Friday, 24 February 2012

Eumundi menjadi pilihan jua

Saya banyak mengembara di Malaysia, dan banyak juga saya telah mengembara kenegara-negara lain termasuk; Indonesia, Thailand, Filipina, Pakistan, India, Singapura, Australia dan lain-lain lagi.

Di Kampung antara Aceh dan Medan - makan pagi

Hotel Ambacang - Padang - saya menginap disini sebelum rebah gempa buni Padang

Padang - pernah menjadi pilihan

Di sebuah kampung 100 km dari Surabaya - Brondong
Banyak yang saya pelajari hasil dari perjalanan tersebut kerana kebanyakan perjalanan saya tidak merupakan perjalanan ‘orang kaya.’ Kesemua destinasi tersebut saya lewati secara sederhana. Oleh itu banyak juga saya pelajari tentang kehidupan sesebuah masyarakat, tata-bicara rakyat sesebuah negara serta amalan hidup mereka.

Ada yang memalukan, menghairankan dan ada juga yang menjadikan kita geram serta marah. Dalam pada itu; banyak-banyak negara yang saya lawati dan diami, saya amat kagum dengan Queensland, Australia. Entah mengapa negara Kangaroo ini banyak tersemat keindahan dihati. Bagaimana mereka melayan orang lain, budi bicara, keikhlasan, ketulusan dan ketiadaan korupsi antara menjadi kehairanan saya. Tidak seperti negara-negara yang saya sebut di atas; menyedihkan serta memalukan.

Cerating, pernah menjadi pilihan

Langkawi juga pernah menjadi pilihan hati
Merantau di Australia sewaktu cuti, terutama Queensland menjadi darah daging saya akhirnya. Itulah cara terbaik untuk megenali sesuatu tempat secara terperinci. Sewaktu cuti saya akan banyak memandu, melihat alam sekitar yang tidak tercemar, alam sekitar yang di pelihara dengan baik sesuai dengan ketamadunan yang mereka perolehi. Saya kagum apabila saya mendapati masih ada manusia yang wujud dengan mengekalkan keaslian sifat kemanusiaan walau mereka sudah terlalu kehadapan. Bahkan mereka menghormati haiwan seperti menghormati manusia dan menyintai alam sekitar.

Saya banyak kekampung-kampung di Malaysia, di India, Pakistan, Australia dan juga Indonesia. Akhir dalam pengembaraan ini, saya terjumpa kampung yang sungguh mendamaikan dan setelah menginap di kampung-kampung ini, bergaul dengan masyarakatnya, akhirnya saya berkeputusan untuk akhirnya; menghabis saki-baki hari tua saya dalam keadaan yang aman damai. Kampung yang saya maksudkan ialah Eumundi, Queensland; Australia.
Eumundi yang tenang

Bandar-kampung yang indah - Eumundi

Tenang jam 3 petang




Ladang Strawberries - mungkin idea yang baik untuk berladang


 Dalam mengharungi hari tua kita, ketenangan amat diperlukan, kesihatan menjadi keutamaan dan masyarakat yang ‘bertamadun’ amat dicari. Lama sudah saya mencari, melebihi 30 tahun dan Eumundi menjadi pilihan saya.
Eumundi juga akhirnya menjadi pilihan; walau hanya menaiki bas



Stesyen Minyak Eumundi - ala kampung tetapi bersih


Saturday, 18 February 2012

Risau


Risau datang lagi
Merobek-robek jiwa ku yang tenang
Melukis dan melakar hingga hati aku luka dan berdarah
melihat anak bangsa ku;
Bangsa Malaysia

Risau ku kadang-kadang menjadi pisau belati
mengihiris rasa hati
melihat raut wajah anak bangsa ku
terhampar atas kain suprah
menunggu dimakan dan diratah.


Antara mereka; sipemangsa
sanggup meratah anak bangsa sendiri
menghirup darah bangsa sendiri
hingga kering dan mati.

Dan mereka sipemangsa,
ada yang tidak luka
walau pisau menghiris kehidupan
walau belati menusuk nama
Oh kebal mereka, aku lupa
dan
kerana itu mereka sanggup
meratah daging bangsa mereka sendiri.

