraya Permatang Pauh amat mahal. Sepatutnya Syed Hamid tidak bercakap pasal belanja yang hanya menelan beberapa juta ini memandangkan kita sudah agak terlalu letih mendengar kes-kes belanja luar jangka seperti baik pulih MRR2 – 70 juta ringgit; masih lagi rosak. Kita juga melihat kepada kes rasuah melibat pegawai tertinggi polis yang menjangkau 25 juta dan kita juga telah mengiyakan kes komisyan 500 juta bagi kapal selam serta 350 juta untuk jet pejuang.

Dengan mengungkit-ungkit cerita pak kadok ini, hanya akan memberi ruang dan bahan untuk ditertawakan oleh Anwar yang sememangnya sudah menunggu mangsa. Apatah lagi kes kereta Mercedes Terengganu, Masjid Kristal Terengganu dan banyak lagi.

Pada perspektif saya, Syed Hamid perlu berhati-hati untuk bercakap dan Kerajaan pula harus bertafakur memikirkan apakah cerita yang baru serta lojik untuk bercerita di Permatang Pauh. Jangan dibuka cerita Sodomi, jangan dibuka cerita rugi duit nanti Anwar bercerita pasal IPP yang Kerajaan terpaksa bayar berbilion ringgit kepada mereka tanpa sebenarnya memerlukan jumlah elektrik yang sebegitu banyak. Anwar akan buka pasal Altantuya dan jangan-jangan ada cerita lebih panas dan sensai untuk tatapan telinga di Permatang Pauh. Akhirnya kerajaan akan kena ‘checkmate’ sebagaimana dalam kes debat terbuka, kes Muqabalah dengan PAS. Melatah dan ego bukan masa untuk BN lagi. Cuma ingatan saya, selagi wakil Rakyat BN ego dan sombong di mata rakyat biasa, selama itulah rakyat akan benci dan meluat wakil rakyat BN.


Kawan-kawan saya bertanya semalam, kenapa wakil-wakil rakyat BN tidak menghayati beberapa Menteri BN yang berjiwa rakyat dan mudah didekati. Bukannya tiada. Tok Pa (Datuk Mustapha), Rais Yatim, Khaled Nordin adalah contoh terbaik. Kenapa mereka ini tidak menjadi tiruan kepada wakil Rakyat BN terutamanya Menteri BN. “Mereka ini bukan sahaja kerja kuat tetapi kurang bercakap dan kuat sembahyang,” kata kawan saya yang juga seorang pensyarah Universiti Tempatan.

Satu lagi perkara yang kita semua tidak harus lupa apakah akan jadi pada Anwar kerana dipanggil kemahkamah sebelum pilihanraya Permatang Pauh. Soalannya kenapa dan untuk apa? Kerajaan harus berhati-hatidengan Semarang tindakan kerana implikasinya adalah besar dan jangan sampai terkena ‘chekmate’ lagi diambang pilihanraya kecil ini
Sekiranya jumlah undi Anwar pula menurun, maka jelaslah, dengan usaha beliau yang sebegitu tinggi untuk mara kehadapan sudah mula menempuh lurah-lurah bilut. Beliau sedang menuju kesuatu 'checkmate'.

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...