Tuesday, 28 May 2013

Hand Made Chocolate - Montville

 
Bila saya di Australia, saya suka sangat pergi ke Montville, Bandar Chocolate dan Jam Zaman Dahulu. Cantik bandar ini walau kecil. Ia terletak antara Landborough dan Maleney Cheese dan sebelum Mappleton. Cantik sungguh..




Nak sampai dibandar tu kena drive naik bukit tapi kena laju sebab speed limit semuanya 100km, Orang Australia tak hon kita tapi segan jugak sebab dia orang akan ikut kita dari belakang penuh disiplin walau kita perlahan. Apa? tak poe tak bahaya. Jalan dia orang elok. Apalagi, saya hantam le 100km. Aksyen tau. So tak bolehlah menalipon sambil driving macam kat Malaysia. Disiplin betul dia arang, nak ikut degil cara kita pun malu.
 
 
Bandar Montville, atas bukit. Baru ni saya singgah kedai chocolate ni. Dia orang panggil 'chocolate country'. Mak datuk, macam-macam chocolate ada. Hand Made semua. Heran, rajin betul dia orang. Kedai dia pulak cantik hiasan dalamannya. Hai kalau kat Malaysia, saya buat jadi rumah sendiri.
 
 
 
 
Ada chocolate dalam botol, dalam plastik dan macam-macam ada. Sambil rehat kat luar kedai tu intai-intai tempat sebelah, wow RUMAH JAM. Cantik jugak. Nanti saya ceritakan lain kali pasal rumah jam ni nanti.
 
 
 
Yang paling lucu, musim luruh ni buat saya sejuk dan nak ketandas. Pergi kebelakang kedai ni, alahai, cantiknya belakang kedai dia. Macam taman. Ada satu pokok tu kulitnya hijau. Saya apa lagi ambhil gambarlah. Hai pokok pun ambil gambar, tandas pun saya ambhl gambar. Barangkali begini lah orang Bangla datang Malaysia. Kat tandas di KLCC pun dia bergaya. Kini giliran saya pula. heheh. Jangan pulak cerita kat orang, malu le..
 
 
 


 
Saya kebelakang nak ketandas awam. Mak datuk, cantik betul tandas, bersih dan wangi pulak tu. Apa lagi jadi macam Bangla di Malaysia saya...ambil gambar macam nak rag. Dalam kedai ambil gambar, kat luar ambil, kat tandas pun ambil..heheh
 
 
 


 
Kalau kita sampai di Montville, kena park kereta tepi jalan raya tempat parkir kereta dah disediakan. Kemudian jalan kaki turun bukit sikit je dalam 20 meter dan belok kanan untuk ke Chocolate House. Kalau ke Clock house kekiri. Ala sebelah sebelah je...kalau you datang, mesti datang sini. Macam nak buat rumah kat sini je.

Tuesday, 21 May 2013

Siang dan Malam- sekelip mata

 
Masa saya on the way ke Australia baru-baru ni saya menyaksikan perubahan aneh tetapi benar. Siang bertukar menjadi malam dalam hanya masa 20 minit barangkali, sehingga dapat saya saksikan sempadan malam dan siang. Yang paling aneh ialah saya melihat bagaimana cahaya siang dibelakang sayap pesawat dan malam dihadapan sayap pesawat. Macam ada divider pulak.
 


 
Ini dapat saya saksikan kerana lazim seat saya atas sayap bila terbang jauh. Kosong seat sebelah. Senang tidur. Jika tak, jet lag nanti teruk, dua tiga hari tak betul lagi.
 
Dalam jam 3.45 ptg waktu Malaysia, saya pastikan saya tak tidur dan saya dapat le saksi fenomena ini. Nampaknya ramai orang dalam pesawat tu tak realise. Tak pe lah. Tetapi ada juga yang sempat mengambill video clip dan gambar. Saya sempat juga memberi tahu beberapa orang Malaysia tentang fenomena ini dan mereka turut terpegun.
 
 
Kejadian Allah sungguh kagum. Saya melintasi dengan pesawat dan melihat bumi dari udara, sempadan antara siang dan malam. Bukan senang oi..Ustaz Azhar Idrus pun belum try kot.

Sunday, 19 May 2013

Makan Lunch di Brisbane

 
 

Semalam saya pi makan kat Brisbane. Naik keretapi depan rumah. Cross the road terus naik keretapi. Sampai di Brisbane dah lapar...kesejukan.Yelah atas train pun dah 45 minit. Siap tertidur.  Mula lah nak makan.
 
Lunch. Konon-konon lapar. Tapi memang lapar pun. Suhu pulak turun sampai 9 darjah malam tu dan siang hari sampai 11 darjah, Perut cepat lapar dan akhirnya jalan kaki sampai kat Albert street. Kawasan lunch pun cantik...ambil gambar dulu. Susah betul jalan sorang-sorang. Cari punya cari, mintak student Korea ambil gambar ambo.

 


Jumpa kedai Arab..makan terus. Makan Chicken Kaeab. Sedap tuuu. Sambil makan, sambil menikmati keindahan. Seronok tapi sunyi sikit sebab dok sorang. Teringat jugak kat Malaysia.