Entah
Sampai bila aku terpaksa risau anak bangsa ku ini?
Dari aku mula bertateh
hingga serban dan kopiah menutup kepala

Bilakah anak bangsa aku akan berdiri tegak?
Tidak dimamah bangsa sendiri
Tidak menjadi hidangan yang berkuasa
dan santapan sambil mereka ketawa
diatas nama kain suprah perjuangan
untuk anak bangsa.


Pantai Hill
18 Feb 2012

Wednesday, 21 December 2011

Manis dan pahit kehidupan

Minum pagi di Cleaveland untuk mula menulis
Saya seringkali berfikir dan membuat analisa tentang kehidupan. Akhirnya saya mendapat kefahaman setelah banyak berbincang dengan seorang pendita.

Dalam kehidupan kita, ada dua kenangan; pahit dan manis. Yang manis akan mengembirakan kita apabila dikenang dan yang pahit, perit untuk kita ingati. Kadangkala airmata mengalir tanpa disedari.

Caboolture, banyak kepahitan yang boleh saya tulis

Di McDonald Caboolture - Petro station; banyak ruang duduk untuk menulis

Maka jelaslah, dalam kehidupan ada manis dan ada pahitnya. Ketahuilah, yang manis akan kekal manis sampai bila-bila dan yang pahit, kita tawar-tawarkan, kemudian kita manis-maniskannya. Persoalan bagaimana?

Sedang menulis kepahitan dan kemanisan hidup di Australia - Caboolture
Kata pendita itu kepada saya; yang pahit kita tulis diatas kertas, kemudian simpan. Kita akan tenang kerana menulisnya. Setelah kita telah tawarkan kepahitan itu walau tidak keseluruhannya, tidak mengapa. Bila tiba waktu yang tenang JIWAnya, lihat kembali penulisan tadi dan jadikanya sebuah karya, kemudian jual buku tersebut dalam berbentuk novel atau karya-karya lain. Kita pasti akan manis apabila mendapat kemanisan apabila hasil penulisan itu menjadi satu pendapatan.

Saya serig menulis di Jetty - Mooloolaba
Oleh kerana itulah pendita tersebut menulis novel, menulis buku-buku, menulis cerita pendek atau menulis skrip. Di Eropah, ramai penulis, menulis kepahitan mereka seperti ‘ 15 minutes living with Shark,’ ‘The Monk Who Sold His Ferrari,’ iaitu sebuah buku penderitaan sakit oleh seorang yang berjaya dalam karier kehidupan dan bagaimana dia merubah cara hidup beliau untuk mempastikan umurnya panjang. Pengalamannya telah menjadi sebuah buku motivasi yang amat berkesan kepada sesiapa yang membacanya. Masih terdapat berbagai-bagai buku lagi tentang kepahitan hidup. Sesungguhnya mereka telah menawarkan yang pahit dan akhirnya memaniskan pengalaman pahit tersebut.

Pengalaman rindu disini, pernah saya ukir menjadi karya


Membawa pergi pengalaman dalam beg warna merah? - Mooloolaba
Apa yang berlaku kepada kita orang timur ialah memendam rasa sehingga tercipta sebuah penderitaan dan akhirnya penderitaan itu dibawa keakhir hayat.


Pengalaman di Robina Station, Queensland - pernah saya tulis ceritanya

Pernah minum kopi dan menulis disini ?- Anda kenal lapangan terbang in? i- Coolongata


Friday, 9 December 2011

Makan pagi di Queensland

Restoran yang enak untuk 'breakfast' di Gold Coast

Setiap kali saya makan pagi di Queensland, Australia sungguh menyenangkan hati. Cuacanya dingin, sejuk-sedang dan nyaman. Makanan yang dipesan menyelerakan dengan roti ‘slice’-nya yang tebal dan besar. Kadangkala makan sendirian tidak kehabisan.

Makan pagi - wow enak sekali


Telor separuh masak lazimnya dimakan dengan roti dan bukan dalam cawan khas sebagaimana kita makan di Malaysia. Ianya ditambah lagi dengan 'scramble eggs' dan juga 3 keping 'chicken sausage.' Sungguh menyelerakan dan mengenyangkan.