 
 

Warith terdekat kirim barang, penat betul betul cari Queens Plaza. Dah dua hari cari Queens Plaza. Pada hal dekat dengan Queens Centre yang biasa ambo pergi tapi jalan kaki tau-tau je lah, penat tau. Kawasan ni bukan sempit, sehari jalan pun tak habis..baru Queens area ni.
 
Hampir tiga jam jalan kaki baru jumpa Queens Plaza. Mak datok, cantiknya..esok nanti ambo sambung.

Saturday, 11 May 2013

Sesunyi Gympie


Sunyi  hati
Menggelumpur dan mengerang sendirian
Di malam sepi dibandar Gympie
Dan sepi hati ku
Sesepi Gympie
Jiwa bertanya dan bercerita
Tentang sebuah kisah cinta ku
Kuat dan utuh untuk mu
 
Tapi
Sesepi Gympie juga kasih ku untuk mu
bagaikan kerlipan lampu rumah ditengah ladang Gympie
Jauh ditengah ladang, kuat pancaran
tapi bila malam
kelihatan oleh manusia bagai sekelip-kelip
Seperti lampu rumah ladang Gympie
Yang kadangkala cerah dan kadangkala samar nampak jauh
Walau ianya dari rumah yang kukuh dan gagah
Gympie 2013 May 11

Thursday, 4 April 2013

Santubong


Gunung Santubong
 
Jalan yang damai dan bersih ke Santubong
 
Cuti baru ini saya menjejak kaki kali pertama ke Santubong, Sarawak. Kalau ke Kuching, sudah banyak kali saya kesana. Tetapi ke Santubong, inilah kali pertama.
Terpegun saya dengan keindahan bumi Santubong; bersih dan damai bagaikan saya sudah berada dibumi Queensland. Bagaikan mimpi saya berada di Santubong. Terasa ingin mengulangi kunjungan ke Santubong untuk kali kedua demi mencapai kepuasan yang sejati. Entah kenapabaru-barui ini saya tidak begitu puas? Mungkin ketika kedamaian Santubong  menjemput saya hati saya ketika itu tidak begitu tenteram dengan ‘yang belum’ selesai di Semenanjung.

Pantai di kaki Gunung Santubong
 
Saya menginap di damai Beach Resort dikaki gunung Santubong. Bayangkan, depannya pantai belakangnya Gunung. Bagaikan dalam syurga keindahannya. Cuma yang rugi ialah, jiwa saya yang tidak begitu hadir disana. Bagi orang diSantubing, gunung ini dikaitkan dengan Puteri Santubong. Pesan orang disana, ‘jangan celupar mulut encik’ ketika di Santubong. Wah, bukan main jaganya segala bahasa saya;  entah-entah saya diperolokkan. Tetapi dari riak air muka mereka jelas keikhlasannya. Lagipun mereka peramah serta menghormati kita yang menjadi tetamu Santubong.
                                              Damai Beach resort
 
 
 
 
Ketika memandu dari Lapangan Terbang Kuching, jalan yang menghala keSantubong agak lama. Hampir satu jam atau mungkin lebih. Kita akan melewati tepi bandaraya Kuching sebelum merentasi kampung-kampung. Demi Tuhan, sungguh bersih sekali kampung-kampung ini. Bagaikan magnet menarik jiwa saya, ini lah tempat untuk mu selain dari Queensland.

Friday, 15 March 2013

Barangkali Kesudahannya Disini

Gold Coast dari Udara
Setiap kali saya kembali ke Australia, setiap kali juga saya melihat pemandangan yang berbeza. Rupa-rupanya indah sungguh bumi ciptaan Tuhan. Keindahan ini kadangkala menginsafi diri, betapa kerdil diri ini.
Hati tidak puas melihat keindahan alam
Kali ini saya sempat merakam gambar Gold Coast dari udara. Pemandangan ini sewaktu jam 9.00 pagi waktu Australia ketika pesawat mengahala ke Kuala Lumpur. Saya tersenyum sendirian di tempat duduk saya; 25A dalam pesawat A330, Air Asia. Penumpang disebelah saya tersenyum kepada saya, entah apa yang difikirkan tentang saya; Kerinduan? Teringat kenangan manis? Atau saya gembira dapat kembali ke Malaysia?

Aku tersenyum sendirian kerana kerinduan kembali berada dihati

Biarkanlah, jawab hati saya; "aku puas melihat keindahan alam Gold Coast dari udara". Setiap kali penerbangan ke Kuala Lumpur, terasa sekali esok mahu kembali semula ke Australia. Masakan tidak, menebal sudah rasa hati ini untuk terus berada di Australia.
Australia oh Australia.

 
Kadangkala berada di tanah Australia lebih menenangkan hati yang duka dan menyembuh kenangan yang pahit. Ketenangan berada di ruang udara Australia setenang berada ditanah Australia. Ketika diudara hanya terdengar bunyi enjin pesawat Air Bus 330 dan jika dibumi Australia dapat menghidu udara dingin serta  bau kedamaian bumi Queesland sehingga terlupa Kuala Lumpur.
 