Inilah dia : makan pagi di Gold Coast
Makan pagi di Queensland, lazimnya bersama-sama dengan roti, dihidangkan sayur segar yang banyak, pepper (lada hitam), garam dan tanpa kicap. Kalau anda ingin makan pagi di Gold Coast, pergilah ke sebuah sebuah restoran disimpang 3; Surface Paradise iaitu direstoran Montmann, berhadapan dengan Chateau Resort, sebuah resort di tepi pantai Gold Coast; Elkhorn Ave. Dalam banjaran yang sama anda akan temui sebuah restoran India; 'Dosa', dimana pemiliknya adalah bangsa India tetapi berkerakyatan Britain. 


Tunggu makanan - breaklast - McD -  Mooloolaba

Sekira kita di Mooloolaba, makan pagi sungguh menjadi sesuatu yang saya tunggu. Kalau di Mooloolaba saya sering makan pagi hanya di McDonald iaitu berhampiran dengan stesen minyak Shell dan berhadapan dengan padang Lawn Bowl.
Mc Donald di Mooloolaba bersebelahan dengan padang Lawn Ball

Pandangan dari Mc Donald di Mooloolaba; seberang jalan - Shell
Di situ terdapat kedai ‘convenience store,’ klinik yang bernama Mooloolaba Medical Centre dimana doktornya ialah Dr.Marc Shaheed Daniels. Seorang berbangsa Australia berketurunan Pakistan. Konsultasi agak sederhana, USD 50 tetapi ubat harus kita beli sendiri dari Farmasi.
Klinik Dr Shaheed di Mooloolaba - berhampiran dengan McD- saya dah pi - sakit perut
 Sekira di Noosa pula, makan paginya lazimnya tidak sebanyak di Gold Coast. Roti dua keeping, telor separuh masak dan sedikit sayur tetapi menyelerakan. Cukup tenaga untuk anda berada di bandar sungai itu sehingga jam 10.00 pagi. Cubalah!!

Makan pagi di Noosa


Monday, 21 November 2011

Noosa

Memandu  dan kadangkala sahaja ada kenderaan kelihatan
Noosa, sebuah bandar Sungai yang dikelilingi sungai dan ianya berada di Queensland. Apabila kita melawat bandar ini, kita akan terpegun dengan keindahannya. Untuk sampai disini kita terpaksa memandu dari Brisbane (keutara) selama 3 jam. Tetapi memandu di Australia tidak membosankan. Jalannya cantik, luas, kurang kenderaan di jalanraya mahupun lebuh raya. Yang pastinya tidak akan sesat. Kadangkala cukup dengan peta dan papan tanda dan tidak perlu kepada pemanduan GPS.

Saya sering ke Noosa semasa saya di Australia dan banyak kenangan manis disana walaupun Eumundi merupakan bandar sejarah hati. Jika hati yang duka dan lara dibawa ke Noosa, mungkin iakan terubat dengan keindahannya. Jika hati yang merindui dan perlu menyendiri, Eumundi tetap akan menjadi pilihan hati.

Jika anda dari Gold Coast anda perlu keluar dari Gold Coast melalui jalan yang menghala ke Cooloongata Airport, dan terus ke Pacific Highway disebelah kanan ‘exit’ nya. Teruskan ke Pacific Highway, anda akan bertemu dengan Sunshine Coast Highway selepas Brisbane. Apabila anda berada di Sunshine Coast Highway anda akan tersenyum sendiri menikmati keindahan pemandangan ‘outback’ di Queensland.

Perjalanan  melalu Outback ... indah dan nyaman



Dont Hope - work for it .. rumah idaman di Outback
Hati yang bergelora akan tenang dan segala yang dirasa adalah ketenangan sementara anda akan hanya melihat sebuah-dua kereta sahaja dalam perjalanan.

Jalan yang senang untuk memandu
Jika anda lihat jalan ke Glass Mountain, anda boleh melalui jalan ini tetapi jauh sedikit lencongannya. Awas anda akan sesat sekejap tetapi anda akan keluar kembali ke Sunshine Coast Highway. Pasti anda kembali kearah Noosa. Jika anda melalui jalan Glass Mountain, berhentilah untuk menikmati "Outback" yang cantik serta memikat hati.


Menikmati udara hijau

Jika sepi sebagai teman hati, maka ketika inilah sepi menjadi raja dan pasti airmata mengalir tanpa disedari. Inilah ‘outback’ Queensland iaitu Sunshine Coast. Cantik dan mendamai hati yang lara dan mungkin juga menyepikan lagi hati yang sepi..tetapi puas.

Teruskan perjalanan, setengah jam kemudian anda akan melihat arah ke Eumundi. Jangan ke Eumundi tetapi terus lagi ke Noosa.


Dalam 30 minit anda akan tiba di Noosa, bandar sungai, kuala dan juga tepi laut. Semuanya betul. Betulkanlah perasaan anda dan rasa hati di Noosa.

Bandar yang bersih - hentian bas tanpa tong sampah


Sepi boleh menjadi teman di Noosa

Sepi menjadi teman setia

Gembira rasa hati di Noosa walau hati kita sunyi


Seterusnya untuk ke Eumundi, anda kemudian boleh melalui Bruce Highway... kesebuah bandar petani yang indah dan memberi ketenangan tetapi perjalanan anda akan berpatah balik ke Selatan tetapi hanya mengambil masa 30 minit. Selamat memandu.

Jalan ke Eumundi - sebuah kampung petani yang indah





Saturday, 8 October 2011

Mooloolaba di Hati Ku .. Moments

Mooloolaba, Queensland, Australia. Sebuah kehidupan baru yang akan berlaku.





Mooloolaba dan Eumundi, dua bandar yang berlainan wajah tetapi pasti mengembirakan sesiapa yang kesana atau berhajat untuk tinggal disana.

Kenangan berada di Eumundi Market hanya akan menjadi kenangan kepada sesiapa yang pernah melewati bandar ini pada hari Rabu atau Sabtu...'Eumundi Market'.

Mooloolaba pula, sebuah bandar tepi pantai yang amat cantik. Dingin cuacanya dan yang paling indah, makan Tom Yam di Mooloolaba, berhampiran dengan simpang 3 untuk ketepi muara...memancing.


Mooloolaba oh Mooloolaba... a place to stay, BUT don't hope..work for it: you will get it.

Tuesday, 30 August 2011

Gua Musang oh Gua Musang


Gua Musang di waktu pagi
Pada 25hb Jun 2011, saya telah menulis tentang Gua Musang dan Glass Mountain, Queensland. Semalam, tanggal 29hb Ogos 2011 saya melewati Gua Musang lagi untuk pulang berhari raya di kampung.

Setiba di Gua Musang saya berehat, serta solat terawikh kemudian untuk menghilang penat saya berkeputusan untuk tidur di salah sebuah hotel. Saya agak kecewa apabila hotel yang saya bayar dengan RM100 untuk 10 jam itu hanya ada satu tuala sementara pendingin udaranya tidak berupaya menyejukan bilik saya. Astronya pula kabur dan hanya dua saluran dapat ditonton. TV itu juga mempunyai bunyi yang sudah pecah-pecah suaranya serta hampir rosak.

Saya menalipon kekaunter penyambut tetamu untuk memaklumkan kepada pegawai bertugas. Jawapannya adalah “oh biasa sahaja,” “Maaf encik, dah lama macam ni.” Alangkah terkejut saya dengan jawapanya, walaupun beliau memaklumkan kepada saya secara sopan. Jelas bahawa beliau juga merasa kecewa dengan taraf perkhidmatan yang terpaksa diberi.

Saya teringat apa yang saya tulis dalam artikel ‘Antara Gua Musang dan Glass Mountain.’ Memang masih belum ada perubahan sewaktu saya singgah tahun lepas, tahun 2009, bahkan 15 tahun lalu. Rasa hati dan perasaan yang sama saya alami walaupun menginap di hotel lain pada waktu itu.

Menginap di motel - Gold Coast- puas hati

Entah bila saya dapat rasai kegembiraan atau ketenagan sebagaimana saya menginap di Mermaid Beach; Gold Coast, di Mooloolaba atau di Noosa, Queensland. Sayu hati saya di atas pengalaman yang sama saya rasai berbelas-belas tahun saya melewati Gua Musang, negeri saya sendiri. Tak banyak perubahan cuma dari bangunan baru saya lihat sudah usang dan dari yang bercat terang serta cantik menjadi luntur.
 Banyak perubahan mesti dilakukan terhadap alam sekitar seperti ‘biodiversity’ dan ‘ecosystem’ di Gua Musang. Sesungguhnya perkhidmatan dalam perniagaan perlu di adakan reformasi agar mutunya dapat menawan hati pengunjung. Moga-moga sesiapa saja yang melewati Gua Musang tidak akan kecewa seperti saya.
Sebuah hotel di Beerwah - memuaskan


di Mermaid Beach - berhampiran motel saya diami




Thursday, 4 August 2011

Landsborough

Bandar Simpang Empat - Landsborough- Historic Town
Landsborough adalah bandar sejarah. Ia terletak berhampiran dengan Glass Mountain iaitu perantaraan Brisbane dan Sunshine Coast, di Queensland Australia.