 
Bau udara Queensland sudah cukup menenang jiwa yang pilu


Kedinginan yang sederhana membantu mendingin hati.
Kadangkala bercakap hati ini " This is where I belong." Barangkali disinilah kesudahannya sebuah kehidupan yang hampir berakhir.


Monday, 11 February 2013

AKU UNTUK MU

Mooloolaba from Air Asia

Cerita aku
Dengarlah, dengarlah
Aku mahu ikhlas menyayangi mu
Dan cukuplah
aku dan mu yang tahu
Aku telah berjanji
Mendampingi mu lahir dan batin ku
Dan menyanyangi mu lahir dan batin ku
Mermaid Beach : Gold Coast

Bagaimana lagi untuk aku ceritakan
Kasih, sayang dan aku untuk mu
Sehingga darah ku mengalir
menyebut nama mu
dalam tidur ku, makan ku juga bersama mu
Bagaimana untuk aku ceritakan
cerita hati ku
bahawa aku siap mati untuk mu.
 
Bangsar
11 Feb 2013: 8.56 am

Gold Coast from Air

Saturday, 12 January 2013

Childers Bandar Cowboy


Childers adalah sebuah bandar lebih kurang 400 km keutara Brisbane. Sebuah pekan peladang dan ala ‘cowboy’. Walapun begitu saya terasa rindu sekali untuk ke bandar ini sekali lagi. Saya pernah singgah disana sendirian di bandar ini sewaktu musim sejuk. 
Hari itu saya memandu kereta dari Gladstone (bandar yang berada 650 km keutara Brisbane) saya kelaparan. Waktu itu jam baru 11.00 pagi Australia. Sebenarnya sudah hampir tengahari kerana waktu makan tengah hari di Australia ialah jam 12 tengah hari.

 
Saya berhenti dalam hujan lebat ditepi jalan dan pakir kereta saya ditempat pakir khas. Melintaslah saya jalan dalam bandar itu dalam hujan yang agak lebat tetapi saya berpayung. Dalam dingin musim sejuk dan hujan, saya mencari kedai makan. Terjumpa pula kedai makan (breakfast and lunch).
 
 
Setelah masuk, saya memesan roti bakar, ‘sausage’ dan omlet. Bila pesanan sampai, terkejut saya melihat omlet yang banyak serta ‘sousage’ pun besar saiznya. Kerana lapar saya makan tetapi berusaha untuk habiskan bersama kopi yang terhidang.
 

Bandar ini sebenarnya ‘simple’ tetapi cantik serta bersih. Pemandangan sebelum masuk dan selepaskeluar bandar ini penuh dengan kawasan ladang. Indah dan menyejukan hati saya. Terdapat jalan keretapi merentasi jalan besar sebelum masuk bandar Childers.



Sungguh indah pemandanganya sehingga memaksa saya berhenti mengambil gambar dengan Nikon 3100 saya.  Saya menggunakan lensa zoom 350 mm untuk gambar-gambar ladang dan rumah peladang disekelilingnya. Puas hati saya di Childers walaupun waktu disana tidak melebihi 2 jam.

Saturday, 24 November 2012

Membina Cinta Yang Hampir Runtuh

 
Saya sering ditanya kawan-kawan yang terlalu luka hidupnya kerana cinta yang hampir runtuh atau cinta yang telah pudar. Sambil tersenyum saya mula bercerita.


Sebenarnya cinta tidak menjelma dengan sekelip mata. Ada waktu kita terpandang seseorang dan dengan sekali pandang kita menyukai atau menyintai ‘sidia.’ Sebenar itu bukan cinta. Itu adalah rasa cinta dan bukan lagi menyintai seseorang.
Cinta wujud apabila kita sudah memahami seseorang, kita sanggup memberi sedikit waktu kehidupan kita kepada yang dicintai dan sentiasa berfikir akan rasa hati orang yang kita cintai. Dalam bahasa kemanusiaan ialah ‘Empathy.’ Tanpa nilai ‘empathy’ yang tinggi cinta tidak akan bersemi. Hanya rupa sebuah cinta, bukan cinta. Kerana itu ramai orang yang hidup dengan rupa cinta dan bukan cinta.
Saya kemudiannya memberitahu kawan saya, ada 3 cara untuk membina sebuah cinta yang hampir runtuh:
1. Bercakap benarlah walau pahit mana sekali pun
2. Mendengarlah dengan MATA, TELINGA dan HATI
3. Nyatakan ‘cinta’ kita kepada orang yang kita cintai setiap hari.
Sambil tersenyum kepada beliau saya menambah, “saya lakukan semua itu terhadap orang yang saya cintai setiap hari. Bercakap benarlah walau pahit sekali pun. Kadangkala tergenang airmata saya kepahitan kerana bercakap benar.”

NWO?? ADA KE?

NWO? Ada kawan saya yang tanya saya, Doc apa itu NWO yea? Apa wujud NWO atau New World Order? Saya tersenyum dan hairan kenapa tetiba kawan ...