Rumah-rumah kayu yang menyamankan
Setiap kali saya pulang ke Australia, saya akan singgah untuk minum teh atau kadangkala untuk menghilang penat memandu. Kegembiraan saya akan terserlah walau bandar ini hanya kecil dan digelar bandar simpangan empat. Sebenarnya banyak bandar-bandar kecil di Queensland yang hanya di persimpangan empat atau simpang tiga. Walaupun ianya kecil, kita amat berpuas hati sekira berkesempatan untuk berehat, minum bahkan untuk tinggal disana. Kenapa? Kerana bagi saya inilah bandar kecil yang saya sendiri gelarkan ‘Bandar-Kampung.’

Hati terpaut dengan rumah ini

Landsborough sama seperti Mapleton, Townsville, semuanya bersih, nyaman dan tidak ramai penduduknya. Mereka amat ramah, mesra dan bagi kita yang melewati bandar itu akan terasa seperti kampung sendiri.

Bangunan Muzium dibina dari dulu

Kadang-kadang suara hati saya berkata “this is where I belong” dan terkadang kala bila saya pulang ke Malaysia saya akan kerinduan untuk pulang ke Australia. Bukan kerana saya ada tempat tinggal di sana tetapi kerana kehidupan disana amat menyenangkan, tenang dan sungguh nyaman.

Bangunan baru muzium disebelah bangunan kayu

Sebuah traktor lama diluar muzium

Keindahan dan ketenangan disini akan memikat sesiapa saja yang rindu kepada ketenangan dan untuk menghabiskan sisa-sisa hidup yang lebih bermakna. 

Wednesday, 3 August 2011

Mimpi yang tak sudah


Apa maknanya impian
Datang dan pergi
Membawa hati
menyusuri kembali jalan-jalan sepi
Kau kah disitu
Yang menantiku
Atau jelamaan hidup kenangan
Yang bernama pengalaman


Siapakah diantara kita dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau mainkan perasaan bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang


Kau bayang-bayang masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
oleh resah mimpi yang tak sudah


Zulkufli
Bangsar, 3 Ogos 2011

Cinta


Terasa kehangatan sebuah cinta yang membara
tatkala hujan, ribut mahupun taufan
Sebuah cinta yang membara dihati
kadangkala menjadi kehairanan semua
menjadi bara seketika hari mendung dan sepoi-sepoi anginnya


Barangkali
Itulah cinta yang semua manusia rasai dan lalui

Entah bagaimana caranya
Menyalakan api cinta yang membara
tidak kira hujan, sepoi angin, taufan, kemarau dan banjir melanda
agar ianya memberi makna yang sebenar
untuk sebuah impian
dan untuk menjawab kesepian

Entah dimana mendapat guru cinta
yang cintanya tidak pernah pudar
dari awal hingga akhir hayatnya
untuk sebuah cinta.


Zulkufli
Bangsar South,
3 Ogos 2011

Friday, 29 July 2011

Kecewa Sebuah Hati


Sedu tangis saban hari dari hati yang kecewa
Menangis melihat raut wajah bangsa yang tercemar
Tercemar dengan penipuan fakta dan cerita
Dan juga cerita dongeng baru untuk generasi akan datang

Kecewa sebuah hati
Meronta meminta didengar tangisan hiba ini
Agar ditafsir dan di ingati anak bangsa
Semoga jalan mereka tidak tercemar dan hina

Kecewa hati membara
Harapan untuk anak bangsa yang merdeka
Tidak kesampaian walau diri merdeka
Kerana merdeka dalam sebuah penjara
Penjara yang tiada penguhujungnya


Bapa-bapa, ibu-ibu
Apakah kamu juga kecewa hati mu?
Merdekakah kamu dalam sebuah penjara?
Penjara yang tiada pagar besi dan dinding batu
kerana
penjara ini kekal dengan sistem feudalism yang utuh.


Zulkufli
Bangsar, 29 Julai 2011

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...